Tuesday, November 22, 2011

Realiti Zaman Ini

Bismillahirrahmanirrahim

Tiba-tiba ingin meluahkan rasa,
Yang tak dapat ditahan..

1st issue

Ok! Selepas pulang dari kelas Methods of Dakwah, terlihat satu kedai yang menjual pakaian ‘ala-ala BIKINI gitu’. Owh!!bagaimana jualan barang-barang sebegitu tidak ditapis dan dibenarkan jual sedangkan segelintir yang lain,ada yang ingin menjual BUKU BACAAN ISLAM, DILARANG sama sekali..! Ha? Apakah??

Dan itulah sebenarnya realiti yang terjadi pada zaman ini. Manusia amat takut apabila ada sesuatu yang ingin dikaitkan dengan Islam (takut sesat dan terpengaruh katanya) namun tentang PUNCA-PUNCA terjadinya penzinaan, pembuangan bayi, kes bunuh-membunuh tidak diambil endah sama sekali sedangkan PUNCA-PUNCA itulah yang harus ditangani supaya tidak terjadinya MASALAH SOSIAL pada masa kini.

Sebagai contoh yang lain :
Anak-anak terbuang atau anak luar nikah diberikan rumah perlindungan bagi melindungi anak-anak itu. Ye, itu adalah satu langkah yang baik. NAMUN,jika KELAB-KELAB MALAM tidak ditutup, TEMPAT-TEMPAT PENZINAAN tidak dihapuskan,apakah ini kerja yang sia-sia?? Malah,akan lagi ramailah kes-kes buang bayi kerana mereka yang tidak bertanggungjawab itu merasakan bayi mereka ‘selamat’ dalam bawah jagaan rumah perlindungan..

~~rumah yang sudah ingin roboh perlu dicari puncanya dan atasi punca itu,,,kemungkinannya tiang rumah itu dimakan anai-anai. Jadi,tukarlah dengan tiang yang baru!!bukan bila rumah itu dah roboh,baru nak bina rumah yang baru..kan itu sia-sia namanya~~

~yaAllah,ampuni dosa-dosa kami, ibu bapa kami, muslimin muslimat. Dan janganlah Kau palingkan kami setelah Kau berikan hidayah kepada kami,,ameen3~

Daripada Abu Sa’id al Khudri RA, beliau berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda : “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?” Nabi SAW menjawab : “Siapa lagi kalau bukan mereka?” (Riwayat Muslim)

Daripada hadis ini, Rasulullah SAW memberitahu bahawa di akhir zaman nanti, umat Islam akan mengikut jejak langkah, cara hidup, perundangan dan sebagainya daripada Yahudi dan Nasrani. Sehinggalah apabila orang Yahudi dan Nasrani memasuki lubang biawak yang sempit dan kotor pun akan diikuti oleh orang Islam di akhir zaman. Ini disebabkan mereka menafikan al Quran, sebagai perundangan di dalam sesebuah negara.

(huraian hadith dipetik dari : http://www.loveloveislam.com/2011/02/hadis-nabi-umat-islam-akhir-zaman-akan.html)

0 comments:

Post a Comment