Bismillahirrahmanirrahim
Jam waktu tu pukul 11lebih,dekat pukul 12 malam..
Sayup2 dgar ukhti B pasang lagu,,rentak perlahan irama nasyid..
Tiba2 bergegas ukhti F keluar dengan berpakaian lengkap(tutup aurat).. “ukhti F,nak gi mana tue malam2 nie,,”
“nak gi center jap…”
“nak kitorang teman??”sambung kami
“eh,,xpe2”balas ukhti F
“wat pe la dia nak gi center malam2 buta nie”bisik hati kecil….
Sambil merenung ukhti W,, “jom!!temankan ukhti F,,risau plak…”
“jom!! Tue la,,risau pulak dibuatnya” sahut ukhti W..terus menyahut bagai menyahut seruan jihad,,teringat pula kisah seorang sahabat Rasulullah bernama Hanzalah,,tidak sempat untuk mandi junub,kerana terus menyahut seruan jihad…
“ish,,kenapalah ukhti F nie,,keluar ke center malam2 buta camnie…”hati masih lagi berbisik…
Lantas bersama dengan ukhti W,terus mengenakan baju yang ‘dan’ je, tapi masih lagi menutup aurat, pergi mengejar ukhti F…
Namun,kelibat ukhti F sudah tidak kelihatan,,subhanallah,,militan sungguh ukhti nie,,tersenyumku seketika…
Tiba di perkarangan masjid,, baru kami tahu,rupa2nya ukhti F sedang membantu ukhti S mencari kunci yang hilang…
Kerana amat menyayangi ukhti S seperti sayangnya kepada akhwat lain,,hilangnya barang dia,bagaikan hilangnya barang kami..
Apa lagi,,bagaikan ibu ayam yang ingin mencari anaknya,kami mulakan operasi mencari kunci yang hilang…
Apa lagi,,bagaikan ibu ayam yang ingin mencari anaknya,kami mulakan operasi mencari kunci yang hilang…
Dengan bertemankan sinaran handphone dan sinaran bulan,,kami teruskan pencarian kunci itu..
Hampa…xjuga kami temui kunci itu…
Setelah dikelilingi kawasan sekitar,,masih juga xjumpa..
Kami balik semula ke bilik selepas tue
Phone berbunyi menandakan incoming message..
“walaupun xjumpa tapi hati terubat seronok tengok antunna td,,mcm disahut ke medan perang terus menyahut..indahnya ukhwah antunna”
Sender:ukhti S
Rasa terharu bila baca,,nak nangis pun ada..
"wahai ukhti S,,agar dikau tahu,,sesungguhnya bukan kami yang ingin membantu,tapi Allah jualah yang gerakkan hati dan kaki kaki kami untuk membantumu..bukan juga kami yang pinta keindahan ukhwah ini,namun DIA jugalah yang menghadiahkannya…"
sebenarnya ingin sangat merasakan kekuatan ukhwah seperti di zaman para sahabat dan Nabi,,walaupun mungkin,,ukhwah yang kita bina xsehebat ukhwah Rasulullah bersama sahabat,,tetapi Alhamdulillah,,bersyukur sangat dapat juga merasakan nikmat ukhwah itu bersama dengan antunna..
teringat kisah seorang sahabat di zaman Nabi yang keciciran hanya satu benda yang kecil di dalam sungai…waktu tu tengah dalam perjalanan nak melawan pihak musuh..pabila dilihat sahabat itu keciciran barangnya ke dalam sungai,,sahabat2 yang lain terus terjun ke dalam sungai tersebut untuk mencari barang yang tercicir itu….pabila terlihat oleh musuh,akan kejadian tersebut,,mereka terus berpatah semula ke tempat mereka,,takut untuk meneruskan peperangan dengan sekumpulan manusia yang begitu kuat hubungan sesame mereka..hanya kerana satu benda yang sangat kecil,semua daripada mereka sanggup berkorban terjun ke dalam sungai..subhanallah
incoming mesej-“ukhti,Alhamdulillah,,dah jumpa dah kunci tadi…ada dalam bilik je…”
sender:ukhti S
bukan kami menyesal,atau marah tapi sangat terharu dan sedih kerana kami berjaya sahut seruan ukht kami…
SUBHANALLAH,,yaAllah,,memang inilah caranya DIKAU ingin menunjukkan kekuasaanMu dan kasih sayangMU…
Engkau ingin menguji sejauh mana kehebatan cinta yang bersulam antara kami..sejauh mana kekuatan ukhwah antara kami…
Memang xrasa menyesal sebab xdapat jumpa kunci saat kami mencarinya,,namun bersyukur atas setiap yang berlaku…inilah sebenarnya salah satu cara Allah ingin menunjukkan kasihNya terhadap hamba2…
Kenangan yang indah untuk malam itu,,,
Kuharap ia kan berulang lagi,,,