Bismillahirrahmanirrahim
13 tahun…
Erk,,qiyamullail?solat sunat tahajjud?kenapa macam baru dengar ‘perkataan2’ tue ek??itu pun nasib baik ajk kerohanian asrama yang paksa suruh bangun pukul 4 PAGI untuk buat solat2 tu,,haish!!kalau lah bukan kerana nak elak kena ‘mark’ dengan diorang,takde nya aku nak bangun pagi2 buta macam tu,, TERPAKSA lah aku buat nampknya,,…
15 tahun
Hish, major exam (PMR) dah dekat,,cuak juga nih!!study dah tapi amalan sunnah mcam kureng lagi je..aku nak qiyamullail dan solat sunat tahajjud lah malam ni…nak MINTA TOLONG pada Allah..
17 tahun
Alamak,,SPM pulak..risau nya..nak prepare mentally and physically lah untuk hadapi exam ni..malam ni nak buat qiyamullail untuk dekatkan diri kepada Allah supaya Dia dapat bantu aku waktu susah nak jawab exam nanti..semoga Dia permudahkan urusanku..
20 tahun
Kenapa rasa macam lain macam je hari ni?murobbi/naqibah kata dengan qiyamullail dan dalam sujud tahajjud boleh hilangkan rasa ‘lain macam’ tu..ok,mulai hari ni nak cuba juga untuk selalu bangun malam dan solat tahajjud agar HILANG segala Resah..DALAM rasa Cinta, TAQARRUB (dekat) dengan Dia..KAWAL nafsu yang Binasa..HUBUNG dengan Dia..KUAT iman yang Lemah..RAWAT hati yang Nanah..dan yang paling penting, pertemuan antara sang kerdil hamba dan Sang Agung Pencipta itu membibitkan rasa CINTA dengan Khaliq meski diri adalah,,seorang hamba yang hina..
***** Segala kebaikan harus dimulai dengan PAKSAAN .jadikan KEBIASAAN.dari situ, akan terbit rasa TANGGUNGJAWAB.maka kemudian itu timbul rasa KEPERLUAN dan jika tanpa keperluan itu, akan rasa KEKOSONGAN*****
mode::temukan cinta dalam sujud tahajjud::
skip to main |
skip to sidebar
“kita tulis je apa yang kita rasa nak tulis. Kata pak salim (lagi), menulislah untuk tunjukkan kebodohan kita. Biar bila kita menulis, kalau ada yang kita salah tulis, mohon akan ada si pembaca yang betulkan. Jangan rasa rendah diri tapi rasalah ingin berkongsi. Kongsi dengan apa yang kita ada.” kakakku yang suka bersenyum.
1 comments:
teruskan menulis ...
Post a Comment