Rasulullah pulang ke Madinah dari menunaikan haji..Beliau memerintahkan Usamah b Zaid (20thn) mengetuai tentera Islam ke Balqa'(Palestin) untuk membebaskan Rome..
Kemudian beliau menziarahi perkuburan Baqi' di Madinah,tempat ramai sahabat dan orang beriman disemadikan...
Di Baqi' beliau mendoakan kepada arwah umat Islam di situ..Kemudian beliau bertanya kepada Muwaihibah(bekas hamba yg telah bebas)
"Wahai Abu Muwaihibah,fitnah sudah mula datang" Kemudian Rasulullah bercakap pd ahli kubur "Bergembiralah dgn keadaan kamu sekarang.Fitnah sudah mula berdatangan.,,fitnah demi fitnah"
Kemudian Rasulullah berkata
"Wahai Abu Muwaihibah,aku diberi pilihan antara diserahkan kepadaku segala kekayaan dunia semuanya dan aku kekal di dunia,kemudian aku masuk syurga ataupun aku bertemu dgn Tuhanku dan kemudian aku ke syurga"
Abu Muwaihibah berkata
"Wahai Muhammad,pilihlah kami"
Rasulullah berkata
"tidak wahai abu muwaihibah.Aku memilih bertemu dgn Tuhanku dan syurga"
Dgn itu,bermulalah sakit beliau sejurus balik dari perkuburan Baqi'.
Sakit pertama ialah sakit kepala yang teramat sangat. Siti Aisyah bertanya
" Wahai pesuruh Allah,adakah kamu sakit seperti kami sakit?"
Rasulullah menjawab "Kami para nabi.kami sakit spt kesakitan dua orang biasa"
Nabi menziarahi semua isterinya,rumah ke rumah. Tiba di rumah Maimunah,beliau tidak mampu lagi kerana sakit terlalu kuat. Beliau memanggil semua isterinya,dan meminta izin untuk dirawat di rumah Siti Aisyah. Rasulullah dipapah oleh Ali dan Fadl b Abbas ke rumah Siti Aisyah.
Rasulullah kemudian demam panas yang sangat kuat. Menurut Abu Said Al-Khudri "aku tidak tahan meletakkan tanganku di atas dahi Muhammad kerana terlalu panas.Belum pernah aku melihat orang demam panas sampai begitu".
Muhammad pengsan kerana terlalu kuat demamnya.Apabila sedar, Rasulullah meminta dimandikan dgn tujuh bekas air dari perigi2 di Madinah.Dgn ikhtiar itu, demamnya makin kurang.
Walaupun sakit kuat, beliau masih mengimami solat. Pada 9 RabiulAwal Tahun 11Hijrah, slps solat Asar, beliau berucap dalam keadaan duduk.
Selepas itu,Abu Bakar mengimami solat selama 3hari(jumaat-ahad).Rasulullah sakit teruk dan kadang2 pengsan.12 RabiulAwal subuh,Rasulullah merasakan sakitnya bertambah kuat.Dia menggagahkan diri keluar dari rumah(bersambung dgn masjid).Rasulullah tersenyum melihat Abu Bakar mengimami solat subuh itu.Sahabat terlalu gembira melihat Rasulullah dan hampir memberhentikan solat.Muhammad solat duduk di sebelah kiri Abu Bakar.Abu Bakar bergerak ke belakang menjadi makmum.Itulah suasana pd subuh 12RabiulAwal,11 Hijrah.
(insyaALLAH akn ada sambungan..tunggu ye..)