bismillahirrahmanirrahim
“ish,,tak nak lah wat..aku memang tak mampu punye,,”
“uish,,susahnya nak wat tugas nie,,tak boleh nak handle la..”
“dia tengah mengumpat aku la tue,,”
Sebenarnya,,inilah antara dialog2 yang sering kita dengar..dialog2 yang melibatkan pemikiran negative,tak kira sama ada tentang diri sendiri mahupun orang lain..mengikut kajian,manusia berfikir lebih daripada 60 000 fikiran,,subhanallah betapa hebatnya Allah,,namun adakah kita tahu yang mana 80% daripada pemikiran tadi,,memikirkan tentang hal2 yang negative dan hanya 20% saja yang memikirkan positif..maknanya,daripada 60 000 buah pemikiran tadi,lebih kurang 48 000 pemikiran yang negative,,masyaAllah..
Seringkali kita pasti akan mengeluh,andai kita mengalami kesukaran..pasti jua memkikirkan negative dan membelakangkan kebolehan kita,,jarang pulak kan,,kita fikirkan,andai sesuatu kesukaran itu datang,kita mampu mengatasinya(thinking positive)..kerana sebenarnya pemikiran2 yang positif inilah yang memberi kita kekuatan untuk terus maju…
betapa hebatnya mereka yang berfikir positif,tatkala menghadapi kesukaran..
sebagai contoh,
kisah nabi musa dan pengikutnya…
ketika Nabi Musa dan pengikutnya berhadapan dengan laut dan ombak yang menggunung,para pengikutnya berkata “kita semua tertangkap” Nabi Musa menenangkan mereka dgn penuh yakin “sesekali kita tak kan dapat dikejar” ketika itu Nabi Musa penuh yakin berjalan di tengah laut “sesungguhnya Tuhan bersertaku, kelak Dia akan beri petunjuk padaku”
kisah seorang petani di Florida
setelah dipersetujui,seorang petani di Florida ingin mengambil alih tanah luas yang terbiar.namun dia mengalami kesukaran bahawa terdapat pelbagai ular di kawasan itu.apa yang difikirkan sebelum ini meleset sama sekali bahawa dia ingin menjadikan tanah luas tersebut sebuah tapak pertanian yang sangat indah..dia berfikir dan terus berfikir,,mcm mana nak majukan tanah nie,sedangkan banyak sangat ular yang berbisa di situ,,akhirnya,dia keluar dgn satu idea .....
kisah Rasulullah dan siti khadijah
kisah Rasulullah baru balik dari kerja dakwah,dan rasa bersalah kerana takut tak penuhi hak siti khadijah.namun,apa yang siti khadijah katakana pada rasulullah sbg isteri yang taat perintah suami dan sebagai isteri yang memahami,,
“tidak sama sekali,demi Allah,sesungguhnya Allah tak kan menghinakan engkau kerana engkau sentiasa hubungkan silaturrahim,engkau pikul beban kesusahan orang,menolong mereka yang tak berada,member makan kpd tetamu dan berusaha menyelesaikan rintangan yang menghalang kebenaran”
Subhanallah,,begitu optimisnya mereka dalam berhadapan dgn sesuatu..
Jadi,,kalau kita juga ingin maju dan Berjaya seperti mereka,,jom bersifat optimis kerana tiada apa yang merugikan kita kalau kita OPTIMIS..
2 comments:
Bagusnya perkongsian ini...
cuma nak kongsi apa yang dpt dari Mukhoyyam tempohari ukhti,,hehe
Post a Comment