Friday, December 3, 2010

Pautan cinta Ilahi

Meruntun pilu pedihnya jiwa

Tatkala iman terbuai leka

Tak tergambar peritnya derita

Hati kecil menangis hiba

Menjerit,meraung halus bersuara

Mengapa sebegini peritnya kurasa



Andai masih adanya cinta


CintaMU Allah yang masih bersisa

Campakkanlah benih cinta itu,,suburkanlah ia

Akan ku siram dengan air taqwa

Moga ia menjadi pohon ibadah nan indah

“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”

“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.” –bait cinta Rabiatul Adawiyah(perindu cinta Allah)

0 comments:

Post a Comment