Bismillahirrahmanirrahim
Bila saatnya sedar, dunia makin kepada penghujungnya, aku
kian gelisah. Apakah aku masih punya waktu untuk bertaubat sedangkan dosa aku
lebih tinggi dari gunung. Allah
Sesungguhnya Allah itu
Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Manakala manusia pula tidak lepas daripada
kesilapan dan kelemahan. Namun begitu itu ia bukan penghujung kehidupan. Selagi
pintu taubat masih terbuka. Kita masih bernafas dan bernyawa Allah sentiasa terbuka
dan akan menerima taubat kita. Pintu taubat terbuka luas di hadapan kita, hanya
menunggu kita untuk memasukinya.
-Muhammad bin
Ibrahim Al-Hamd-
“Allah Azza wa Jalla membentangkan
tanganNya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang bersalah siang
hari, dan membentangkan tanganNya siang hari untuk menerima taubat orang yang
bersalah malam hari sehingga matahari terbit di Barat.” (HR Muslim)
Dan kini, aku tahu. Tidak
cukup untuk aku hanya bertaubat tapi tidak berubah. Bertaubat tapi masih di
takuk yang lama. Masih di takuk jahiliyah. Bukankah ia bagaikan aku tidak seriyes
dengan taubatku. Jadi, aku harus berubah.
berubah. bisakah?
Berubah bukan
senang. Seriyes memang susah. Nak berubah dari ‘kegelapan’ kepada ‘cahaya’
memang sukar sebab ia bagaikan sudah ‘sebati’ dengan kehidupan sehari hari kita
tapi ia juga tidak mustahil kan.. Dan pangkalnya adalah dari hati. Jika hati
dapat diubah, ianya akan membuahkan kepada akhlak mahmudah.
Lihat je pada kisah
Sayyidina Umar AlKhattab. Di manakah tempat sentuhan yang membuatkan beliau
berubah? Bukankah pada hatinya? Bila sahaja kalimah2 suci dari surah Thaha,
meresap masuk ke dalam hati, inilah yang diminta oleh beliau..
“Baiklah bawakan aku
berjumpa Muhammad”.
Umar lantas pergi menemui Rasulullah s.a.w lalu terus
memeluk Islam. Dan sejarah islam mengukirkan, setelah beliau memeluk Islam,
seluruh apa yang beliau lakukan adalah untuk Islam sehingga dilantik sebagai
khalifah Islam yang kedua.
Lihat,sentuhan
dari hati merubah segalanya. Dahulu seorang yang hatinya penuh benci kepada Rasulullah
SAW kemudian menjadi seorang pendokong dan penerus perjuangan Rasulullah.
.
Kamu nak berubah? Hati yang pertama
perlu diubah. Jika kamu mebenci. Tanamkan kasih sayang. Segalanya dari hati. Dan
kemudian, lentur ia sehingga dapat membuahkan buah akhlak mahmudah..
Tiada yang mustahil selagi kamu ada Allah dan kamu sentiasa akan ada
Allah Yang Maha Kekal..
mode::"Ketahuilah bahwa dalam jasad ini ada segumpal
daging, apabila segumpal daging itu baik, maka akan menjadi baik semuanya, dan
apabila segumpal daging itu jelek, maka akan jeleklah semuanya, ketahuilah
bahwa segumpal daging itu adalah hati." (HR.Bukhari dan Muslim).::
1 comments:
Assalamualaikum, saya dtg singgah sambil follow blog ni ye :)
Post a Comment