Wednesday, December 21, 2011

Jom Impikan SYURGA !!

Bismillahirrahmanirrahim

Nabi SAW bersabda dalam hadith Qudsi, “Allah berfirman, ‘Aku telah mempersiapkan syurga bagi hamba-hambaKU yang soleh, apa yang mata belum melihat, telinga belum mendengar dan tidak terdetik dalam hati manusia”. (HR Bukhari dan Muslim)

Sahabat2,,seindah mana pun ciptaan yang kita lihat di dunia ini, apa yang pernah kita dengarkan, dan apa yang pernah kita bayang kan masih belum dapat menyamai indahnya syurga..subhanallah!cantiknya! “…apa yang mata belum melihat, telinga belum mendengar dan tidak terdetik dalam hati manusia.”

Bukankah ini suatu yang benar2 indah??

Dan dalam hadith tersebut menurut Amru Khalid, telah menguraikan bahwa digunakan perkataan ‘telah mempersiapkan’ iaitu kata kerja lampau/telah lepas/(fi’ilmadhi) bukan kata kerja masa mendatang/(fi’ilmudhari’), maka sebenarnya syurga sudah disiapkan. Hadith ini telah diucapkan seribu empat ratus tahun yang lalu, dan sejak masa itu lagi telah menggunakan kata kerja lampau- ‘telah mempersiapkan’. Kenapa macam tu ye??

Jom, kita cuba fikirkan. Andaikan kita akan dihadiri dengan tetamu kehormat atau orang2 yang kita sayang, mesti kita persiapkan rumah kita dengan hiasan yang paling indahkan??agar tetamu kita tu rasa selesa. Kita rasa senang dengan kedatangannya jadi kita pun dah buat ‘preparation’ awal untuk sambut tetamu kehormat tu..

Jadi, samalah seperti ini. Allah amat mengalu2kan hamba2NYA yang soleh dengan telah mempersiapkan syurga awal2 lagi untuk hamba2NYA tu..

Dan cuba pula dilihat dalam hadith tersebut, ‘Aku telah mempersiapkan syurga…” bukan “Aku telah menyuruh malaikat2KU, mempersiapkan syurga..”

SUBHANALLAH,,pasti beruntung bagi hamba2 yang beriman dan bertaqwa itu..SYURGA bukan sekadar tempat untuk orang2 biasa,tapi untuk orang2 yang luar biasa.peribadinya dan amalnya utuh dan ikhlas kerana Allah dan oleh itu syurga dipersipakan oleh Allah bukan malaikat2NYA.

Para sahabat bertanya kepada Nabi SAW, “wahai Rasul, ceritakanlah kepada kami bangunan syurga.”Nabi berkata “batubatanya dari emas, batubatanya dari perak dan tanah liatnya dari kasturi yang amat wangi…”(HR atTirmidzidan Imam Ahmad)


TUNGGU!! ada lagi nikmat yang paling indah dalam syurga..MELIHAT ALLAH di SYURGA.

[1] Nabi bersabda “sesungguhnya penduduk syurga ketika memasukinya, mereka akan tinggal di dalamnya dengan amal2 mereka. Kemudian, mereka dipanggil ketika waktu seukuran waktu adzan solat jumaat ketika di dunia, sehingga mereka pun mengunjungi Tuhanmereka. Lalu ArasyNYA ditampakkan pd mereka, yang tampak berada di taman dari taman-taman syurga, mereka diberikan mimbar-mimbar dari cahaya, mimbar2 dari mutiara, mimbar2 dari berlian, mimbar2 dari zamrud, mimbar2 dari emas, dan mimbar2 dari perak, dan ada yang duduk (di lantai) yang beralaskan kerikil (dari) kasturi dan bebatuan wangi. Mereka melihat yang duduk di atas kursi lebih baik tempat duduknya dari mereka.”

[1]Hati sebening mata air-AMRU KHALID

Abu Hurairah bertanya “wahai Rasulullah, apakah kami akan melihat Tuhan kami?” Beliau menjawab, “ya, apakah kalian kesulitan melihat matahari dan bulan pada malam purnama?”Kami menjawab “tidak.”Beliau berkata“ Demikianlah, kalian juga tidak akan kesulitan melihatTuhan kalian. Dan tidaklah tertinggal seorang pun di tempat itu kecuali ALLAH BICARA PADANYA.....” (indahnya..)

“…jika penghuni syurga telah memasuki syurga dan penghuni neraka telah memasuki neraka, maka ada penyeru yang menyeru, ‘wahai penghuni syurga, kalian memiliki janji dari Allah, Dia menginginkan kalian menyelesaikannya.’Mereka bertanya, ‘apa itu?Bukankah Dia telah memberatkan timbangan kami, memutihkan wajah kami, memasukkan kami ke syurga, dan menarik kami dari neraka?’

Beliau berkata, “maka DIBUKALAH TIRAI DAN MEREKA MELIHATNYA.”Lalu beliau berkata, “maka demi Allah, tiadalah Dia memberi mereka yang lebih mereka sukai dan tiada yang lebih menyejukkan mata mereka dari melihatNYA.” (HR atTirmidzidan Imam Ahmad)

SUBHANALLAH!!indahkan??

Kalau kita melihat keindahan di dunia pun kita sudah kagum, bagaimana pula bila melihat keindahan syurga? bagaimana pula bila melihat keindahan YANG MAHA MENCIPTA??apa perasaan yang terdetik tika itu? Tak dapat digambarkan bukan?


JOM sama2 impikan syurga!!

::mode: doa Nabi SAW “ ya Allah aku meminta padaMU kelazatan melihat wajahMU dan rindu bertemu denganMu.” (HR Ahmad danAnNasa’i) ::

3 comments:

Canon Jr. said...

indahnye syurga...
bila baca entry enti..rase cam duk dalam majlis ilmu..alhamdulillah.

Nur Farhana said...

indahkan syurga tu,,=)

Nur Farhana said...

Haza min Fadhli Rabb,,mus..ni semua dari Allah=)

Post a Comment