Tuesday, January 15, 2013

Berubah dan hati.


Bismillahirrahmanirrahim

Bila saatnya sedar, dunia makin kepada penghujungnya, aku kian gelisah. Apakah aku masih punya waktu untuk bertaubat sedangkan dosa aku lebih tinggi dari gunung. Allah

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Manakala manusia pula tidak lepas daripada kesilapan dan kelemahan. Namun begitu itu ia bukan penghujung kehidupan. Selagi pintu taubat masih terbuka. Kita masih bernafas dan bernyawa Allah sentiasa terbuka dan akan menerima taubat kita. Pintu taubat terbuka luas di hadapan kita, hanya menunggu kita untuk memasukinya.
-Muhammad bin Ibrahim Al-Hamd-
 
 “Allah Azza wa Jalla membentangkan tanganNya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang bersalah siang hari, dan membentangkan tanganNya siang hari untuk menerima taubat orang yang bersalah malam hari sehingga matahari terbit di Barat.” (HR Muslim)

Dan kini, aku tahu. Tidak cukup untuk aku hanya bertaubat tapi tidak berubah. Bertaubat tapi masih di takuk yang lama. Masih di takuk jahiliyah. Bukankah ia bagaikan aku tidak seriyes dengan taubatku. Jadi, aku harus berubah.

 berubah. bisakah?


Berubah bukan senang. Seriyes memang susah. Nak berubah dari ‘kegelapan’ kepada ‘cahaya’ memang sukar sebab ia bagaikan sudah ‘sebati’ dengan kehidupan sehari hari kita tapi ia juga tidak mustahil kan.. Dan pangkalnya adalah dari hati. Jika hati dapat diubah, ianya akan membuahkan kepada akhlak mahmudah.

Lihat je pada kisah Sayyidina Umar AlKhattab. Di manakah tempat sentuhan yang membuatkan beliau berubah? Bukankah pada hatinya? Bila sahaja kalimah2 suci dari surah Thaha, meresap masuk ke dalam hati, inilah yang diminta oleh beliau..

 “Baiklah bawakan aku berjumpa Muhammad”.

Umar lantas pergi menemui Rasulullah s.a.w lalu terus memeluk Islam. Dan sejarah islam mengukirkan, setelah beliau memeluk Islam, seluruh apa yang beliau lakukan adalah untuk Islam sehingga dilantik sebagai khalifah Islam yang kedua.

 Lihat,sentuhan dari hati merubah segalanya. Dahulu seorang yang hatinya penuh benci kepada Rasulullah SAW kemudian menjadi seorang pendokong dan penerus perjuangan Rasulullah.
.
Kamu nak berubah? Hati yang pertama perlu diubah. Jika kamu mebenci. Tanamkan kasih sayang. Segalanya dari hati. Dan kemudian, lentur ia sehingga dapat membuahkan buah akhlak mahmudah..

Tiada yang mustahil selagi kamu ada Allah dan kamu sentiasa akan ada Allah Yang Maha Kekal..

 
mode::"Ketahuilah bahwa dalam jasad ini ada segumpal daging, apabila segumpal daging itu baik, maka akan menjadi baik semuanya, dan apabila segumpal daging itu jelek, maka akan jeleklah semuanya, ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati." (HR.Bukhari dan Muslim).::