Wednesday, October 1, 2014

Cinta Terlahir Pabila Memberi

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, hari ni dapat jugak update blog yang dah berzaman tinggal ni.. (^0^)
terima kasih Allah atas semua nikmat dan ujian dariMu. Aku tahu, saat ujian datang, saat itulah Engkau mengajar aku untuk menjadi lebih matang dan dewasa dengan kehidupan.

CINTA. sangat subjektif. Setiap orang mendefinisikan erti mengikut siapa dan apa yang dia rasa saat itu. Tapi yang pastinya, dalam percintaan, akan ada pihak yang saling memberi cinta. Bukanlah cinta andai hanya satu pihak yang memberi dan satu pihak lagi hanya menerima..Bukankah cinta itu membuatkan kedua2 pihak rasa ingin berkongsi memberi.


Tika seorang ibu dan bapa cinta akan anak2nya, didikan,kasih sayang,segala keperluan anak2 dipenuhi meskipun perlu hadapi jerih perih kepayahan. Dan anak, membalas cinta dengan taat akan perintah ibu dan bapa tanpa bantah (selagi tidak bertentang syara’) dan mendoakan selama hidup dan mati mereka.

Saat seorang guru cinta akan murid2nya, segala ilmu akan tercurah tanpa lelah. Dan anak murid, membalas cinta dengan tekun belajar penuh semangat.

Dan pabila Allah cinta akan hambaNya, Dia memberi segala yang dipinta dan sebelum dipinta hambaNya, mendengar saat hambaNya mengadu merintih, ada tika jatuh bangun hambaNya.Subhanallah. Dan hamba, membalas cinta dengan patuh dan taat perintahNya, jauhi laranganNya. Memberi pengabdian diri kepada Sang Khaliq.

Lihat. Cinta itu terlahir saat kita memberi, bukan hanya menerima. Jangan persoalkan kenapa tidak hadirnya cinta dalm diri kepada Allah, Rasulullah, ibu bapa, pasangan dan sesama makhluk kalau dalam diri belum lagi memberi.


Biasa disebutkan “what you give, you get BACK”. Tapi, bagi saya, “what you give, you get MORE”. Mari praktikkan bersama. ^_^

~ koreksi hati, perbaiki diri ~


Mode .: Islam tu indah kan,,sebab Rasulullah sendiri ada ajarkan tips (sangat MUJARAB dalam hubungan yang halal)  “Berilah hadiah sesama kamu, pasti kamu akan berkasih sayang.” :.

Monday, October 28, 2013

Merenung jauh 'mengintai' syurga


Bismillahirrahmanirrahim

Setiap orang yang hebat, tersemat visi yang ingin dicapai. Dilihat tenang tapi punyai wawasan jauh di hujung pandangan. Apatah lagi jika dia bervisikan akhirat, subhanallah mebuatkan dirinya sangat mahal. Dan layaklah orang seperti itu untuk syurga yang mahal.Tersentuh dengan satu kisah ketika wacana wanita tempohari. 

Seorang doktor ingin membuat pembedahan ‘laser’ pada mata seorang warga Palestin. Tika itu juga, ada suara2 ‘sumbang’ yang mencemuh pemuda itu memandangkan pemuda itu baru berusia 28 tahun .

“ala, muda lagi pun dah tak nak pakai ‘spek’. Siap nak buat ‘laser’. Nak melaram (bergaya) la tuh!”

Terdengar akan suara itu, si doktor terus bertanyakan kepada si pemuda Palestin tadi.

“kenapa kamu nak buat pembedahan ‘laser’ ?” 

Jawab si pemuda Palestin “saya nak buat pembedahan ‘laser’ supaya mudah untuk berjihad. Jika pakai ‘spek’, ada beberapa perkara yang saya tak boleh buat”

Subhanallah! Lihat. Hebat bukan? Itu lah dia seorang yang bervisikan akhirat. Kehidupannya adalah untuk akhirat. Kehidupannya sebagai medan mengutip saham di akhirat. Namun bagaimana dengan kita? masih hanya nak ‘melaram’ kat dunia? bagaimana pula dengan akhirat kita? Huish. Tak semart lah kalau macam tu. Kan lagi semart kalau bervisikan akhirat..anda kelihatan ‘mahal’ tau. Bukankah syurga itu mahal dan layak untuk orang yang ‘mahal’? Para pewaris syurga adalah mereka yang bervisikan akhirat.

merenung 'mengintai' syurga


“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan”. ( Ali Imran :185)

~koreksi hati,perbaiki diri~

Mode::wahai Allah,kurniakanlah aku seperti sifat ini.seorang yang terus2an bervisikan akhirat..::

  

Tembok besar tu? eh, boleh ke??



Bismillahirrahmanirrahim

Ada satu tembok. Dilihat sangat kukuh. Anda takut nak pecahkannya. Kerana dengan potensi dan tenaga yang anda ada, anda rasa tak mampu. Kembali ke belakang, biarkan saje tembok itu. Tapi jauh dalam hati, dalam-dalam, rasa terkilan kalau anda tak pecahkannya kerana di sebalik tembok itu ada satu pemandangan sangat indah, tak terlihat sebelum ini. Ruginya

Namun kembali merenung diri. Menggali semua potensi. Mengumpul semua tenaga yang berbaki. Anda kembali yakin, mampu atasi. Sekuat dan semahunya, anda pecahkan tembok itu. HUH. BERJAYA.
Anda mampu untuk pecahkan tembok yang dilihat teguh dan kukuh itu kerana ;

>>  tembok itu tidaklah seteguh mana pun seperti yang anda sangka
>>  kekuatan dan potensi anda besar dan anda hanya sedar bila anda mula ambil langkah untuk pecahkan tembok itu
>>  anda ada Allah yang sentiasa bersama anda (paling penting)

Terkadang ada rasa kita tak mampu untuk lakukan sesuatu. Kerana terlalu memikirkan ‘expectation’ orang. Kerana terlalu memikirkan impak-impak yang belum tentu nampak. Sehingga kita kembali undur. Tapi kita tau tak yang sebenarnya kita mampu untuk lakukannya saat kita terfikir untuk melakukannya? Bila kita rasakan untuk melakukan sesuatu yang kelihatan di luar kemampuan kita, kita sebenarnya sedang memikirkan sesuatu yang memang mampu kita buat. Sebab kalau tak,tak mungkin terlintas pun dalam fikiran kita untuk lakukan perkara seumpama tu,kan? Daripada letih-letih memikirkan samada kita mampu atau tak untuk melakukannya, kan lebih baik kita memikirkan bagaimana untuk melakukannya dengan segala potensi yang kita ada..

Well, kan semua orang diberikan dengan kelebihan. Allah tu Maha Adil tau ^_^

 ~ koreksi hati, perbaiki diri ~

mode:: kembali menulis. membentuk jejak-jejak cinta sang pejuang ::

Tuesday, January 15, 2013

Berubah dan hati.


Bismillahirrahmanirrahim

Bila saatnya sedar, dunia makin kepada penghujungnya, aku kian gelisah. Apakah aku masih punya waktu untuk bertaubat sedangkan dosa aku lebih tinggi dari gunung. Allah

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Manakala manusia pula tidak lepas daripada kesilapan dan kelemahan. Namun begitu itu ia bukan penghujung kehidupan. Selagi pintu taubat masih terbuka. Kita masih bernafas dan bernyawa Allah sentiasa terbuka dan akan menerima taubat kita. Pintu taubat terbuka luas di hadapan kita, hanya menunggu kita untuk memasukinya.
-Muhammad bin Ibrahim Al-Hamd-
 
 “Allah Azza wa Jalla membentangkan tanganNya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang bersalah siang hari, dan membentangkan tanganNya siang hari untuk menerima taubat orang yang bersalah malam hari sehingga matahari terbit di Barat.” (HR Muslim)

Dan kini, aku tahu. Tidak cukup untuk aku hanya bertaubat tapi tidak berubah. Bertaubat tapi masih di takuk yang lama. Masih di takuk jahiliyah. Bukankah ia bagaikan aku tidak seriyes dengan taubatku. Jadi, aku harus berubah.

 berubah. bisakah?


Berubah bukan senang. Seriyes memang susah. Nak berubah dari ‘kegelapan’ kepada ‘cahaya’ memang sukar sebab ia bagaikan sudah ‘sebati’ dengan kehidupan sehari hari kita tapi ia juga tidak mustahil kan.. Dan pangkalnya adalah dari hati. Jika hati dapat diubah, ianya akan membuahkan kepada akhlak mahmudah.

Lihat je pada kisah Sayyidina Umar AlKhattab. Di manakah tempat sentuhan yang membuatkan beliau berubah? Bukankah pada hatinya? Bila sahaja kalimah2 suci dari surah Thaha, meresap masuk ke dalam hati, inilah yang diminta oleh beliau..

 “Baiklah bawakan aku berjumpa Muhammad”.

Umar lantas pergi menemui Rasulullah s.a.w lalu terus memeluk Islam. Dan sejarah islam mengukirkan, setelah beliau memeluk Islam, seluruh apa yang beliau lakukan adalah untuk Islam sehingga dilantik sebagai khalifah Islam yang kedua.

 Lihat,sentuhan dari hati merubah segalanya. Dahulu seorang yang hatinya penuh benci kepada Rasulullah SAW kemudian menjadi seorang pendokong dan penerus perjuangan Rasulullah.
.
Kamu nak berubah? Hati yang pertama perlu diubah. Jika kamu mebenci. Tanamkan kasih sayang. Segalanya dari hati. Dan kemudian, lentur ia sehingga dapat membuahkan buah akhlak mahmudah..

Tiada yang mustahil selagi kamu ada Allah dan kamu sentiasa akan ada Allah Yang Maha Kekal..

 
mode::"Ketahuilah bahwa dalam jasad ini ada segumpal daging, apabila segumpal daging itu baik, maka akan menjadi baik semuanya, dan apabila segumpal daging itu jelek, maka akan jeleklah semuanya, ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati." (HR.Bukhari dan Muslim).::