Bismillahirrahmanirrahim
Seringkali aku terfikir,, alangkah indahnya saat bertemu dgnMu YaAllah,,disana kelak..,,engkau redha pada hamba2Mu,,dan mereka redha kpdMU..tp,,diri ini sering bermaksiat dgnMu..leka dan alpa dari mengingatiMU kerana kenikmatan dunia yang hanya sementara..namun,,Engkau tidak pernah lupa terhadapku…Nikmat udara yang Kau berikan,,,sedikitpun tidak Kau kurangi..tidak juga Kau minta bayaran untuk itu,,cuma apa yang Engkau minta hanyalah mengabdikan diri hanya padaMu atas setiap perkara..
Seringkali aku terfikir,, alangkah indahnya saat bertemu dgnMu YaAllah,,disana kelak..,,engkau redha pada hamba2Mu,,dan mereka redha kpdMU..tp,,diri ini sering bermaksiat dgnMu..leka dan alpa dari mengingatiMU kerana kenikmatan dunia yang hanya sementara..namun,,Engkau tidak pernah lupa terhadapku…Nikmat udara yang Kau berikan,,,sedikitpun tidak Kau kurangi..tidak juga Kau minta bayaran untuk itu,,cuma apa yang Engkau minta hanyalah mengabdikan diri hanya padaMu atas setiap perkara..
Aku tanyakan pada diri…SUSAH SANGAT KE??Untuk menjadi seperti yang diinginkan oleh Allah??TIDAK!!malah aku sentiasa dibantu dan dipandu olehNYA..sentiasa diperingatkan dgn ayat2 suciMU..Cuma aku yang masih lalai..namun yaAllah,,,jauh dalam sudut hatiku,,terasa benar ingin bertemu dgnMU,,hatiku berdegup kencang pabila terkenangkan saat itu kelak,,
Adakah Kau sudi berjumpa dgnku?wahai KEKASIH HATIKU..apakah aku LAYAK UNTUK BERTEMU DGNMU??diri sarat dengan dosa..hati penuh dengan bintik noda..namun pengampunanMU lebih besar..dan itu jualah aku harapkan..
InsyaAllah,,di sini ingin dikongsikan satu kisah dari sebuah hadith dari Kitab Zahrir Riyadh.
Dirawikan dari Rasulullah saw, sesungguhnya baginda bersabda:
“Ketika masuk ahli syurga, mereka disambut oleh para malaikat dengan segala kebaikan dan kenikmatan. Dipersilakan untuk mereka singgahsana berpermaidani indah. Disajikan untuk mereka segala rupa makanan dan minuman yang lazat. Oleh itu, mereka menjadi kehairanan.”
Lantas Allah berfirman. “Wahai hamba-hambaKu mengapakah engkau hairan? Ini bukan tempat untuk merasa hairan.”
Dan mereka menjawab: “Janji untuk kami telah tiba waktunya.” Kemudian, Allah telah berfirman kepada malaikat: Bukakanlah hijab dari muka mereka. Malaikat menjawab: Ya Tuhanku, bagaimana mereka dapat melihat Engkau sedangkan mereka itu derhaka? Lalu Allah menjawab; “Sesungguhnya mereka telah berzikir, bersujud dan menangis di dunia kerana ingin bertemu denganKu.” Lalu malaikat pun membukakan tabir sehingga mereka dapat melihat. Maka, segera mereka bersujud kepada Allah.
Tetapi Allah berfirman: “Angkatlah kepalamu. Hari ini bukanlah hari untuk kamu semuanya rukuk dan sujud kepadaKu. Tetapi hari ini adalah hari pembalasan nikmat kepada kamu semua. Sesungguhnya wahai hamba-hambaKu, syurga bukanlah tempat untuk beribadat tetapi adalah tempat mulia untuk kamu merasakan nikmat dan kesenangan yang berkekalan.” Kemudian, mereka nampak Allah tanpa kaifiyah. Allah berfirman lagi: “Salam sejahtera bagi engkau hamba-hambaKu. Aku redha kepadamu. Apakah engkau redha kepadaKu?” Mereka menjawab: “Bagaimana kami tidak rela wahai Tuhan kami. Engkau telah memberi kami sesuatu yang belum pernah terlihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga, bahkan belum pernah terlintas dalam hati manusia.” Inilah yang dimaksudkan oleh Allah dalam Al Baiyinah ayat 8: Ertinya; “Allah rela kepada mereka dan mereka pun rela kepadaNya.”
Dan firman Allah dalam Yasin ayat 58 yang membawa makna: “... (Dan ucapan) perkataan selamat daripada Tuhan yang pengasih.” Dan Rasulullah saw telah bersabda: “Api neraka tidak akan menjilat orang yang pernah menangis kerana takut kerana Allah swt. Sehingga air susu kembali ke tempat asalnya.”
MasyaAllah sedih pabila membacanya..YaAllah aku ingin menjadi salah seorang dari mereka,,dpt melihatMU didepan mata..sesuatu yang xdapat dibayangkan..INDAH SAAT ITU..namun yaAllah,,diri ini penuh dosa..Kau ampunilah YaAllah..kerana pengampunan Dikau lebih besar dari kesalahan insan..Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati,,tetapkanlah hatiku agar aku sentiasa bisa merasakan manisnya CINTAMU..