Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah Allah masih lg memberi kesempatan untuk mencoret pada kali ini.
Kadang2 kita rasa,kita dah cukup laksanakan tanggungjawab dalam agama Allah dengan baik,yakni mengajak kepada kebaikan serta melarang kepada kemungkaran..namun,adakah kita pasti kita dah selamat dengan cuma menasihati mereka??
sebenarnya,belum lagi wahai sahabat..tatkala anda memperkatakan sesuatu kebaikan,pertanggungjawabkanlah diri anda untuk melaksanakannya.
ingin dikongsi kisah dalam sebuah hadith.
pada hari kiamat kelak,akan Allah angkat seorang pemuda lalu mencampakkanya semula ke bumi. sehingga patah tulang belulangnya.kemudian,Allah angkat buat kali kedua lalu mencampakkanya ke bumi sehingga terkeluarlah isi2 perut. setelah itu tulang belulang dan isi2 perut yang telah hancur itu,digiling2. hal sedemikian menjadi kehairanan bagi penghuni2 neraka.
"wahai si fulan bin si fulan,mengapakah engkau diazabkan sedemikian sedangkan engkau telah mengajak kepada kebaikan dan melarang kepada keburukan?"
jawab pemuda itu tadi "sesungguhnya aku tidak laksanakan apa yang telah aku katakan"
bukanlah diceritakan kisah ini untuk menakut2kan sehingga tidak disampaikan apa yang diminta padanya,namun ambillah ibrah yang baik daripada kisah ini.sama2lah kita melaksanakan apa yang kita sampaikan kerana Islam tidak akan berjaya jika kita hanya bercakap tentang kebaikan serta melarang keburukan,tapi kita sendiri tidak mengambil langkah untuk melakukannya.
wallahu'alam.
0 comments:
Post a Comment