Bismillahirrahmanirrahim
InsyaAllah ingin dikongsikan sebuah nukilan seorang sahabat ukhti 'Izzah,,moga ianya bermanfaat bagi kita...
“ Ya, saya ada satu cerita. Kamu mahu mendengarkannya, ini memang benar!”
Penceramah meyakinkan. Kami peserta seminar Rumah Tangga Islami tidak berkedip mata. Sangat rugi rasanya andai terpejam walau sesaat. Beliau sungguh mengesankan.
“ Pernah suatu ketika datang seorang ikhwah meminta saya carikannya calon isteri. Katanya dia mahu yang sopan santun, ayu, lemah lembut, pemalu dan TIDAK MILITAN!”
Beliau berjeda. Menahan sedak yang mahu meledak. Perkataan TIDAK MILITAN mengganggu kelancarannya barangkali. Kami ikut berkerut kening. Apa maksudnya TIDAK MILITAN. Masuk hutan angkat senjatakah?
“ Oh iya..kamu mahu tahu resepi? Ini resepi rahsia rumah tangga yang belum tertulis di mana-mana, yang belum disebut di bibir siapa pun.”
Waah! Pasti mahu. Sunggu penasaran!
“ Resepinya, isteri itu harus MILITAN. Coba saja kamu mikir,saat kamu di tempat kerja, lalu anakmu demam, dia bisa memandu ke klinik. Saat barang dapur kehabisan, dia bisa cekap ke pasar tanpa perlu menunggumu, saat kamu lagi out station beberapa minggu siapa yang bisa pantas menguruskan rumahtangga sebagai ibu dan sekaligus bapa kepada anak-anakmu, pasti seorang isteri yang MILITAN.”
Ikhwah itu menelan air liur. Tergulut-gulut di depan beliau. Rasa baru sahaja menelan bom C4 yang bakal meletup dalam ususnya.
“ Kalau yang tidak bisa aktif sana sini, fizikalnya itu tidak kuat, tidak cukup mengurus hal yang banyak dalam suatu masa, ia pasti meletihkan kamu. Anak yang demam panas sahaja harus menunggu kamu pulang kerja. Tiap-tiap waktu mengganggu tugas kerjamu hanya atas hal-hal yang boleh diusahakannya sendiri. Harus mandiri ertinya.”
Oh, itukah MILITAN namanya? Saya tersenyum. Banyak sekali skrin hidup terlayar di hadapan saya saat melihat wajah para akhawat.
SEUSAI ITU..MEMANG BENAR..
Program hari itu tamat. Keluar sahaja laman parkir kereta, saya terus tidak tahan mahu tertawa, lalu menggeleng kepala. Kelihatan 2,3 orang akhawat bertungkus lumus menghidupkan motornya. Terhenjak-henjak tubuh kerana tidak mahu hidup. Datang seorang akhwat dengan gaya yang penuh militan, sekali henjakannya yang maha hebat pada pedal penghidup, terus terdengar bunyi enjin motor, sungguh militan!
Saya menuju ke kereta saya. Di bangku belakang penuh barang-barang tumpangan akhwat yang bermotor dan yang menaiki tren untuk dibawa ke universiti. Begitulah kemudahan yang ada bukan untuk dinikmati seorang diri, tapi ia adalah amanah untuk orang lain, apatahlagi akhawat yang sangat saya cintai. Saya melewati stesen minyak, Ah, kelihatan seorang akhawat dengan beg napsacknya sedang mengisi minyak motornya. Ah, sungguh militan. Mata saya bergenang, saya pasti merindui kalian dengan suasana sebegini.
MasyaAllah, sepanjang jalan ke UIA saya bertemu akhwat, dan adakah mungkin saya akan terus bertemu dengan akhwat di mana-mana pada amsa akan datang? Tanpa dipinta, pipi saya basah. Entah mengapa terasa ngilu sekali andai nanti bakal hidup sendirian tanpa akhwat biarpun nanti sudah punya suami. Ia sungguh tidak sama biar diganti dengan apa pun.
Terimbas kembali beberapa isi seminar tadi. Kali ini saya benar- benar membenarkan.
“ Jika nanti, para akhwat akan menikah, andai bisa, mintalah dua perkara ini sebagai janji antara kalian dan bakal suami. Bahawa yang pertama, agar diizinkan kalian mengikuti liqo’ dan aktiviti tarbiyah. Yang kedua, agar kalian bisa terus bersama akhwat tanpa mengabaikan tanggungjawab kepadanya.”
Saya terus memejam rapat. Ya, begitulah apa yang ingin saya minta suatu hari nantinya.
DI JALAN CINTA PARA PEJUANG…
….. ia mengajarkan jiwa yang kental dan cekal. Jiwa militant dan radikal. Bukan bererti menngangkat senjata dan kereta kebal, tetapi jiwa seorang penggerak yang tidak rela direhatkan. Kerana rehatnya seorang daei itu hanyalah di syurga. Di jalan cinta para pejuang, kita bukanlah ahli sufi yang merajut cintanya hanya di tikar sejadah dan di mimbar masjid, tetapi ia terus menyusun agenda untuk berkarya pada umatnya walau di mana saja dia berada dan pada waktu bila sahaja dia masih bernyawa. Dia bukan manusia yang lekas meminta dibantu tetapi ia sedia kuat membantu. Dia bukan manusia yang hanya bergantung harap walau pada yang berhak, tetapi jiwa mandirinya sukar dikawal kerana di jalan cinta para pejuang inilah dia belajar untuk melakukannya sendiri..itulah militansi.
-ukhti izzah-

Maharku adalah jalan ini
maharku adalah cinta ini
cinta yang penuh militansi
yang kau dan aku
akan perjuangkannya
sampai hujung nyawa

“ Maksud kamu TIDAK MILITAN itu apa? Bisa dijelaskan”
Ikhwah itu buncah.
“ Err, maksud saya yang bukan aktif sangat bergerak sana sini. Erm, err..Yang kiranya macam sesuainya orang perempuan, tidak menonjol dirinya sana sini.”
Ahh Ikhwah itu, dirinya sendiri meragukan.

Entahlah, sejak menghampiri semester terakhir saya di UIA, saya terasa sayu andai terpisah nantinya dengan akhawat. Kenderaan di lebuh raya tidak terlalu sesak. Tetapi ia tidak menggembirakan kerana kereta dan motornya banyak sekali yang dipandu laju. Walaupun saya mungkin di antara mereka tetapi saya masih menidakkannya. Teringat sekali atuk pernah mengatakan bahawa beliau serik menaiki kereta dipandu saya, bagai mahu tercabut jantung. Ah, atuk-atuk..militan itu namanya, biar cepat asal masih sopan. Masa itu sangat berharga kan..Tidak jauh dari situ, di tepi jalan saya seakan mengenali jaket penunggang motor tersebut, persis jaket rasmi kami. Ah, akhawat lagi. Dia sedang berhenti menjawab telefonnya yang cuba diselitkan di celah-celah topi keledar. Sungguh lucu. Saya membunyikan hon. Mereka mengangkat tangan.
MasyaAllah, sepanjang jalan ke UIA saya bertemu akhwat, dan adakah mungkin saya akan terus bertemu dengan akhwat di mana-mana pada amsa akan datang? Tanpa dipinta, pipi saya basah. Entah mengapa terasa ngilu sekali andai nanti bakal hidup sendirian tanpa akhwat biarpun nanti sudah punya suami. Ia sungguh tidak sama biar diganti dengan apa pun.
Terimbas kembali beberapa isi seminar tadi. Kali ini saya benar- benar membenarkan.
“ Jika nanti, para akhwat akan menikah, andai bisa, mintalah dua perkara ini sebagai janji antara kalian dan bakal suami. Bahawa yang pertama, agar diizinkan kalian mengikuti liqo’ dan aktiviti tarbiyah. Yang kedua, agar kalian bisa terus bersama akhwat tanpa mengabaikan tanggungjawab kepadanya.”
Saya terus memejam rapat. Ya, begitulah apa yang ingin saya minta suatu hari nantinya.
DI JALAN CINTA PARA PEJUANG…
….. ia mengajarkan jiwa yang kental dan cekal. Jiwa militant dan radikal. Bukan bererti menngangkat senjata dan kereta kebal, tetapi jiwa seorang penggerak yang tidak rela direhatkan. Kerana rehatnya seorang daei itu hanyalah di syurga. Di jalan cinta para pejuang, kita bukanlah ahli sufi yang merajut cintanya hanya di tikar sejadah dan di mimbar masjid, tetapi ia terus menyusun agenda untuk berkarya pada umatnya walau di mana saja dia berada dan pada waktu bila sahaja dia masih bernyawa. Dia bukan manusia yang lekas meminta dibantu tetapi ia sedia kuat membantu. Dia bukan manusia yang hanya bergantung harap walau pada yang berhak, tetapi jiwa mandirinya sukar dikawal kerana di jalan cinta para pejuang inilah dia belajar untuk melakukannya sendiri..itulah militansi.
-ukhti izzah-
0 comments:
Post a Comment