Sejauh manakah jihad yang telah kita lakukan selama kita hidup dan menumpang di bumi Allah ini? masyaAllah, sungguh besar nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita tetapi sebesar manakah hidup, masa, harta dan jiwa kita digunakan untuk berjihad, untuk memperjuangkan agama Allah demi mendapat mardhatillah?
Firman Allah:
Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamudi jalan Allah.Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (at-taubah:41)
Mari kita renungkan cerita yang suatu ketika dulu membuka mata seluruh dunia dengan tindakan cekal seorang remaja dalam membuktikan semangat orang muda iaitu kisah syahidnya Fares Audah, 12, si cilik dari kem pelarian Jabalia di Palestin.
Kisah bagaimana keberanian seorang remaja menyahut panggilan intifada dengan hanya menggunakan batu sebagai senjata untuk mempertahankan bumi anbia dan tempat kiblat pertama umat Islam. Serangan ditujukan bukan kepada burung atau kucing tetapi kereta kebal Yahudi yang menyerang dan menghancurkan tanah lahirnya. Itulah rutin harian Fares Audah selepas balik sekolah bersama rakan sebaya. Walaupun ibunya sering kali risau tindakannya, tetapi dia menjawab: “Kenapa kita tidak boleh menyerang mereka, sedangkan mereka menyerang kita.”
Malah tindakan itu menyebabkan Yahudi takut dan berundur akibat balingan batu ini. Selepas 40 hari bertempur dengan kereta kebal Yahudi menjadikan Fares Audah sebagai ancaman kepada Yahudi. Ketika tangan kanan kuat menggenggam batu berdepan muncung kereta kebal Yahudi Laknatullah, tentera Yahudi menggunakan ‘penembak curi’ yang menembaknya tepat di kepala.
Kematian Fares Audah disambut dengan parti memabukkan oleh tentera Yahudi bagi meraikan kemenangan ke atas si cilik bertuah yang bergelar as-Syahid. Itulah kisah pengorbanan agung seorang remaja hasil didikan dan pemahaman yang betul.
Itu kisah terpuji di negara perang yang sudah lama tidak kenal erti kedamaian, kesejahteraan serta kasih sayang keluarga yang kurang akibat kematian orang tersayang. Di sana tiada sistem persekolahan teratur dan seribu macam masalah lagi. Jadi, bagaimana pula remaja kita yang sepatutnya lebih hebat daripada yang diceritakan kerana kita sentiasa dalam keamanan, kesenangan dan kesejahteraan serta penuh teknologi dan seribu macam lagi keselesaan.
Bagaimana dengan isu remaja tonggak pelapis di Malaysia? Jika hanya satu kisah Fares Audah yang dipersembahkan, apakah ada yang setandingnya dalam mempertahankan Islam dan perjuangan di bumi Malaysia tercinta ini?
Bagaimana perbandingan antara semangat, wawasan dan ketaatan Fares Audah dengan remaja di Malaysia pada usia mereka yang sebaya? Satu persatu boleh dirungkai. Jika di Palestin, menuntut ilmu sangat dititikberatkan sehingga batu dijadikan pensil manakala tanah dijadikan kertas dalam kesungguhan anak kecil di sana menuntut ilmu walaupun dalam keadaan perang. Yang menjadi dinding bukan binaan indah tetapi khemah pelarian tidak beratap. Kawasannya penuh habuk dan kesan kimia daripada penggunaan senjata Yahudi, bukannya selesa dengan keadaan berhawa dingin. Mereka mendesak pengganas, tidak dihiraukan perkara lain sehingga belajar di bawah muncung senapang yang sentiasa diacukan kepada mereka.
Lain kisahnya di negara kita. Walaupun disediakan sistem yang tersusun, guru yang ramai dan berkelayakan, sumber dan bahan rujukan lebih daripada mencukupi, kemudahan internet, kawasan pembelajaran yang efektif dan kondusif serta pelbagai kemudahan terus meletakkan remaja di zon selesa tetapi apa yang terjadi pada mereka? hilang identiti, maksiat berleluasa, kes pembuanagan bayi makin menjadi-jadi seolah-olah kes tersebut adalah suatu trend. Ke manakah hilangnya maruah mereka. Ke mana hilangnya semangat jihad anak-anak Malaysia? Tidakkah mereka sedar bahawa dunia ini hanya permainan yang melalaikan? Andainya mereka tahu betapa besarnya pahala orang yang berjihad
Firman Allah:
Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya sekiranya mereka mengetahui” (al-ankabut:64
Adakah kita tidak mengambil iktibar bagaimana dalam keadaan perang yang sangat dahsyat, Palestin bersungguh-sunguh menerapkan ilmu agama dan berjaya melahirkan 15,000 anak Palestin yang hafiz al-Quran.
“Pemimpin kami mendapat tarbiyah daripada Masjid Al-Aqsa dan kami pula mengajar anak-anak Palestin. Musim luruh lalu, kami berjaya lahirkan 15,000 anak-anak Palestin yang hafiz al-Quran.” Demikian antara petikan kata pemimpin Hamas, Sami Abu Zuhri, yang menceritakan antara kejayaan perjuangan pertubuhan Islam itu selain membebaskan bumi Anbia daripada rejim Zionis Israel.
~setiap daripada kita punyai potensi yang berbeza,,namun jangan mengalah dan putus asa andainya potensi itu dilihat kecil di mata manusia,kerana ia bisa menjadi potensi yang besar di mata Allah andai kita bersungguh dan ikhlas dalam perjuangan..~
skip to main |
skip to sidebar
“kita tulis je apa yang kita rasa nak tulis. Kata pak salim (lagi), menulislah untuk tunjukkan kebodohan kita. Biar bila kita menulis, kalau ada yang kita salah tulis, mohon akan ada si pembaca yang betulkan. Jangan rasa rendah diri tapi rasalah ingin berkongsi. Kongsi dengan apa yang kita ada.” kakakku yang suka bersenyum.
0 comments:
Post a Comment