Tuesday, June 28, 2011

~Allah Maha Hebat-siri kangaru~

Bismillahirrahmanirrahim


Subhanallah,,dalam usrah semalam,,dapat berkenalan pula dengan mereka2 yg berjurusan kedoktoran..apa lagi,maka banyaklah penggunaan bahasa sains yang digunakan..subhanallah tambahan ilmu..:)


Dan semalam salah satu ilmu yang dikongsi adalah berkaitan dengan kangaroo..yup,bagaimana kangaroo melahirkan anak…subhanallah,sungguh Allah Maha Berkuasa..


Kangaru memiliki cara melahirkan anak yang sangat unik..pada permulaan, kangaroo akan melahirkan janin hanya sekitar 2cm dan cuma seberat 28 gram,,subhanallah sgt kecil kan??lalu bayi yang sangat kecil ini harus berjuang,merangkak seperti sang cacing untuk masuk ke dalam kantung si ibu.Jika ia tidak berhasil masuk ke kantung ibunya, ia akan mati dan si ibu tidak dapat berbuat apa2 tapi jika ia berhasil masuk ke kantung ibunya,ia akan hidup dan tinggal di sana dalam lebih kurang 5-6 bulan..dan dari situlah ia mendapatkan makanan..


Subhanallah,,sangat hebat Allah sebagai Maha Pencipta..Dia menciptakan makhluk bukan satu ‘pattern’ sahaja malah setiap daripada ciptaanNya berlainan cara ia diciptakan..bagaimana ia berfungsi dan sebagainya..bukankah ini SALAH SATU TANDA BAHAWA DIA MAHA AGUNG??sungguh bagi mereka yang melihat tanda2 kekuasaan Allah dengan mata hati,pasti menyentuh hati sanubari ..


Mereka yang berilmu pasti tunduk dan takut atas kehebatan dan kekuasaanNYA


"Tidakkah kamu melihat bahwasanya Allah menurunkan hujan dari langit lalu Kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat. Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (surah Fathiir;27-28)


Sungguh,DIAlah maha berkuasa!!ya Allah peliharalah kami dari golongan2 ini.


“Dan sesungguhnya Kami (Allah) akan isikan neraka Jahanam itu sebahagian daripada golongan jin dan manusia, mereka itu mempunyai hati, tetapi tidak mahu memahami ayat Allah. Mereka mempunyai mata, tetapi tidak mahu melihat tanda kekuasaan Allah. Mereka mempunayi telinga, tetapi tidak mahu mendengar (ayat dan nasihat Allah). Mereka itu tidak ubah seperti binatang ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai.” (Surah al-A’raf, 179)


Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, mereka itu penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.” (Surah Al-A'raaf; 36)



"Segala keindahan yang disaksikan manusia di alam adalah bukti dari daya cipta Allah yang tinggi dan unik. Surga jauh lebih sempurna dibandingkan dengan keindahan di dunia".(harun yahya)


~YaAllah jadikanlah kami hamba yang berfikir tentang kebesaranMU lantas mendekatkan diri denganMu bukan hamba yang dipalingkan olehMU~

Hanya Untuk Dia

Bismillahirrahmanirrahim



“erm,,kalau I nak tanya you something,you jangan marah ye..i just nak tanya je”

“boleh ,,silakan..tanyalah”

“..kadang2 I peliklah tengok you, pakai sarung tangan sedangkan lengan baju you dah panjang…lepastu,you pakai stoking pulak..nape?u tak panas ke??”

“my dear,,diri wanita ibarat mutiara yang sangat berharga..letaknya di dasar lautan yang sangat dalam,,jadi,I kena jaga diri I seelok dan sebaik mungkin sebab I syg diri I macam mana orang lain sayangkan mutiara..i tak nak orang lain (tidak halal) melihat dahulu apa yangg I simpan dan jaga sebelum orang yang benar2 halal melihatnya..dan yang paling penting I NAK PERSEMBAHKAN YANG TERBAIK UNTUK KEKASIH AGUNG I BILA PERTEMUAN AGUNG ANTARA I DENGAN DIA NANTI..
sebab I sayang sangat kat DIA,,DIA YANG MAHA BERKUASA,,takde sape boleh tanding DIA..DIALAH ‘HERO’ I..

kalau orang bercinta,diorang kan nak bagi the best untuk kekasih diorang,,I pun mesti nak bagi the best kat DIA sebab DIA lah I hidup hari ni,,sebab DIA lah I dapat semua nikmat yang sekarang I ada..I memang tak sabar nak jumpa DIA..jadi,sebelum tue,I kena jaga diri I sebaiknya"

Saturday, June 25, 2011

Kata Imam Hassan Albanna tentang 'THABAT'


“Hendaknya seorang akh. Menjadi orang yang aktif dan selalu berjuang di jalan menuju Nya; sekalipun masa yang ditempuh masih panjang hingga bertahun-tahun dan berabad-abad lamanya; sehingga dirinya berjumpa dengan Allah dalam kondisi demikian sedangkan ia mendapatkan keberuntungan pada salah satu dari dua kebaikan; mencapai tujuan yang diinginkan atau mendapat syahadah hingga akhir.


Allah berfirman: “Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang gugur. dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya)”. (Al-Ahzab:23)


Menurut kita, waktu ini akan sentiasa berjalan, walaupn jalan sangat panjang, kejayaan masih jauh dan banyak rintangan menghadang, namun intinya adalah bagaimana kita dapat menuju satu tujuan disertai dengan ganjaran yang besar dan pahala yang berlipat ganda dari ALLAH, maka tidak ada kata henti dari PERJUANGAN ayuh terus kita merobohkan benmteng kezaliman

Mendidik hati tsabat di 'jalan' suci




“ukhti, hati ini terkadang rasa pilu..bagaimana agar bisa mendidik hati menjadi kental dan sentiasa tabah walau dicemuh sebab ana tau,dalam melangkah di ‘jalan’ ini..tidak disediakan dengan ‘karpet’ merah namun hamparan kaca berduri kerana penghujung destinasinya yang sangat tidak ternilai”

“kepada ukhti yang ana cintai kerana ALlah,
masihkah ukhti ingat dengan kisah mus'ab bin umair?
bagaimana pula dengan kisah saad bin waqqash?

mereka berdua dipulau oleh keluarga dan ibu mereka hanya kerana menyebut "lailahaillah muhammd rasulullah"

ingatkah ukhti kepada kisah rasulullah, di hina, di tabur debu di atas kepala, diletakan najis unta saat beliau sujud kepada Allah, di letakan perut domba dalam periuknya, diludahi oleh sahabatnya malah jirannya sendiri seperti utbah, umayyah, uqbah, dan bapa saudaranya sendiri mencelakakannya iaitu abu lahab kerana apa? hanya kerana mengatakan "lailahaillah muhammad rasulullah"

ingat kisah safiyyah?, diceraikan suami kerana kalimah "lailahaillah, muhammad rasulullah"

ingat kisah zainab? meninggalkan suaminya kerana tidak beriman dengan kalimah syahadah

begitulah juga para rasul dan nabi terdahulu, ibrahim, musa, isa, ishaq, yusuf, nuh, hud dan seterusnya semuanya mengalami ujian yang amat berat. antara mereka ada yang dipulaukan oleh kaumnya sendiri, dipulaukan oleh isterinya dan anak mereka sendiri.

maka, wala tahinu wala tahzanu, wa antumul aqlau nainkuntum mukminin" "janganlah engkau takut dan sedih kerana sesungguhnya kamu tinggi kerana kamu orang-orang mukmin"

begitulah ukhti, semua ujian yang kita hadapi tidaklah hanya kerana ALlah mahu meneguhkan hati dan perasaan kita pada jalan ini, sebagai ujian taqarrub ilallah, sebagai ujian keikhlasan memilih jalanNya, sebagai ujian keteguhan azam dan tekad dijalanNya.

insyaAllah ukhti, di setiap kesulitan pasti ada kemudahan, setiap kesulitan pasti ada kemudahan"

ingatlah bahawa, seorang pencinta itu sentiasa memberi, walaupun yang dia cintai tidak menghargai

begitulah dengan tuhan kita, Allah
betapa besar rahmatnya kepada kita, namun banyak sekali kita bermaksiat kepadanya, namun DIA, tetap sahaja memberikan nikmatnya kepada kita
dan Alhamdulillah, pada saat ini kita berada dalam nikamt yang besar, bernafas dalam islam. Alhamdulillah.

semoga ukhti sentiasa sabar dan tsabat pada jalan ini, dan ingatlah Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang, MAha Memaaf dan Maha Mencintai kepada hambanya.

kepada ukhti yang ana cintai kerana Allah, bersabarlah dan berdoa.insyaAllah”

~subhanallah hati ini terasa tenang setenang air di lautan..yup,mengapa perlu rasa lemah sedangkan hanya baru sedikit ujian dan cemuhan..jangan disebabkan itu,kamu berundur..tidakkah dikau merasa rugi saat sudah sampai ke penghujung destinasi,dikau berhenti dan berpatah arah dek kerana putus asa dan kecewa?bukankah para sahabat lebih hebat ujiannya??bukankah Rasulullah itu diuji juga? Ujian itu mematangkanmu,,bukanlah ia satu kelemahan namun IA ADALAH KEKUATAN,,semoga Allah memberikan kekuatan pada kita dalam melangkah di jalan ini~

SANG MUROBBI-IZZATUL ISLAM

Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi
Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi

Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu

Terik matahari
Tak surutkan langkahmu
Deru hujan badai
Tak lunturkan azzammu

Raga kan terluka
Tak jerikan nyalimu
Fatamorgana dunia
Tak silaukan pandangmu

Semua makhluk bertasbih
Panjatkan ampun bagimu
Semua makhluk berdoa
Limpahkan rahmat atasmu

Duhai pewaris nabi
Duka fana tak berarti
Surga kekal dan abadi
Balasan ikhlas di hati

Cerah hati kami
Kau semai nilai nan suci
Tegak panji Illahi
Bangkit generasi Robbani..

Friday, June 24, 2011

Si cilik pejuang Allah

Sejauh manakah jihad yang telah kita lakukan selama kita hidup dan menumpang di bumi Allah ini? masyaAllah, sungguh besar nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita tetapi sebesar manakah hidup, masa, harta dan jiwa kita digunakan untuk berjihad, untuk memperjuangkan agama Allah demi mendapat mardhatillah?
Firman Allah:

Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamudi jalan Allah.Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (at-taubah:41)


Mari kita renungkan cerita yang suatu ketika dulu membuka mata seluruh dunia dengan tindakan cekal seorang remaja dalam membuktikan semangat orang muda iaitu kisah syahidnya Fares Audah, 12, si cilik dari kem pelarian Jabalia di Palestin.

Kisah bagaimana keberanian seorang remaja menyahut panggilan intifada dengan hanya menggunakan batu sebagai senjata untuk mempertahankan bumi anbia dan tempat kiblat pertama umat Islam. Serangan ditujukan bukan kepada burung atau kucing tetapi kereta kebal Yahudi yang menyerang dan menghancurkan tanah lahirnya. Itulah rutin harian Fares Audah selepas balik sekolah bersama rakan sebaya. Walaupun ibunya sering kali risau tindakannya, tetapi dia menjawab: “Kenapa kita tidak boleh menyerang mereka, sedangkan mereka menyerang kita.”

Malah tindakan itu menyebabkan Yahudi takut dan berundur akibat balingan batu ini. Selepas 40 hari bertempur dengan kereta kebal Yahudi menjadikan Fares Audah sebagai ancaman kepada Yahudi. Ketika tangan kanan kuat menggenggam batu berdepan muncung kereta kebal Yahudi Laknatullah, tentera Yahudi menggunakan ‘penembak curi’ yang menembaknya tepat di kepala.
Kematian Fares Audah disambut dengan parti memabukkan oleh tentera Yahudi bagi meraikan kemenangan ke atas si cilik bertuah yang bergelar as-Syahid. Itulah kisah pengorbanan agung seorang remaja hasil didikan dan pemahaman yang betul.

Itu kisah terpuji di negara perang yang sudah lama tidak kenal erti kedamaian, kesejahteraan serta kasih sayang keluarga yang kurang akibat kematian orang tersayang. Di sana tiada sistem persekolahan teratur dan seribu macam masalah lagi. Jadi, bagaimana pula remaja kita yang sepatutnya lebih hebat daripada yang diceritakan kerana kita sentiasa dalam keamanan, kesenangan dan kesejahteraan serta penuh teknologi dan seribu macam lagi keselesaan.

Bagaimana dengan isu remaja tonggak pelapis di Malaysia? Jika hanya satu kisah Fares Audah yang dipersembahkan, apakah ada yang setandingnya dalam mempertahankan Islam dan perjuangan di bumi Malaysia tercinta ini?

Bagaimana perbandingan antara semangat, wawasan dan ketaatan Fares Audah dengan remaja di Malaysia pada usia mereka yang sebaya? Satu persatu boleh dirungkai. Jika di Palestin, menuntut ilmu sangat dititikberatkan sehingga batu dijadikan pensil manakala tanah dijadikan kertas dalam kesungguhan anak kecil di sana menuntut ilmu walaupun dalam keadaan perang. Yang menjadi dinding bukan binaan indah tetapi khemah pelarian tidak beratap. Kawasannya penuh habuk dan kesan kimia daripada penggunaan senjata Yahudi, bukannya selesa dengan keadaan berhawa dingin. Mereka mendesak pengganas, tidak dihiraukan perkara lain sehingga belajar di bawah muncung senapang yang sentiasa diacukan kepada mereka.

Lain kisahnya di negara kita. Walaupun disediakan sistem yang tersusun, guru yang ramai dan berkelayakan, sumber dan bahan rujukan lebih daripada mencukupi, kemudahan internet, kawasan pembelajaran yang efektif dan kondusif serta pelbagai kemudahan terus meletakkan remaja di zon selesa tetapi apa yang terjadi pada mereka? hilang identiti, maksiat berleluasa, kes pembuanagan bayi makin menjadi-jadi seolah-olah kes tersebut adalah suatu trend. Ke manakah hilangnya maruah mereka. Ke mana hilangnya semangat jihad anak-anak Malaysia? Tidakkah mereka sedar bahawa dunia ini hanya permainan yang melalaikan? Andainya mereka tahu betapa besarnya pahala orang yang berjihad
Firman Allah:

Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya sekiranya mereka mengetahui” (al-ankabut:64

Adakah kita tidak mengambil iktibar bagaimana dalam keadaan perang yang sangat dahsyat, Palestin bersungguh-sunguh menerapkan ilmu agama dan berjaya melahirkan 15,000 anak Palestin yang hafiz al-Quran.
“Pemimpin kami mendapat tarbiyah daripada Masjid Al-Aqsa dan kami pula mengajar anak-anak Palestin. Musim luruh lalu, kami berjaya lahirkan 15,000 anak-anak Palestin yang hafiz al-Quran.” Demikian antara petikan kata pemimpin Hamas, Sami Abu Zuhri, yang menceritakan antara kejayaan perjuangan pertubuhan Islam itu selain membebaskan bumi Anbia daripada rejim Zionis Israel.

~setiap daripada kita punyai potensi yang berbeza,,namun jangan mengalah dan putus asa andainya potensi itu dilihat kecil di mata manusia,kerana ia bisa menjadi potensi yang besar di mata Allah andai kita bersungguh dan ikhlas dalam perjuangan..~