Tuesday, May 15, 2012

Kembalikan Stamina Iman

Bismillahhirrahmanirrahim


“mak,kenapa lepas kita tidur,kita rasa semakin letih,lesu? Bukan ke makin kita rasa bertenaga sebab dah dapat rehat??”adik bingung

“owh,biasalah tu,,tu la mak dah cakap..jangan tidur lama-lama..kan dah letih.”balas mak


“tapi kenapa macam tu mak??”bingungnya bertambah bingung..


Kata seorang ukhti,,

“Sesungguhnya,bila seseorang itu melakukan dosa,dia akan cepat letih selepas itu.sebagai contoh TIDUR yang BERLEBIHAN juga dosa. Sebab tidak meberikan hak yang benar pada badan dan selepas itu kita akan rasakan semua yang kita buat tak kena dengan kita.sedangkan puncanya bermula daripada kita..”


Tapi, satu cara yang dapat kembalikan stamina kita,iaitu kembalikan stamina iman. Dan stamina iman dapat dikembalikan dengan bertaubat dan ‘topup’ dengan amalan-amalan kebaikan. Contohnya,ambil wudhu’ dan solat sunat,tilawah AlQuran dan sebagainya.InsyaAllah,selepas itu,badan akan kembali segar semula..

dan ada dua konsekuensi pula jika melambatkan taubat :


  • Hatinya penuh dengan kegelapan akibat perbuatan maksiat atau keingkaran dilakukan tanpa henti kepada Allah sehingga menjadi sangat susah untuk mengikis dan menghapuskannya.
  • Maut atau sakit yang datang sebelum sempat ia membersihkan kekotoran di hatinya.


ALLAH ATTAWWAB


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Setiap Bani Adam itu bersalah dan berdosa, dan sebaik-baik orang yang bersalah ialah mereka yang bertaubat.”

Mode::sihatkan tubuh dengan sihatkan iman::

0 comments:

Post a Comment