huhh..berhabuknye blog..dah bersawang dah..lama btul tak update blog..maaf ye,,sahabat2,,kerana ada sedikit kekangan..tak dapat nak update blog..namun hidup dan perjuangan harus diteruskan.alhamdulillah dapat pun mencoret lagi...
kali nie,insyaAllah nak kongsi pasal RAMADHAN (sebenarnya nak buat entry pasal ramadhan nie,dah lama tapi xdapat.dgn keizinan Allah,,alhamdulillah dapat pun coret utk kali ini).
seronok bila tengok semua muslim berlumba2 menyambut kedatangan awal Ramadhan..kalau solat terawih tu,xyah cakapla...alhamdulillah saff solat penuh hingga ke belakang..tapi,bila masuk minggu kedua ramadhan,,saff mula lengang.yang paling sedih bila saff di bazar ramadhan makin penuh,,xnak terlepas jualan murah katanya..mm kenapa ye kita boleh tak nak lepaskan tawaran harga murah di bazar tapi boleh pula lepaskan tawaran pahala berganda daripada Allah?
apa yang saya lihat di daerah saya,,pada 1 ramadhan,,kebanyakan kain2 rentang yang bertuliskan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" mula terpampang..sedihnya,,kain rentang yang bertuliskan "SALAM RAMADHAN" xkelihatan pun..(adalah jugak,,dalam sehelai dua..)kadang2,keliru jugak..pada 1 ramadhan nie,,kita nak sambut puasa ke,nak sambut raya terus??sedihnya,,kita lagi gembira untuk sambut hari raya berbanding bulan Ramadhan tu sendiri..sedangkan Allah menjanjikan kerahmatan,penghapusan dosa,serta pembebasan api neraka dalam bulan barakah ini..namun,apa yang kita lakukan??
masuk minggu ketiga,,orang ramai dah mula bercerita tentang baju raya,,kuih raya,,kereta baru,,perabot baru,,namun,,adakah kita juga perbaharui iman kita??alhamdulillah andai kiranya kita dapat perbaharui iman kita,,tapi bagaimana pula dengan tidak??Tidakkah ini sesuatu yang sia2??
masuk pula minggu keempat,,fasa ketiga Ramadhan(pembebasan daripada api neraka),,orang ramai dah mula lupa yang sebenarnya mereka masih lagi berada dalam bulan keberkahan,Ramadhan,,saff solat terawih makin berkurang..bazar makin sesak..pernah tak kita terfikir,kenapa ye Allah meletakkan lailatulqadar dalam sepuluh malam terakhir??kerana pada waktu itu,,kita sudah makin leka dengan sambutan Syawal yang bakal tiba..tapi,,bagi mereka yang mempunyai hati yang diikat dengan nur kecintaan Tuhan,mereka mengejarkan lailatulqadar ini(malam yang lebih baik dari seribu bulan)..Allah meletakkan lailatulqadar ini pada malam sepuluh terakhir dan bukan pada sepuluh malam awal,untuk menguji dan melihat sejauh mana kesungguhan hambaNYA untuk mendapatkan lailatulqadar ini.adakah kita tergolong dalam mereka yang menanti2kan lailatulqadar??
apa yang paling menyedihkan,,kalau dahulunya(ramadhan),masjid2 dibuka sehingga subuh dan dilimpahi dengan cahaya yang terang benderang,,namun selepas tibanya syawal,,masjid2 dikunci seawal 10malam..tiada lagi lampu yang terang benderang menyinari masjid sebab takde orang..apa yang turut dikesalkan ialah,tatkala dahulunya saff solat subuh di masjid penuh sehingga 7-8 saff,namun setelah syawal menyapa,alhamdulillah masih lagi ada yang berjemaah di masjid waktu subuh tapi tinggal 7-8 orang sahaja dalam satu saff,
kenapa ye boleh jadi begini??sedangkan kedua2 bulan ini adalah bulan yang mulia..xsalah untuk kita menyambut dan meraikan syawal kerana kemenangan bagi umat islam,,tapi jangan sehingga melupakan ibadah2 yang kita lakukan dalam bulan Ramadhan..alhamdulillah,,tahniah bagi mereka yang punyai semangat dalam menyambut dan meraikan ramadhan dengan ibadah2,,dan jadikanlah semangat itu satu titik tolak untuk kita lebih bersemangat dengan amal ibadah dalam bulan2 yang lain..teruskanlah koreksi hati,perbaiki diri,dalam kembara ini..
Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan : "Sesungguhnya saya bertaubat sekarang". Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih. (an Nissa;18)
wallahua'lam
0 comments:
Post a Comment