Tuesday, August 17, 2010

Titipan kasih Ilahi

Pernah satu ketika saat diri masih jahil,tika diri masih leka dgn nikmat dunia,,diri ini sering membayangkan,masihkah lagi Tuhan itu menyayangiku?masihkah lagi Tuhan itu mengingatiku?kerana apa yang aku lakukan kebanyakan darinya membuatkanku makin jauh daripadaNYA..

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."
(al baqarah;186)

kadang kala diri ini merasa sangat bahagia..namun kebahagiaan itu hanya sementara..jauh dalam sudut hati berasa kekosongan.kekosongan yang memerlukan penenang hati..jiwa menderita,batin tersiksa.. Kerna diri masih mencari2 sinaran hakiki..sinaran hidayah yang diidamkan oleh semua hamba yang waras..kadangkala diri merasa penat dan putus asa saat hidayahNYA masih belum kumiliki..puas sudah amalan2 wajib aku cukupkan dan amalan2 sunat aku istiqamahkan..tidak juga kutemui cahaya itu..lantas diri ini diperingatkan dengan hadith Baginda Rasulullah SAW,,

“sesungguhnya diterima amal perbuatan itu tergantung pada niatnya,dan sesungguhnya setiap orang akan mendapat apa yang ia niatkan.barangsiapa berhijrah kerana Allah dan RasulNya,maka hijrahnya(akan diterima) sebagai hijrah kerana Allah dan RasulNya dan barangsiapa berhijrah kerana dunia yang akan ia peroleh atau wanita yang hendak dinikahinya,maka ia akan mendapati apa yang ia tuju..”

YaAllah,YaGhaffar..ampuni daku..

Aku terus perbetulkan kembali niat amalanku,kubasuh hati ini menuntut maghfirah dariMu saat sepertiga malam..kerna aku takut,makin aku hanyut dengan dosa2ku..tidak kumahu terhijabnya diriku denganMu..

Alhamdulillah,aku bersyukur kepadaMu,,Kau kurniakan daku sahabat2 yang menegurku saat aku alpa,sahabat tika waktu susah dan senangku…dan sahabat yang sentiasa berlumba2 mengejarMU..TERIMA KASIH SAHABAT2KU..ingin kukatakan,diri ini tidak pernah lekang dari mengingatimu..diri ini akan sentiasa disisimu tika tawa dan tangismu..aku bersyukur tika aku dalam kesamaran kau hadir memberikan cahaya..wahai sahabat yang aku kasihi hanya kerana Allah,,NOR ARFIEZZATI NOR AZMAN dan NURUL FAREHAH HUSSIN.

,baru kutahu kenapa tidak KAU jawab permintaanku saat itu..tika diri penuh dosa dan noda,,,kerana apa yang Engkau ingin hadiahkan kepadaku lebih bermakna dan bermanfaat buatku..

Alhamdulillah,kami diterima masuk di salah sebuah sekolah di Malaysia(form 4 dan form 5).dan bagiku inillah saatnya aku menebus kembali saat2 kejahilanku kerana bagiku disinilah platform untukku berubah.berubah menjadi bukan sekadar hamba,tapi hamba yang bersyukur..bukan sekadar hamba yang bersyukur,tapi hamba yang bersyukur dan beriman..bukan sekadar hamba yang bersyukur dan beriman,,tapi hamba yang bersyukur,beriman dan bertaqwa..hamba yang sentiasa menagih cinta dan kasih sayang Tuannya..di sinilah saat aku ingin mengutip MUTIARA2 WAQAFAN(pinjam ayat daripada akak2 senior kisas)..

“Hai anak Adam[530], sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (.Al- A’raaf:26)
Alhamdulillah YaAllah,tidak mahu ku lagi mempersiakan PELUANG yang Kau berikan padaku..akan kutunaikan segala perintahMU,,pandulah daku setiap kali daku melangkah kerana diri ini masih lagi memerlukanMU dan sentiasa akan memerlukanMU..

Teguhkanlah YaAllah pendirianku dalam kembara sufi ini..

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu".(fushshilat;30)

"sesungguhnya andai kita melangkah setapak ke arah Allah, Dia akan berlari seribu langkah ke arah kita!" subhanallah..

wallahu'alam..

0 comments:

Post a Comment