Friday, January 4, 2013

Mereka sayang. Kita sedar?

Bismillahirrahmanirrahim


Isnin, 9.00malam

“umi,umi sayang along ke?”-si anak
“sayang..sayang sangat2”-si emak


Rabu, 11.30 malam

“umi,erm saja nak tanya ni.agak2nya, umi sayang along tak?” si anak
“along,mestila umi sayang.sayang semua anak2 umi” si emak


Khamis, 12.30 tengah malam

“umi,along nak bagitau yang along sayang umi..umi sayang along tak?” si anak
“along.along nak tau tak.ni umi cerita kat along (sobsobs). Setiap kali kalau along sakit,umi rasa umi puncanya. Sebab tak jaga along baik baik Dan setiap kali itu lah umi doa, moga Allah berikan sakit along tu pada umi…(tahan sebak). Itulah salah satu rahsia tanda sayang umi pada along. Sekarang umi bagitahu..”

Allah. Betapa cintanya setiap ibu kepada anaknya.Ditunjukkan dengan cara tersendiri.Dan mungkin anak anak masih tak sedar betapa sayang dan kasihnya ibu bapa terhadap mereka dan walau terkadang dirasakan ibu bapa bagai tidak adil.Pilih kasih.

Wahai aku,kamu dan kita yang masih punyai ibu dan ayah.gunakanlah kesempatan untuk berbuat baik kepada mereka, sementara mereka masih ada.doakan kebaikan buat mereka. Percayalah,mereka amat menyayangi kita,wahai anak. mereka mebuktikan tanda cinta mereka dengan cara mereka yang tersendiri. Kita sahaja yang tidak sedar dan sering mempersoalkannya.

i love them ^^,

Wahai kamu yang ibu atau ayah atau kedua2nya telah kembali ke rahmatullah. Gunakanlah kesempatan untuk mendoakan mereka.ikhlas.dalam hati.dalam dalam.moga Allah menempatkan merekadi syurga yang paling tinggi. Syurga firdausi


Mode:: Allah, moga mereka rasakan rasa cinta aku. “Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil.”::

0 comments:

Post a Comment