Monday, May 28, 2012

Bangga

Bismillahirrahmanirrahim

InsyaAllah,,ingin dikongsikan sebuah cerita,kisah benar daripada Syeikh Yusuf Estes dan seorang sahabatnya yang telah lama berkenalan selama lebih kurang 10 tahun..

Suatu hari Syeikh Yusuf Estes berjumpa dengan seorang sahabatnya,(seorang Muslim,hidup dalam keluarga Muslim).dan selepas beberapa ketika sahabatnya berkata

Sahabatnya : “hari ni aku sangat gembira!!”

Syeikh yusuf : “owh,ok.apa yang dah berlaku??kenapa kau begitu gembira??(dalam hatinya berkata,-‘owh mungkin dia ingin bernikah,,atau mungkin dia akan menunaikan haji..hanya itu yang berkatta dalam hati Syeikh Yusuf)

Sahabatnya : “hari ni aku dah masukkan anakku dalam sebuah sekolah –AMERICAN PUBLIC SCHOOL”

Syeikh Yusuf : “owh, adalah lebih baik jika kamu meletakkan anakmu di dalam ‘tandas’”-ingin digambarkan di sini pusat pengajian itu tersangatlah teruk…

Sahabatnya : owh,mungkin kamu tersilap dengar apa yang aku katakan,sahabatku..biar aku ulang semula.. hari ni aku dah masukkan anakku dalam sebuah sekolah –AMERICAN PUBLIC SCHOOL”

Syeikh yusuf : “owh,aku tidak silap mendengar apa yang dikau katakan(sambil tersenyum)..

Sahabtnya : ….???sambil terus berlalu pergi

Dipendekkan cerita, mereka bertemu semula selepas lama tidak berjumpa..sahabatnya mengajak syeikh yusuf estes untuk datang ke rumah..sambil itu,sahabatnya sempat berkata kepada Syeikh yusuf..

Sahabatnya : “kamu ingat tak, apa yang kamu katakan padaku suatu masa dulu??tentang lebih baik jika anakku diletakkan di dalam tandas??”

Syeikh Yusuf : “owh,sudah pasti!aku masih ingat tentang itu”

Sahabatnya : “kamu salah!!!kerana hakikatnya AMERICAN PUBLIC SCHOOL itu 10 kali lebih teruk "

Sahabatnya amatlah menyesal dengan tindakannya yang terlalu bangga ingin mengikut jejak orang BARAT(non-muslim). Dipendekkan cerita lagi, syeikh yusuf bertemu dengan anak kepada sahabatnya itu..dan syeikh yusuf mengajaknya untuk berdakwah di PENJARA..

Selepas syeikh yusuf memberikan ceramah di penjara Alhamdulillah,ada di kalangan banduan ingin memeluk Islam,,subhanallah!! Syeikh Yusuf terlihat akan anak kepada sahabatnya tadi turut menangis..

“saya tidak boleh bayangkan bagaimana seorang itu memeluk Islam(dengan penuh bangga)..ISLAM IS AMAZING..IT’S THE ONLY RIGHT WAY..”(itulah ayat yang keluar dari mulutnya tatkala melihat ‘mereka’ dengan bangganya memeluk Islam)

Dia sedar, meskipun dia dibesarkan dalam Islam,tapi keluarganya masih tidak mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar..dia lupa bahawa Islam itu sangat Indah..orang lain bersusah payah untuk hanya mengucapkan dua kalimah syahadah..tetapi dia??terlalu bangga ingin mengikut selain ajaran Islam..Islam punya segalanya..kerana berpaksikan pada Allah Yang Maha Besar..Yang memiliki segalanya..

“Sesungguhnya kenikmatan beragama hanya Aku berikan kepada hamba yang Aku pilih dari hamba-hamba-KU yang shalih.” (al Hadith).

Cuba kita lihat,para sahabat dahulu,hanya untuk mengucap dua kalimah syahadah,mereka mengharungi pelbagai ujian dan cabaran..ingatkah kita tentang kisah Sumayyah(syahidah yang pertama dalam Islam)??terkorban nyawa kerana mengucapkan 2 kalimah syahadah??

Suatu ketika Salman Al-Farisi R.A. ditanya, ”Keturunan siapa Kamu ?” Salman yang membanggakan keislamannya, tidak mengatakan dirinya keturunan Persia, tapi ia mengatakan dengan lantang, ”Saya putera Islam.” inilah sebabnya Rasulullah saw mendeklarasikan bahwa, ”Salman adalah bagian dari keluarga kami, bagian dari keluarga Muhammad saw.”

Sahabat sahabat,jika seseorang itu sanggup bermati-matian untuk mendapatkan sesuatu benda atau perkara,sudah tentu perkara itu amatlah bermakna baginya!!lihatlah contoh dari kisah para Nabi, para sahabat dahulu..mereka amat bangga dengan Islam..bagaimana dengan kita??semoga kita turut tergolong dalam kalangan mereka yang bangga dengan islam..bukan sahaja bangga menjadi muslim,tapi juga bangga untuk memperjuangkannya,,bangga untuk melaksanakan syariatnya..Allahumma Ameen

Mode ::peganglah Islam seprti kamu memegang bola ragbi,bukan seperti bola sepak.::

p/s : maaf jika gaya penulisan dialog di atas kurang ‘umph’..

Sunday, May 27, 2012

Due date assignment dah lepas, due date KEMATIAN??

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah,,minggu yang agak ‘hectic’ dah pun berlalu..minggu yang dihujani dengan assignment yang due datenya sama,,fuh (hu,salah diri sendiri..buat last minit..kan dah menyeksakan diri sendiri…masih belum selesai lagi satu muwasofat-haris ‘ala waqtihi-menjaga masa..dan belum pas lagi prinsip ‘La Tuajjil’ –jangan bertangguh..)..tak pe,insyaAllah azam ni akan jadi azam tahun baru ku muharam nanti ^__^

Erm,,tapi yang nak dikongsikan untuk post kali ini bukanlah tentang perkongsian masalah assignment2 tu,,tapi sedar tak kita,,semakin bertambahnya hari,semakin dekatnya kita dengan kematian!! sedang kematian itu tidak kita ketahui DUE DATE nya..Allahu Allah..

Mungkin kita boleh bertangguh untuk persiapan assignment atau task-task yang kita tahu due date nya,,tapi apakah kita boleh bertangguh untuk persediaan menghadapi KEMATIAN yang langsung kita tak tahu due datenya??? Duhai hati,,mari kita renungkan bersama..setiap detik waktu yang berlalu adalah kiraan waktu untuk kita kearah kematian.

Suatu hari Imam AlGhazalli berkumpul bersama anak anak muridnya lalu beliau bertanya(teka-teki).salah satunya ialah :

Imam AlGhazalli : apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?

Murid 1 : orang tua

Murid 2 : Guru

Murid 3 : Teman

Murid 4 : Kerabat

Imam Alghazalli : semua jawapan itu adalah benar tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah SWT bahawa “ setiap yang bernyawa pasti akan mati” (surah Ali- Imran;185)

Yup,memang benar,,yang paling dekat dengan kita adalah kematian.mungkin sahaja sesaat dua selepas ini,ajal kita menjemput..Allahu Allah.


Ramai orang yang mungkin mengatakan…"ala,buat apa nak siap (bertaubat) muda-muda ni..dah tua nanti barula taubat..lama lagi la.."

Apakah kita tahu yang kita mungkin tak sempat untuk hadapi tua kerana AJAL AKAN DATANG BILA BILA..sama sama kita renungkan..

Mode ::" Orang yang Paling pintar di kalangan umatku, yang paling banyak ingat Mati, dan yang paling bersedia menghadapinya" [ Hadith Riwayat Abdullah Ibn.Umar ] ::

Monday, May 21, 2012

The POWERFUL of 'SUJUD'

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah,masih dapat lagi menggerakkan tangan untuk menulis..mata untuk melihat dan membaca..nikmat yang patut disyukuri,,HAMDALAH


Dan setiap daripada kita pasti pernah merasakan UJIAN yang dia rasakan begitu hebat. Saat itu, tiada seorang pun yang boleh faham apa yang kita luahkan..tiada siapa yang dapat tenangkan hati yang kian gelisah..dan jika IMAN tidak ‘bersuara’ lantas NAFSU dan EMOSI akan ‘menindas’. Tatkala itu, akal mungkin tidak dapat berfikir dengan waras..maka hati makin tidak tenang..ALLAHU ALLAH..apakah kita lupa masih ada lagi tempat yang boleh kita mengadu??


Duhai diri,,saat di’hadiahkan’ ujian..berhenti sejenak…ambil nafas…tenangkan fikiran..insyaAllah akal akan mula dapat berfikir dengan baik..


tapi ada satu lagi terapi yang SANGAT MUJARAB

PENGADUAN DALAM SUJUD TIKA SOLAT.!!

seriously serious,,ia amat mujarab..^_^

kerana sesungguhnya, seseorang itu sangat dekat dengan Allah waktu sujudnya..KENAPA?


Saat kita sujud,kepala kita,anggota yang paling tinggi, akan diletakkan ke tanah iaitu tempat yang paling bawah(tempat yang dipijak oleh kita)..saat, itu seseorang hamba akan merasakan dirinya sangat kerdil di sisi Allah Yang Maha Tinggi.SUBHANALLAH..lantas kita akan rasakan bahawa hanya Allah yang layak disembah dan diminta pertolongan..


“waktu sujud itu,,mengadulah kepada Allah (dalam hati) semahu-mahunya pada Allah,nescaya Dia akan tenangkan hatimu, berikan kekuatan padamu, dan mengangkat kesedihan dalam dirimu..”


Mungkin setiap daripada kita ada cara yang tersendiri untuk menghilangkan kesedihan,menenangkn diri saat diuji, tapi percayalah ianya masih tetap belum mampu memberikanmu ketenangan yang sebenar..


Hanya pengaduan seorang hamba kepada Sang Khaliq dapat mengangkat kesedihan itu, dan berikan kebahgiaan yang hakiki..Maka, mengadulah dalam sujud tika solat itu..biarpun ia lama,asalkan ia dapat tenangkan hati yang gusar..


Mode :: ‘enjoy’kan diri tika sujud.::

Tuesday, May 15, 2012

Kembalikan Stamina Iman

Bismillahhirrahmanirrahim


“mak,kenapa lepas kita tidur,kita rasa semakin letih,lesu? Bukan ke makin kita rasa bertenaga sebab dah dapat rehat??”adik bingung

“owh,biasalah tu,,tu la mak dah cakap..jangan tidur lama-lama..kan dah letih.”balas mak


“tapi kenapa macam tu mak??”bingungnya bertambah bingung..


Kata seorang ukhti,,

“Sesungguhnya,bila seseorang itu melakukan dosa,dia akan cepat letih selepas itu.sebagai contoh TIDUR yang BERLEBIHAN juga dosa. Sebab tidak meberikan hak yang benar pada badan dan selepas itu kita akan rasakan semua yang kita buat tak kena dengan kita.sedangkan puncanya bermula daripada kita..”


Tapi, satu cara yang dapat kembalikan stamina kita,iaitu kembalikan stamina iman. Dan stamina iman dapat dikembalikan dengan bertaubat dan ‘topup’ dengan amalan-amalan kebaikan. Contohnya,ambil wudhu’ dan solat sunat,tilawah AlQuran dan sebagainya.InsyaAllah,selepas itu,badan akan kembali segar semula..

dan ada dua konsekuensi pula jika melambatkan taubat :


  • Hatinya penuh dengan kegelapan akibat perbuatan maksiat atau keingkaran dilakukan tanpa henti kepada Allah sehingga menjadi sangat susah untuk mengikis dan menghapuskannya.
  • Maut atau sakit yang datang sebelum sempat ia membersihkan kekotoran di hatinya.


ALLAH ATTAWWAB


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Setiap Bani Adam itu bersalah dan berdosa, dan sebaik-baik orang yang bersalah ialah mereka yang bertaubat.”

Mode::sihatkan tubuh dengan sihatkan iman::