Thursday, July 1, 2010

Kisah syaitan menolong manusia

Kisah ini , tak pasti semasa zaman Nabi s.a.w atau para sahabat.
Ada seorang buta yang rajin solat berjemaah di masjid . Ada tali yang dibuat untuk
menghubungkan rumahnya dan masjid. Antara rumah dan masjid ada satu lubang yang berair.
Suatu hari, dia terjatuh kedalam lubang tersebut dan beliau berpatah balik, untuk salin baju yangbersih. Kali kedua, dia terjatuh lagi dan balik semula untuk bersalin baju. Kali ketiga, di rasa nakterjatuh lagi tetapi tiba-tiba ada orang yang menyambut untuk menahannya dari jatuh dan

memimpinnya hingga sampai ke masjid. Beliau bertanya kepada orang tersebut,siapakah dia.Orang itu menjawab Aku adalah syaitan.?Orang buta itu terkejut lalu bertanya, kenapa diamenolongnya dari jatuh ke dalam lubang tersebut. Syaitan menjawab , Aku menolong sebab akutakut dosa orang-orang Islam lain terampun. Ini kerana semasa engkau terjatuh kali pertama,dosamu Allah ampunkan, semasa engkau jatuh kali kedua, seluruh dosa ahli keluargamudiampunkan, dan jika aku biarkan engkau jatuh kali ketiga maka seluruh dosa umat Islam akanterampun. Sebab itu aku menolongmu.?
Lihatlah dan fikirkanlah betapa besarnya pahala orang yang melangkah ke masjid atau surau, itubelum ditambah dengan pahala mengerjakan solat berjemaah. Orang yang butapun sanggupbersusah payah untuk solat berjemaah di masjid, inikan pula kita yang sihat walafiat tanpa adasebarang halangankecuali halangan nafsu yang sering memujuk kita untuk terus malas dalam menambah pahalauntuk bekalan ke akhirat, kehidupan yang lebih kekal....
Dari Abdullah bin 'Amr r.a, Rasulullah saw bersabda :
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat."Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri saya) sebelum muhasabah diri orang lain.Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt. Apa yang salah dan silap itu adalah dari
kelemahan manusia itu sendiri.
Wassalam, "

0 comments:

Post a Comment