Wednesday, September 22, 2010

Diazab kerana menyuruh kepada kebaikan?

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah Allah masih lg memberi kesempatan untuk mencoret pada kali ini.


Kadang2 kita rasa,kita dah cukup laksanakan tanggungjawab dalam agama Allah dengan baik,yakni mengajak kepada kebaikan serta melarang kepada kemungkaran..namun,adakah kita pasti kita dah selamat dengan cuma menasihati mereka??


sebenarnya,belum lagi wahai sahabat..tatkala anda memperkatakan sesuatu kebaikan,pertanggungjawabkanlah diri anda untuk melaksanakannya.


ingin dikongsi kisah dalam sebuah hadith.


pada hari kiamat kelak,akan Allah angkat seorang pemuda lalu mencampakkanya semula ke bumi. sehingga patah tulang belulangnya.kemudian,Allah angkat buat kali kedua lalu mencampakkanya ke bumi sehingga terkeluarlah isi2 perut. setelah itu tulang belulang dan isi2 perut yang telah hancur itu,digiling2. hal sedemikian menjadi kehairanan bagi penghuni2 neraka.


"wahai si fulan bin si fulan,mengapakah engkau diazabkan sedemikian sedangkan engkau telah mengajak kepada kebaikan dan melarang kepada keburukan?"


jawab pemuda itu tadi "sesungguhnya aku tidak laksanakan apa yang telah aku katakan"



bukanlah diceritakan kisah ini untuk menakut2kan sehingga tidak disampaikan apa yang diminta padanya,namun ambillah ibrah yang baik daripada kisah ini.sama2lah kita melaksanakan apa yang kita sampaikan kerana Islam tidak akan berjaya jika kita hanya bercakap tentang kebaikan serta melarang keburukan,tapi kita sendiri tidak mengambil langkah untuk melakukannya.


wallahu'alam.

Monday, September 20, 2010

Tinggalkan Dia Demi Dia..


Aku Tinggalkan Dia Demi Allah


daffodil

Editor : everjihad


Dengan nama Allah

Sebaik-baik Pemberi Ganjaran...


Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria.Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!


Kau takkan pernah dapat memberi jawapan
Kerna jawapannya bukan di tanganmu
Tetapi di tanganNya.
Di tangan Tuhan kita;
Allah Tuhanku dan Tuhanmu


Gelisahku memikirkan dirimu
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku
Aduhai priaMaafkan aku.
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu


Jemput diriku pabila waktunya tiba
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita


Jadilah dirimu kumbang yang hebat
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar


"i've leave him for the sake of Allah"


Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata
Yakinlah! Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti


Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang sekarang (permulaan).Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu , lalu (hati) kamu menjadi puas.[Ad dhuha: 4 & 5]


Untuk itu
Aku tinggalkan dirimu padaNya


Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.Tidak ada suatu binatang melata melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.(Allah Maha Adil)[Hud: 56]


usah bersedih atas perpisahan sementara ini
jika benar dia tercipta untukmu
tiada apa yang dapat menghalangnya
sebelum saat itu tiba
berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan
mohonlah padanya dengan penuh mengharap


Yakinlah pada janji Allah!


Beruntunglah kamu !
tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini



maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itudan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya[ As Syams: 8-10]


Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu[Fussilat:30]


Dan tika kamu merasa lemah
Mohonlah kekuatan dariNya
Allah itu dekat
yakin pasti


Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui[Fussilat:36]

Bukan untuk KAMU..

bismillahirrahmanirrahim


alhamdulillah sy dapat article nie drpd seorang sahabat.kata2 yang digunakan amat ringkas tapi mudah terkesan insyaAllah.jd,nak kongsi dengan sahabat2 lain..wahai mereka yang tidur,,bangunlah!!


Tarbiyyah...


bukan untuk orang yang malas

bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.

bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.

bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh Tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.

bukan untuk orang yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan, tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.

bukan untuk orang yang cepat mengalah

bukan untuk orang yang meletakkan qiamullail dan daurah dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara `penting' yang lainbukan untuk orang yang hanya pandai cakap dan menulis, tapi amal kosong

bukan untuk orang yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini,

bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information


Dakwah...


bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri

bukan untuk orang yang ikut liqa' hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu

bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute

bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah

bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh

bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluhbukan bagi orang yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami

bukan bagi orang yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot

bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, hanya tahu beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar


Tarbiyyah bukanlah segala-galanya.

Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.

Tanpa anda (orang yang sering beralasan ini) dakwah akan terus berjalan.

Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara. Cuma tanpa pencerahan, Tanpa tarbiyyah,Tanpa dakwah

Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.


Tak mengapa.

Teruskan hidup anda seperti biasa.

Dakwah tak memerlukan anda.

Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.

Berbahagialah seadanya.


"Amanah ini bukan hak milik, tetapi anugerah daripadaNya"dikongsi dari blog:http://www.everjihad.blogspot.com/


(peringatan untuk diri sendiri terutamanya,,serta sahabt2 lain)

Sunday, September 19, 2010

Ramadhan::-sebelum dan sesudah,,kenapa begitu??

Bismillahirrahmanirrahim



huhh..berhabuknye blog..dah bersawang dah..lama btul tak update blog..maaf ye,,sahabat2,,kerana ada sedikit kekangan..tak dapat nak update blog..namun hidup dan perjuangan harus diteruskan.alhamdulillah dapat pun mencoret lagi...



kali nie,insyaAllah nak kongsi pasal RAMADHAN (sebenarnya nak buat entry pasal ramadhan nie,dah lama tapi xdapat.dgn keizinan Allah,,alhamdulillah dapat pun coret utk kali ini).



seronok bila tengok semua muslim berlumba2 menyambut kedatangan awal Ramadhan..kalau solat terawih tu,xyah cakapla...alhamdulillah saff solat penuh hingga ke belakang..tapi,bila masuk minggu kedua ramadhan,,saff mula lengang.yang paling sedih bila saff di bazar ramadhan makin penuh,,xnak terlepas jualan murah katanya..mm kenapa ye kita boleh tak nak lepaskan tawaran harga murah di bazar tapi boleh pula lepaskan tawaran pahala berganda daripada Allah?



apa yang saya lihat di daerah saya,,pada 1 ramadhan,,kebanyakan kain2 rentang yang bertuliskan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" mula terpampang..sedihnya,,kain rentang yang bertuliskan "SALAM RAMADHAN" xkelihatan pun..(adalah jugak,,dalam sehelai dua..)kadang2,keliru jugak..pada 1 ramadhan nie,,kita nak sambut puasa ke,nak sambut raya terus??sedihnya,,kita lagi gembira untuk sambut hari raya berbanding bulan Ramadhan tu sendiri..sedangkan Allah menjanjikan kerahmatan,penghapusan dosa,serta pembebasan api neraka dalam bulan barakah ini..namun,apa yang kita lakukan??



masuk minggu ketiga,,orang ramai dah mula bercerita tentang baju raya,,kuih raya,,kereta baru,,perabot baru,,namun,,adakah kita juga perbaharui iman kita??alhamdulillah andai kiranya kita dapat perbaharui iman kita,,tapi bagaimana pula dengan tidak??Tidakkah ini sesuatu yang sia2??



masuk pula minggu keempat,,fasa ketiga Ramadhan(pembebasan daripada api neraka),,orang ramai dah mula lupa yang sebenarnya mereka masih lagi berada dalam bulan keberkahan,Ramadhan,,saff solat terawih makin berkurang..bazar makin sesak..pernah tak kita terfikir,kenapa ye Allah meletakkan lailatulqadar dalam sepuluh malam terakhir??kerana pada waktu itu,,kita sudah makin leka dengan sambutan Syawal yang bakal tiba..tapi,,bagi mereka yang mempunyai hati yang diikat dengan nur kecintaan Tuhan,mereka mengejarkan lailatulqadar ini(malam yang lebih baik dari seribu bulan)..Allah meletakkan lailatulqadar ini pada malam sepuluh terakhir dan bukan pada sepuluh malam awal,untuk menguji dan melihat sejauh mana kesungguhan hambaNYA untuk mendapatkan lailatulqadar ini.adakah kita tergolong dalam mereka yang menanti2kan lailatulqadar??



apa yang paling menyedihkan,,kalau dahulunya(ramadhan),masjid2 dibuka sehingga subuh dan dilimpahi dengan cahaya yang terang benderang,,namun selepas tibanya syawal,,masjid2 dikunci seawal 10malam..tiada lagi lampu yang terang benderang menyinari masjid sebab takde orang..apa yang turut dikesalkan ialah,tatkala dahulunya saff solat subuh di masjid penuh sehingga 7-8 saff,namun setelah syawal menyapa,alhamdulillah masih lagi ada yang berjemaah di masjid waktu subuh tapi tinggal 7-8 orang sahaja dalam satu saff,



kenapa ye boleh jadi begini??sedangkan kedua2 bulan ini adalah bulan yang mulia..xsalah untuk kita menyambut dan meraikan syawal kerana kemenangan bagi umat islam,,tapi jangan sehingga melupakan ibadah2 yang kita lakukan dalam bulan Ramadhan..alhamdulillah,,tahniah bagi mereka yang punyai semangat dalam menyambut dan meraikan ramadhan dengan ibadah2,,dan jadikanlah semangat itu satu titik tolak untuk kita lebih bersemangat dengan amal ibadah dalam bulan2 yang lain..teruskanlah koreksi hati,perbaiki diri,dalam kembara ini..



Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan : "Sesungguhnya saya bertaubat sekarang". Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih. (an Nissa;18)



wallahua'lam