Tuesday, November 29, 2011

Ujian itu CINTA!

Bismillahirrahmanirrahim



Wahai Allah,Tuhanku.Tidak akan kuhamburkan kata kesal dan kecewa kenapa aku yang diuji sebegini??

Tapi akan kubisikkan kata syukur kerana aku yang dipilih atas ujian ini, kerana aku tahu inilah tanda cintaMu kepadaku. Biarkan ianya menjadi wasilah untukku menuju cintaMU, wahai Kekasihku Yang Satu..

::ujian itu cinta dariNYA::

Tuesday, November 22, 2011

Realiti Zaman Ini

Bismillahirrahmanirrahim

Tiba-tiba ingin meluahkan rasa,
Yang tak dapat ditahan..

1st issue

Ok! Selepas pulang dari kelas Methods of Dakwah, terlihat satu kedai yang menjual pakaian ‘ala-ala BIKINI gitu’. Owh!!bagaimana jualan barang-barang sebegitu tidak ditapis dan dibenarkan jual sedangkan segelintir yang lain,ada yang ingin menjual BUKU BACAAN ISLAM, DILARANG sama sekali..! Ha? Apakah??

Dan itulah sebenarnya realiti yang terjadi pada zaman ini. Manusia amat takut apabila ada sesuatu yang ingin dikaitkan dengan Islam (takut sesat dan terpengaruh katanya) namun tentang PUNCA-PUNCA terjadinya penzinaan, pembuangan bayi, kes bunuh-membunuh tidak diambil endah sama sekali sedangkan PUNCA-PUNCA itulah yang harus ditangani supaya tidak terjadinya MASALAH SOSIAL pada masa kini.

Sebagai contoh yang lain :
Anak-anak terbuang atau anak luar nikah diberikan rumah perlindungan bagi melindungi anak-anak itu. Ye, itu adalah satu langkah yang baik. NAMUN,jika KELAB-KELAB MALAM tidak ditutup, TEMPAT-TEMPAT PENZINAAN tidak dihapuskan,apakah ini kerja yang sia-sia?? Malah,akan lagi ramailah kes-kes buang bayi kerana mereka yang tidak bertanggungjawab itu merasakan bayi mereka ‘selamat’ dalam bawah jagaan rumah perlindungan..

~~rumah yang sudah ingin roboh perlu dicari puncanya dan atasi punca itu,,,kemungkinannya tiang rumah itu dimakan anai-anai. Jadi,tukarlah dengan tiang yang baru!!bukan bila rumah itu dah roboh,baru nak bina rumah yang baru..kan itu sia-sia namanya~~

~yaAllah,ampuni dosa-dosa kami, ibu bapa kami, muslimin muslimat. Dan janganlah Kau palingkan kami setelah Kau berikan hidayah kepada kami,,ameen3~

Daripada Abu Sa’id al Khudri RA, beliau berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda : “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?” Nabi SAW menjawab : “Siapa lagi kalau bukan mereka?” (Riwayat Muslim)

Daripada hadis ini, Rasulullah SAW memberitahu bahawa di akhir zaman nanti, umat Islam akan mengikut jejak langkah, cara hidup, perundangan dan sebagainya daripada Yahudi dan Nasrani. Sehinggalah apabila orang Yahudi dan Nasrani memasuki lubang biawak yang sempit dan kotor pun akan diikuti oleh orang Islam di akhir zaman. Ini disebabkan mereka menafikan al Quran, sebagai perundangan di dalam sesebuah negara.

(huraian hadith dipetik dari : http://www.loveloveislam.com/2011/02/hadis-nabi-umat-islam-akhir-zaman-akan.html)

Friday, November 11, 2011

Batu bata KEIMANAN

Bismillahirrahmanirrahim




Melihat betapa kukuhnya bangunan itu,,kembali merenung pada diri..apakah sudah kukuh setiap gabungan batu bata keimanan dalam diri?sebagaiman kukuhnya bangunan itu,seperti itu jualah perlu kukuhnya hati dan diri..

Sebagaiman dilihat bangunan seteguh itu berdiri, yang dapat menahan angin yang mendatang,hujan yang menimpa,namun tidak mudah untuk jatuh roboh kerana di dalamnya dibina dengan konkrit dan batu batuan yang berkualiti serta kukuh..

Begitu jugalah pembinaan diri..
batu batu keimanan dan konkrit ketaqwaan haruslah dari yang berkualiti,diselaputi pula dengan simen amal soleh..dari sini,biarpun segala mehnah dan ujian yang mendatang,tidak mudah rebah dan terus kukuh beraksi..

nah,dari sinilah dapat dihasilkan parajurit2 dan srikandi2 islam yang tidak mudah gentar untuk beraksi di ‘medan perang’.!

‘HIDUP MULIA atau MATI SYAHID’

Ummat islam sedang menanti,,
Menanti bangkit kepalmu !


***Allah tujuan kami***
***Rasulullah teladan kami***


***AlQuran pedoman hidup kami***
***Jihad jalan juang kami***


***Syahid di jalan Allah cita-cita kami tertinggi***




::mode::koreksi hati perbaiki diri

Wednesday, November 9, 2011

Dia Menanti Penuh Cinta

Bismillahirrahmanirrahim

Tika dirasa menggunungnya dosa,
Saat bermuhasabah setiap bintik noda
Hati mengharapkan keampunan dari Yang Maha Esa
Apakah masih ada peluang maghfirah Tuhan??






Sabda Rasullullah s.a.w :
Firman ALLAH S.W.T : " Wahai anak Adam! Setiap engkau memohon dan mengharap kepadaKu,maka Aku tetap akan mengampunimu atas segala kesalahan yang telah engkau lakukan, betapabesar dan banyak sekalipun.


Wahai anak Adam! Seandainya kesalahan-kesalahanmu itu setinggi langit sekalipun, lalu engkau mohon ampun kepadaKu, nescaya Aku mengampunkanmu.

Wahai anak Adam! Seandainya engkau datang kepadaKu dengan dosa seisi bumi, kemudian engkau bertemu denganKu sedang engkau tidak pula mensyirikkanKu dengan sesuatu apapun, nescaya Aku akan mendatangimu dengan keampunan seisi bumi pula."




Duhai jiwa yang resah
Allah menantimu dengan penuh cinta



~mungkin pernah di antara kita merasakan betap sukarnya apabila ingin mohon maaf dari seorang manusia meskipun berkali2 kita telah mengakui kesalahan dan kesilapan,namun tak juga dimaafkan kesalahan kita,,mungkin baginya begitu besar kesalahan kita terhadapnya..~



TAPI


Bagaimana pula jika seorang hamba memohon keampunan dari Tuhan Yang Maha Sempurna?Apakah masih ada peluang sedangkan dosa bagaikan penuh seisi bumi??



“…Wahai anak Adam! Seandainya engkau datang kepadaKu dengan dosa seisi bumi, kemudian engkau bertemu denganKu sedang engkau tidak pula mensyirikkanKu dengan sesuatu apapun, nescaya Aku akan mendatangimu dengan keampunan seisi bumi pula."



Allah AtTawwab..
sungguh Allah Maha Pengampun
selagi seseorang itu tidak pernah mensyirikkanNYA dengan sesuatu apapun,
Keampunan Tuhan pasti buatmu..



::Mode:: jom sama2 KOREKSI HATI PERBAIKI DIRI