Wednesday, March 30, 2011

Kenapa nak buat tu tak boleh,,ni tak boleh??

Bismillahirrahmanirrahim



Kadang2 kita rasa suka untuk berbuat sesuatu yang MUNGKIN kita tahu bahayanya perkara tue pada kita,,tapi,bagi kita,tuelah challenge namanya..tapi,kalau sesuatu itu pula memang kita dah sah2 tau tue,MEMANG berbahaya untuk kita,,kenapa kita still nak wat jugak ek??(mm,,,)


SITUASI 1

Tiba2 teringat kat sambal belacan,,uish,,sedapnye..
gambar hiasan
Lagi pedas,lagila SEDAP

umi,abah,member2 selalu marah bila makan sambal dalam kuantiti yang banyak...

"ish,,jangan makan sambal banyak2!!tak elok tau..kalau sakit camne??"

"ala,takpe,,cikit je makan.."(sambil tersengih)


.....BILA DAH SAKIT PERUT + GASTRIK...(sape yang susah??)


diri sendiri jugak...tuelah cari nahas,,sapa suruh,huh...


(KENAPA DIORANG MARAH AND NASIHATKAN KITA EK?)

-sebab diorang sayang kat kita,,tak nak kita sakit..-


SITUASI 2


"jangan main kat lombong tue!!bahaya!"jerit mak

"ala tak pe mak,,ok punye..."jawab si anak


dah tentu2 main kat lombong mesti best,,main air..tapi still jugak tak boleh,,mak tak bagi..

(KENAPA MAK MARAH EK?)

-sebab mak sayang kat kita-


walaupun kadang2 kita suka sangat sesuatu tue,tapi bila ada orang yang tegur,jangan buat..JANGANLAH BUAT..sebab dia tahu,benda tue memang bahaya untuk kita..dan yang paling penting diorang SAYANG KITA..


samalah juga cerita dengan segala larangan yang Allah tak bagi kita buat..kadang2 kita rasa suka untuk berbuat sesuatu tue,,tapi kalau Allah dah kata jangan,,baik JANGAN BUAT..sebab Dia tahu,perkara tue bahaya untuk kita ataupun,perkara tue boleh mendatangkan kemurkaanNYA..bila DIA dah murka,azab ditimpa di dunia dan akhirat..naudzubillah..dan yang paling penting DIA SAYANG KITA..:)


"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka..."

(anNur;31)
cantik kan camnie...sejuk mata memandang:)

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "

(alAhzab;59)
seindah hiasan adalah wanita solehah..

Thursday, March 24, 2011

~hEbATnYa SuJud TaHaJud..~


Bismillahirrahmanirrahim

Jam waktu tu menunjukkan pukul 11 lebih malam,,

Sambil borak2 jap dengan salah seorang sahabat,,tiba2 terpacul satu soalan.. “ukhti,penyakit yang ukhti cakapkan tue,macam mana perkembangannye ye?dah ok?” sambil memandang wajahnya..

“Alhamdulillah ok dah,,”sambil mengukirkan senyuman..

“owh,ye ke?alhamdulillah,,”kuberbicara

“Alhamdulillah,,mungkin juga ye berkat solat malam yang ukhti buat selama nie?”tambahku lagi

“Alhamdulillah,,mungkin juga..sebab ada juga doa –YaAllah,jika penyakit ku ini hanya boleh sembuh hanya dengan pembedahan,Kau permudahkanlah, namun jika ianya pulih dengan sendiri tanpa pembedahan,Kau pulihkanlah..”

Tiba2 rasa macam nak menangis waktu tu juga..(tapi dapat control lg sebab depan orang…huhu,kalau tak,takut dia pun menangis sama..)

YaAllah begitu hebat kuasaMu.hanya dengan keizinanMu,penyakit itu boleh disembuhkan tanpa sebarang pembedahan..


Subhanallah,sungguh dalam tahjud banyak fadhilat dan kelebihannya..
kalau kita ada masalah,xde sape nak dengar,xde sape yang faham..carilah DIA dalam sujud tahajudmu..

kalau kita stress2, penyakit banyak,pergi jumpa doktor,,doktor hanya kata “maaf ye,kami xde ubat nak ubati penyakit nie,sebab penyakit ni baru bagi kami..”jangan risau,mintalah ‘ubat’

daripada DIA dalam solat malammu..

YAKINLAH DENGAN PERTOLONGANNYA,,DIA PASTI MEMBANTUMU KERANA DIA MENYANYANGI HAMBA2NYA..

(p/s: ini kisah benar,tapi telah di’edit’ sedikit untuk memudahkan pembacaan pembaca…wallahu’alam)

Tuesday, March 22, 2011

~dALaM sUjuD CiNtaKu~


Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu

Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu

Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu

Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.
~crying in your sujud
feeling like nothing else exist
between
YOU AND ALLAH~

Saturday, March 19, 2011

CAHAYA MUKA NABI MUHAMMAD SAW

Bismillahirrahmanirrahim dapat article nie dari seorang sahabat jadi nak kongsikan buat renungan bersama.. CAHAYA MUKA NABI MUHAMMAD SAW Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : "Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, " Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu! Seterusnya aku bertanya: " Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?" Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil." Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?" Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku." BERDOA Berkata Al-Barra' r.a . bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad." KIJANG DAN ANAKNYA Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa seorang lelaki lalu di sisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang yang ditangkapnya, lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s.a.w. : "Hai Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang masih menyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke mari." Bersabda Rasulullah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau tak balik ke mari semula?" Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah Taala akan melaknatku sebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidak mengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya." Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu : "Lepaskan kijang itu buat sementara waktu dan aku jadi penjaminnya." Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula. Maka turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata : "Hai Muhammad, Allah Taala mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah) berfirman: " Demi KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku akan kembalikan mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau." Alhamdulillah..marilah memperbanyakkan bersukur dan berselawat kerana kita tergolong dalam umat Muhammad. So ... Panjangkan kisah ini kepada sahabat-sahabat dan sudara-mara. Semoga kita sama-sama berusaha dalam menghidupkan rasa kasih sayang terhadap Rasulullah SAW. -- "Hai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu." (surah Al-Baqarah ayat : 208)

~Kerehatan hakiki di SYURGA ABADI~



Bismillahirrahmanirrahim
Dalam perjalanan menuju Ilahi,
Kadang diuji dengan ujian yang begitu hebat
Sehingga kita terduduk memikirkan jalan keluar..
“Tidak semua dapat menerima kebaikan yang cuba kita buat..”kata salah seorang sahabat
“Namun Allah tahu niat hatimu,,”sambungnya lagi
Sambil merenung semula ke dalam diri,,
Mungkin ada juga secebis kesalahan bermula dariku,,
terkadang rasa perit pabila disapa ujian
Namun kehidupan harus diteruskan
Perjuangan tidak harus diberhentikan
Islam tetap terus diperjuangkan
Alhamdulillah, ujian mematangkan diri
Melalui selok belok liku perjalan yang panjang
Perjalan meggapai redhaNYA
Biarkan terguris jiwa dan hati
Biarpun dilukai jasad dan diri
Namun janjiNYA tetap pasti
Ganjaran cintaNYA dan syurga sedang menanti
Duhai sahabt2,,
Tetaplah bertahan
Kerana kerehatan yang hakiki
DI SYURGA ABADI..:)