Friday, July 30, 2010

Pelayaran mujahid

rindunya...


Secarik calar terukir
Menyerlah titisan darah
Merah pekat mengalir

Tumpah ke bumi Allah

Setitis airmata mengalir
Hangat di bibir mata

Seorang mujahid sejati

Di lautan perjuangan
Arus,mehnah,gelombang, fitnah,badai, syaitan,taufan,nafsu

Padu menderu

Memesong arah perjuangan

Namun mujahid

Tetap cekal tabah

Meneruskan perjuangan

Menuju pelabuhan pulau impian

Daulah keimanan
Mahligai ketaqwaan


Agak2 pernah dgr tak lagu nie..tp rasanya insyaAllah sahabat2 kisas familiar ngan lagu nie kan..tiba2 teringat kenangan proses pentarbiyahan di kisas..rindu rasanya ingin kembali menimba ilmu kat sana..teringat saat bersama dgn muslimat yang lain di musolla almuqorrabin..nyanyi lagu nie lepas tazkirah maghrib sementara nk tunggu isya’..apa2 pn kepada saudara seaqidah umumnya,dan sahabat2 kisas khususnya,,jgnlah sekali berputus asa dari rahmat Allah saat antum diuji dengan hadiah ujian dalam agamaNYA,,bersyukurlah kerana anda telah dipilih menjadi TENTERA ALLAH..jd,kita gunakan kesempatan yang masih Allah bagi untuk ‘menanam benih’ di sini agar dapat kta ‘menuai padi di akhirat kelak’..insyaAllah..jgn pabila kita ditanya,saat PERTEMUAN AGUNG nanti “wahai hambaKu yang KUkasihi,apakah bukti yang kau bawa atas kecintaanmu padaKU”,,,anggota badan kita ‘kelu tidak berkata’…tiada bukti yang dapat kita berikan…alangkah sedihnya..jd,bersempena dgn bulan ramadhan,bulan tarbiyah ini,mari kita bersama2 islah nafs,,koreksi diri kenali diri dalam menuju cinta dan redha Ilahi..wallahu’alam

Wednesday, July 28, 2010

Indahnya saat itu..



Bismillahirrahmanirrahim



Kdg2 waktu kecil,pernah kita terfikir andai hidup nie takde kegagalan,alangkah bestnya..tapi,bila usia kita meningkat,pemikiran kita pun meningkat..lantas Allah ingatkan kita dgn ayat dari (surah al-Ankabut;2-3)



2. Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? 3. Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

Jadi,,,kita cakap kita beriman,takut pada Allah,cinta Allah,kalau tak diuji,bagaimana ingin lihat siapa yang betul2 beriman pada Allah..dan ingatlah,kegagalan ini satu ujian daripadaNya..ada hamaba yang pandai dalam berkata2,berani dalam segala aspek,namun pabila ingin diuji,mereka sudah gentar..


Dalam hadith qudsi dijelaskan bahawa Allah berfirman : “barangsiapa yang tidak meredhai qadhaKu dan tidak bersabar atas bencana yang Aku timpakan atasnya, maka carilah Tuhan yang lain selain daripadaKu..”
(HR Thabrani)

Sedihkan..mana kita nak cari tuhan selain Allah,,dan setiap masa Allah bersama kita..dan yang paling penting,kita perlukan Allah setiap masa!!cuba bayangkan,,..tidak ada satu masa sekalipun,kita tidak memerlukanNYA..



Allah turunkan ujian untuk uji kita ,nak lihat, cinta kita cinta palsu atau cinta yang benar..nak tahu mana kaca dan yang mana intan!! Dan pabila diuji dgn kegagalan,bersyukurlah kerana Dia ingin memberikan nikmat KEJAYAAN yang lebih baik..dan pabila diuji,jgnlah meratap sebaliknya meredhakan segalanya..kerana Rasulullah SAW bersabda




“apabila wanita yang meratap tangis tidak bertaubat sebelum ia meninggal ,maka dia akan dibangkitkan pada hari kiamat dan ditubuhnya dikenakan pakaian jubah yang penuh dengan penyakit kudis”
(HR Muslim)
Naudzubillah min zalik..Ya Allah peliharalah kami daripada penyesalan atas setiap ujian..

Wahai jiwa2 yang tenang.!!perbuatan ini termasuk perbuatan di zaman Jahiliyah .apabila seseorang itu melakukannya,bererti dia membuka dirinya untuk mendapat azab dan kemarahan Allah. Oleh kerana itu,setiap kali ditimpa musibah,,bersabarlah..kerana segala sesuatu yang ada ini datangnya dari Allah,maka kepada Allah lah,akan dikembalikan semuanya..

Kita merancang dan Allah jua merancang,,tapi perancangan Allah lagi HEBAT!!

Monday, July 26, 2010

Bulan Sya'ban::bulan persediaan


Kelebihan sya'ban

Daripada Usama bin Zaid ra, beliau berkata:

ولم يكن يصوم من الشهور ما يصوم من شعبان قلت ولم أرك تصوم من الشهور ما تصوم من شعبان؟
ذاك شهر يغفل الناس عنه بين رجب ورمضان وهو شهر ترفع فيه الأعمال إلى رب العالمين عز وجل فأحب أن يرفع عملي وأنا صائم



"Rasulullah saw tidak pernah berpuasa sebanyak yang baginda puasa dibulan sya'ban."


Aku bertanya kepada baginda " Kenapa aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dibulan-bulan yang lain sepertimana engkau berpuasa dibulan sya'ban." Baginda saw menjawab: Itulah bulan yang ramai manusia lalai iaitu diantara bulan rejab dan bulan ramadan. Ia juga bulan yang diangkatkan amalan kepada Allah swt. Aku suka diangkat amalanku dalam keadaan aku berpuasa." (Hadis Ahmad dan Nasaie - sanad yang hasan)


Disini Nabi menyebut dua kelebihan bulan rejab:-

1. Bulan yang disunatkan beramal terutamanya puasa kerana bulan yang mana manusia biasa lalai dalam bulan ini.


2. Bulan yang diangkat amalan kepada Allah swt.


Adakah Nabi saw berpuasa penuh pada bulan sya'ban?


Ada hadis yang menunjukkan Nabi saw berpuasa penuh dalam bulan sya'ban sperti hadis:

كان يصوم شعبان كله"


Nabi saw berpuasa penuh didalam bulan sya'ban." (Hr Bukhari - sahih)


Ada hadis yang menunjukkan Nabi saw berpuasa sebahagian besar pada bulan sya'ban dan tidak penuh seperti hadis:


كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصوم شعبان إلا قليلا"

Rasulullah saw telah berpuasa sebahgian besar dari bulan sya'ban." (Hr Nasaie)


Sekelompok ulama telah mentarjih pendapat yang mengatakan Nabi saw tidak berpuasa penuh dalam bulan sya'ban. Ini dikuatkan dengan hadis yang diriwayatkan dari 'Aisyah ra:


ما رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم استكمل صيام شهر قط إلا رمضان"


Aku tidak pernah melihat Rasulullah saw berpuasa selama sebulan penuh melainkan pada bulan ramadan." (Hr Bukhari dan Muslim - sanad sahih)

oleh itu Ibnu Abbas menganggap makruh orang yang berpuasa penuh selama sebulan melainkan ramadan.

Hukum berpuasa selepas 15 sya'ban


Haram berpuasa sunat selepas 15 sya'ban. Ini jelas dari hadis dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw:
إذا انتصف شعبان فلا تصوموا"




Apabila telah berlalu 15 sya'ban tidak boleh puasa." (Hr Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah - sahih)

Dibenarkan puasa selepas 15 sya'ban sekiranya adatnya pada hari tertentu dia berpuasa sebelum 16 sya'ban atau menyambung dari puasa yang seseorang puasa sebelum 16 sya'ban. Ini berdasarkan hadis berikut:


لا تقدموا رمضان بصوم يوم أو يومين إلا إذا كان يصوم صوما فليصمه"




Janganlah kamu mendahului berpuasa sebelum ramadan sehari atau dua hari melainkan sekiranya puasa yang biasa dilakukan maka dia boleh teruskan puasa." (Hr Bukhari dan Muslim)


Dibenarkan puasa selepas 15 sya'ban sekiranya puasa wajib seperti puasa ganti dan puasa nazar.


Kelebihan hari dan malam nisfu (15) sya'ban


Nabi saw bersabda:
إن الله ليطلع ليلة النصف من شعبان فيغفر لجميع خلقه إلا لمشرك أو مشاحن"

Sesungguhnya Allah taala akan meninjau pada malam nisfu sya'ban, lalu mengampunkan dosa-dosa semua makhluknya melainkan orang yang musyrik atau orang yang berbalah." (Hr Ibnu Majah - hasan)

Ulama Syam telah berselisih pendapat terhadap cara menghidupkan malam nisfu sya'ban kepada dua pendapat:
1. Sunat menghidupkan malamnya dengan cara berhimpun beramai-ramai di masjid. Pendapat ini disokong oleh Ishak bin Rahawiyah.


2. Sunat menghidupkan malamnya dengan ibadah bersendirian. Ini pendapat imam Auzaie seorang tokoh besar ulama syam. Ini juga pendapat yg lebih tepat menurut Ibnu Rajab al-Hambali.
Imam Ibnu Taymiah juga berkata:

"Apabila seseorang solat seorang diri dimalam nisfu sya'ban atau berjemaah seperti mana yang dilakukan oleh kelompok2 salafus soleh adalah perkara yang baik." (Majmu'ul Fatawa 131/23)

kesimpulan: oleh itu digalakkan menghidupkan malamnya dengan ibadah dan siangnya dengan puasa.



Rujukan: Lataiful Maarif oleh Ibnu Rajab, Mu'tamad oleh Dr Muhammad Zuhaily dan Lailatun Nisfis Sya'ban oleh Syeikh Zaki Ibrahim.

Sunday, July 25, 2010

Kelebihan berjemaah mengikut Teori Fizik


SEORANG professor fizik di Amerika Syarikat membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam.

Katanya, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan, menyebabkan kita merasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian.

Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda beliau, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama. Hasil kajiannya mendapati, bilangan rakaat yang berbeza dalam solat bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita.

Semasa solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai-bagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita, akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun daripada tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat beberapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas di dalam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zuhur, empat rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang daripada kerja, kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor tersebut mengenai solat Isyak yang mengandungi empat rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat di dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam digalakkan tidur awal supaya mampu bangun untuk menunaikan tahajud (sembahyang malam) pada sepertiga malam.

Ringkasnya, solat Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun pada waktu malam untuk beribadat (qiamullail).

Dalam kajiannya, beliau mendapati bahawa Islam adalah agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Thursday, July 22, 2010

Percikan Api Neraka!!

APA PETUNJUK RASULULLAH S.A.W UNTUK RAWATAN DEMAM?


Daripada Ibn Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda:
Sesungguhnya demam adalah daripada percikan api neraka, kerana itu sejukkanlah badan yang demam itu dengan air, atau baginda dengan kata lain adalah air zam-zam. Bagaimana caranya? Begini, renjislah air kepada tubuh atau berendam di dalam air.


Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda:
Apabila salah seorang daripada anda demam, hendaklah merenjiskan air sejuk ke atas tubuh badannya sebanyak tiga malam pada waktu sahur.


Daripada hadis Nafi’ bin Jubir, katanya Rasulullah s.a.w bersabda:
Apabila salah seorang daripada anda demam, sesungguhnya demam itu adalah sebahagian daripada api neraka, hendaklah memadamkannya dengan air sejuk. Hendaklah berendam dalam sungai yang mengalir, mengadap aliran air selepas solat subuh dan sebelum naik matahari dan hendaklah membaca Basmalah. Hendaklah berendam selama tiga kali selama 3 hari. Jika tak sembuh cubalah sebanyak 5x,7x atau 9x. Sesungguhnya ia tidak akan melebihi daripada 9x InsyaAllah.


Daripada Jabir r.a katanya:

Rasulullah s.a.w pernah menemui Ummu al-Sa’ib kerana melawatnya. Baginda bersabda: “Kenapa anda menggigil? Jawabnya: Demam dan tidak ada keberkatan daripada Allah padanya. Sabda baginda s.a.w: Jangan mencaci demam, kerana sesungguhnya ia menghapuskan kesalahan anak Adam, sebagaimana mesin penghembus api menghapuskan karat-karat pada besi.


Last but not least, rupa-rupanya petua orang-orang tua dahulu sebenarnya sesetengahnya ada tertulis dalam hadis Nabi s.a.w. Sebab itulah Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang maksudnya: “Setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali mati”.

(sumber-iluvislam.com)

7 jenis wajah mayat di dalam kubur






1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat.Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah.naudzubillah. Ya Allah, sesungguhnya tiada tuhan selain Engkau dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruhMU..lindungilah kami daripada perkara syirik ini Ya Allah kerana sesunggunhnya syirik itu dosa besar.



2. Mayat yang mukanya berbentuk khinzir. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu,tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya.Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minumarak, berjudi sahaja.Tak tutup aurat juga perbuatankeji.Ya Allah,sesungguhnya SOLATKU,IBADAHKU,HIDUP dan MATIKU hanya untukMU,Tuhan sekalian alam..


3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam.Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.


Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia
dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika
salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia[850].


(al Isra',23)


4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri…harta yang haram. Merompak…harta haram.Ya Allah,lindungilah kami dari mengambil sesuatu yang haram,bukan milik kami,,,

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruhtubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya sukaberkelahi,mengata orang dan mengumpat orang.diam itu lebih baik daripada kata-kata yang tidak bermanfaat..Ya Allah,jagalah pertuturan dan percakapanku kerana kata2 lebih tajam dari pedang..

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan airitu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba’.

Ya Rahman,sesungguhnya kami ini sangat lemah dan hina di sisiMu,tidak mampu kami berdiri tanpamu..tidak layak kaki ini menjejak jannahMu tanpa maghfirah dan redhaMU,maka Ya Allah,,lindungilah kami daripda perbuatan syirik,lalai dalam solat,derhaka terhadap ibu bapa,sumber harta yang haram,pertuturan yang sia2,serta riba'..


dan Ya Allah,jadikanlah kami daripada orang yang beramal soleh,dan sentiasa mensyukuri nikmatMU..


7. Mayat yang wajahnya tersenyum. Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

Monday, July 19, 2010

Ada apa dalam kotak itu??



Satu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas bungkusan hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan manja sekali, meminta satu gulung.



“Untuk apa?” tanya si ayah.“Nak bungkus hadiah” jawab si kecil.
“Jangan dibuang-buang ya.” pesan si ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil.




Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya, “Yah, Ayah…….. ada hadiah untuk Ayah.”
Si ayah yang masih menggeliat, matanya pun belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab, “Sudahlah…. nanti nanti saja.”


Tetapi si kecil pantang menyerah, “Ayah, Ayah, bangun Ayah, dah pagi” “Eh… kenapa ganggu ayah… masih terlalu awal lagi untuk ayah bangun.”Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam.!
“Hadiah apa ni?”“Hadiah hari jadi untuk Ayah. Bukalah Yah, buka sekarang.”


Dan si ayah pun membuka bungkusan itu.Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun juga.“Eh.. kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan Ayah dah kata jangan buang-buang kertas bungkusan Ayah. Membazir tu”
Si kecil menjawab, “Tak Ayah….., ada isi tu… Tadi kan, Puteri masukkan banyak sekali ciuman untuk Ayah.”Si ayah merasa terharu, dia mengangkat anaknya. Dipeluk dan diciumnya.“Puteri, Ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan selalu menyimpan hadiah ini. Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali-sekala kalau perlu ciuman Puteri, Ayah akan mengambil satu. Nanti kalau kosong isikan lagi ya!”


Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Apa yang terjadi?
Lalu, walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si ayah, namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun. Orang lain akan tetap menganggapnya sebuah kotak kosong.


Moral:Kosong bagi seseorang boleh dianggap penuh oleh orang lain.


Sebaliknya, penuh bagi seseorang boleh dianggap kosong oleh orang lain.


KOSONG dan PENUH – kedua-duanya merupakan produk dari “fikiran” anda sendiri.


Sebagaimana anda memandangi hidup demikianlah kehidupan anda. Hidup menjadi bererti, bermakna, kerana anda memberikan erti kepadanya, memberikan makna kepadanya.Bagi mereka yang tidak memberikan makna, tidak memberikan erti, hidup ini ibarat lembaran kertas yang kosong…


“Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk” (al-Ankabut:6)

Saturday, July 17, 2010

Bangkit atau terus rebah?

Bismillahirrahmanirrahim...


kdg2,pernah kita terfikir,kegagalan yang datang, tak kira dalam apa2 sekalipun,adalh satu hukuman daripada Allah..tak pernah kita bersyukur atas apa yang Allah uji..tanyakan pada diri kita,,zalim ke Allah sehingga Dia Yang Maha Penyayang ingin saja2 menurunkan sesuatu ujian pada hambaNya..ataupun,hamba itu sendiri yang berlaku zalim pada dirinya sendiri??sehingga lupa bahawa dia hanyalah seorang hamba yang biasa...





ketahuilah,,sesungguhnya,ujian Allah itu,bukan suatu hukuman,tapi tanda kasihNya pada hamba..jangan salahkan sesiapa setiap kali ujian melanda tapi cubalah bersabar dan redha atas ujian itu,kerana terselit,pelbagai hikmah,yang jauh lebih baik buat kita..sesungguhnya Dia lebih Maha Mengetahui.



namun,setiap ujian yang melanda,membuatkan kita lebih kuat kan?..kuat secara ruhi dan mental.jangan pabila baru disapa dengan hanya sedikit kesusahan,kita sudah mengeluh..dan ingatlah Allah berfirman




"Kami tiada membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya,dan pada sisi Kami ada satu kitab yang membicarakan kebenaran,dan mereka tidak dianiaya"


(AlMu'minun,62)

Ingin dikongsi satu video yang amat menyayat hati...semoga kita dapat bersama2 ambil ibroh..

video




Subhanallah,andai dia seorang yang kurang upaya,boleh bangkit pabila jatuh,bagaimana pula dengan kita...jadi,tepuk dada tanya iman..koreksi hati,,kenali diri...Wallahu'alam

P/s:maaf..xde malay subtitle..

Sentuhan hati nurani




Hati yang bersih ibarat magnet yang dapat menarik benda2 di sekitarnya..akan terpancar darinya akhlak2 yang indah mempesona,rendah hati dan penuh kesantunan..siapapun yang berjumpa dengannya akan merasakan kesan yang mendalam,,siapapun yang berjumpa dengannya akan memperoleh pelbagai manfaat kebaikan..bahkan ketika berpisah sekalipun,orang seperti ini menjadi buah kenangan yang tak mudah dilupakan.



Wahai tentera2 Allah,ingatlah!! sesungguhnya dalam sebuah hadith ada menyebut



"ruh2 itu bagaikan parajurit yang selalu bersiap sedia.maka siapa yang mengenalnya ia akan bersatu dan jika tidak mengenalnya akan berpecah"



(HR bukhari muslim)



Subhanallah...lebih dari semua itu,kebersihan hati pun ternyata dapat membuat hubungan dengan Allah menjadi luar biasa..memberi manfaat pd diri..dengan berbekal keyakinan yang mendalam,mengingati dan menyebutNya setiap saat,membuat hati menjadi tenang dan tenteram..Jadi,dia akan menjadi lebih akrab dgn Allah,ibadahnya lebih terasa nikmat dan lazat.




Begitu pula,doa2nya menjadi luar biasa mustajab.Mustajabnya doa itu menjadi solusi bagi persoalan2 hidup yang dihadapinya...Dan apa yang paling luar biasa adalah kurniaan perjumpaan dengan Allah di akhirat kelak..



jadi,mari kita bersama2,koreksi diri,perbetulkan hati agar hati kita tidak dicemari dengan titik2 noda hitam yang boleh menjadikan hati kita rosak dan mati..




antara tanda2 hati yang rosak dan keras ialah,,,




1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan


Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)






2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran


Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)






3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat


Dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma ta. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.






4. Kurang mengagungkan Allah


Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.






5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah


Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126)




sesungguhnya Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".


wallahu'alam

Wednesday, July 14, 2010

Wanita solehah::penyeri taman Syurga.


Seorang wanita umpama sekuntum bunga ditaman
Segar mewangi dipelusuk dunia setulus kasih sesuci embun,
Kaulah mawar idaman
Tumbuhmu di taman larangan
Mekarmu dipagari dan dibajai ketaqwaan
Sesucinya hatimu seindah akhlakmu
Diciptakan sebagai seorang wanita
Mewarisi kelembutan wanita solehah..
Kembangmu tetap indah
Walau cuma di taman larangan
Menyinarkan nur keimanan
Nan mekar dihiasi mahmudah
SEINDAH MAWAR BERDURI..


Andai dilihat dalam sirah perjuangan Islam,berdirinya seorang raja kerana dibelakangnya seorang wanita..gagahnya seorang perwira kerana di sisinya seorang srikandi…Islam juga memberi kedudukan dan penghormatan yang tinggi kepada wanita sehinggakan ada satu surah khusus, AnNisa..(wanita).. Subhanallah, …lembut dan sopan wanita bukanlah satu kelemahan tetapi satu kekuatan..bersyukurlah kamu dijadikan wanita,nadi seorang parajurit..kerana telah dikurniakan ALLAH pelbagai keistemewaan kepadamu..

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."


2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.



3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.



5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.



6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.



7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.


9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."



13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.


14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.



16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.


17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.



18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.




kerana aku
tak sehebat Khadijah
yang begitu sempurna…
kerana aku
tak setabah Rabiatul Adawiyah
yang begitu setia dalam sengsara…..
kerana aku jua
tak sekuat dan seteguh Sarah,
apatah lagi secantik Balqis
malah kasihku jua tak setulus Zulaikha…
maka bantulah aku Ya Allah mencari keredhaan

di sisiMu..ameen

Tuesday, July 13, 2010

Mencari Kesegaran Hati

Usah diratapi ujian yang melanda


Tatkala akal memikirkan kenapa semua ujian itu sangat berat


Pandukan hatimu memikirkan hikmah disebalik nikmat ujian itu.


Usah resah saat hanya dirimu terasa letih dan pedih dalam ujian


Kerana Itulah tandanya cintaNya makin hampir.


Begitu bertuahnya seorang hamba yang sering diuji oleh Sang Khaliqnya


Resahnya diri saat tiada ujian yang melanda


Dimanakah kedudukan diriku di sisiMu??


Namun itulah hakikat ujian



Saat tiada ujian buat dirimu,itulah jua Ujian Terbesar buat dirimu..

Ada sebuah kisah yang memaparkan hidup seorang yang sering diuji keimananya oleh RabbulJalil.Begitu jelas cinta Allah kepadanya..semoga kita dapat sama2 ambil ibrah daripada cerita tersebut.



Terdapat seorang hamba Allah, beliau rajin solat malam dan bermunajat,berkhalwat dengan Allah. Setiap malam dari kedua matanya yang memerah kerana menangis, mengalir air yang membasahi janggutnya, beliau berbisik-bisik lirih memohon beberapa permintaan dan pengharapan. Dari waktu ke waktu, tahun ke tahun, hingga putih rambutnya tak kunjung jua permintaan beliau di kabulkan oleh Allah.


Permintaannya (diantaranya) adalah agar segera diangkat kemiskinan yang menjadi selimut kehidupannya selama ini, keluarganya sering sakit-sakitan, setiap hari ia keluar untuk berusaha memperoleh rezeki Allah tapi tidaklah tampak di lapangkan rezeki itu untuknya. Padahal dahulu, ketika ia masih bekerja menjadi petugas cukai wang dan kesenangan adalah kawan akrab.


Hingga suatu saat ia mendengarkan ceramah yang menjelaskan bahwa penyelewengan yang sering ia lakukan selama ini dengan kawan-kawannya adalah Haram dan tidak membawa keberkahan, kelak penyelewengan ini akan berhadapan dengan hukum Allah yang tidak bisa di bantah lagi di Akhirat. Bergetar hatinya, masuk hidayah Allah atasnya. Sejak itu tidak pernah lagi ia melakukan perbuatan tersebut, semakin rajin ia melakukan qiyamullail(solat malam) mengadukan nasibnya hanya kepada Allah, agar di berikannya harta yang halal dan rezeki yang lapang dalam menghadapi hidup ini.



Namun beransur-ansur seakan terkena kualat (karena meninggalkan perbuatan haram itu) penghasilannya semakin menurun, beliau sekeluarga sering sakit dan menjadikan badannya yang sihat menjadi semakin kurus, anak satu-satunya meninggal setelah menjalani perawatan selama beberapa minggu di rumah sakit



.Sampai saat itu ia masih bersabar, tak pernah terucap dari mulutnya kata-kata keluhan dan makian atas apa yang menimpa hidupnya. Malahan menjadikannya semakin sering dan khusyu' ia mendekatkan diri kepada Allah.Dan malang yang tidak kunjung padam terhadapnya,penyelewengan wang yang dahulu ia lakukan bertahun silam terungkap, maka ia dan beberapa orang rakannya dipecat. Subhanallah semakin berat rasanya hidup ini baginya.



Tambah satu kalimat panjang di malam harinya ia mengadu kehadapan Rabbnya, menangis dan perih rasa batinnya. Setiap dalam sedihnya ia berdo'a, selalu ada bisikan lirih di hatinya,"Apa yang engkau harapkan itu dekat sekali, bila engkau bertaqwa!"Setiap mendengar bisikan itu, timbul semangatnya.Kini setelah ia di pecat, ia berdagang. Baginya dagang yang tidak pernah untung, hutang yang semakin bertumpuk, mushibah yang seakan tidak berujung....ahhhh.Setelah puluhan tahun kedepan sejak ia dekat dengan Allah setiap malamnya, tidak juga merubah hidupnya. Sejak puluhan tahun ia mendengar bisikan di atas, tidak juga tampak yang di janjikanNya. Mulailah timbul pemikiran tidak baik dari syaitan. Hingga beliau berkesimpulan, tampaknya Allah tidak redha terhadap do'anya selama ini.



Maka pada malam harinya, ia berdo'a kepada Allah :"Wahai Allah Yang Menciptakan Malam dan Siang, Yang dengan mudah menciptakan diriku yang sempurna ini. Karena Engkau tidak mengabulkan permintaanku hingga saat ini, mulai esok aku tidak akan meminta dan solat lagi kepadaMu, aku akan lebih rajin berusaha agar tidaklah harus beralasan bahwa semua tergantung dariMu. Maafkan aku selama ini, ampuni aku selama ini menganggap bahwa diriku sudah dekat denganMu !"



Beliau tutup do'a beliau dengan perasaan berat yang semakin dalam dari awal ia berniat seperti itu (mengkhatamkan 'ibadah solat malamnya).Beliau berbaring dengan pemikiran menerawang hingga ia tak mengetahui dia tertidur. Dalam tidurnya ia bermimpi, mimpi yang membuatnya semakin merasa bersalah. Seakan ia melihat suatu padang luas bermandikan cahaya yang menakjubkan, dan puluhan ribu, atau mungkin jutaan makhluk bercahaya duduk di atas betisnya sendiri dengan kepala tertunduk takut.


Ketika beliau mencuba mengangkat wajahnya untuk melihat kepada siapa mereka bersimpuh, tidak mampu...kepalanya dan matanya tidak mampu memandang dengan menengadah. Beliau hanya dapat melihat para makhluk yang duduk di hadapan Sesuatu Yang Dahsyat. Terdengar olehnya suara pertanyaan, "Bagaimana hambaKu si Fulan, hai MalaikatKu?" nama yang tidak di kenalnya. Seorang berdiri dengan tubuh gementar kerana takut, dan bersuara dengan lirih, "Subhanaka yaa Maalikul Quddus, Engkau lebih tahu keadaan hambaMu itu. Dia mengatakan demikian : "Wahai Allah Yang Menciptakan Malam dan Siang, Yang dengan mudah menciptakan diriku yang sempurna ini. Karena Engkau tidak mengabulkan permintaanku hingga saat ini, mulai esok aku tidak akan meminta dan sholat lagi kepadaMu, aku akan lebih rajin berusaha agar tidaklah harus beralasan bahwa semua tergantung dariMu.



Maafkan aku selama ini,ampuni aku selama ini menganggap bahwa diriku sudah dekat denganMu !"Ampuni dia yaa Al 'Aziiz, yaa Al Ghofuurur Rohiim!"Tersentak beliau, itu...itu kata-kataku semalam ..fikirnya. Kemudian terdengar suara lagi :"Sayang sekali,padahal Aku sangat menyukainya, sangat mencintainya, dan Aku paling suka melihat wajahnya yang terpejam menangis, bersimpuh dengan menengadahkan tangannya yang gemetar kepadaKu, dengan bisikan-bisikan permohonannya kepadaKu, dengan permintaan-permintaannya kepadaKu, sehingga tak ingin cepat-cepat Kukabulkan apa yang hendak aku berikan kepadanya agar lebih lama dan sering aku memandang wajahnya, Aku percepat cintaKu padanya dengan Aku bersihkan ia dari daging-daging haram badannya dengan sakit yang ringan. Aku sangat menyukai keikhlasan hatinya disaat Aku ambil putranya, disaat kuberi ia ujian tak pernah Ku dengar keluhan kesal dan menyesal di mulutnya, Aku rindu kepadanya. Rindukah ia kepadaKu,hai Malaikat-malaikatKu?"



Suasana hening, tak ada jawaban. Menyesallah beliau atas peryataannya semalam, ingin ia berteriak untuk menjawab dan minta ampun tapi suara tak terdengar, bising dalam hatinya karenanya. "Ini aku Yaa Rabbi, ini aku. Ampuni aku yaa Rabbi, maafkan kata-kataKu !" semakin takut rasanya ketika tidak tampak mereka mendengar, mengalirlah air matanya terasa hangat di pipinya. Astaghfirullah !!



Terbangun ia, mimpii... Segeralah ia berwudhu', dan kembali bersujud dengan bertambah khusyu', kembali ia solat dengan bertambah panjang dari biasanya, kembali ia bermunajat dan berbisik-bisik dengan Al Kholiq dan berjanji tak akan lagi ia ulangi sikapnya malam tadi selama-lamanya."...yaa Allah, yaa Robbi jangan Engkau ungkit-ungkit kebodohanku yang lalu, ini aku hambaMu yang tidak pintar berkata manis, datang dengan lumuran dosa dan segunung masalah dan harapan, apapun dariMu asal Engkau tidak membenciku aku rela.. Yaa Allah, aku rindu padaMu..."











Hibanya kurasa andai kalimah2 itulah yang Engkau ucapkan pada diri ini saat putus asaku dalam berhadapan dengan ujianMu.
Subhanallah, ,betapa cintanya Dikau kepada hamba2Mu. Andai daku salah seorang daripada mereka,tetapkanlah hati dan kaki ini dijalanMu.
Ya Allah,kuatkanlah diri dan keimanan seperti srikandiMu yang mahsyur.


Tidak kuminta emas tinggi menggunung,
Tidak pula kupinta pangkat tinggi dijulang
Namun apa yang kuharapkan ialah nikmat cintaMu yang berterusan,wahai Tuhanku Yang Maha Esa….

“Allah itu merindukan,rintihanmu berpanjangan…”

" Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah hanyalah orang-orang kafir " (Yusuf : 87)

Sunday, July 4, 2010

Dijodohkan di syurga

Bismillahirrahmanirrahim




Bersumber dari Raja’ bin Umar An-Nakha’i, dia pernah bercerita: “Dahulu di kota Kufah tinggallah seorang pemuda tampan rupawan yang tekun dan rajin beribadat, dan dia termasuk salah seorang ahli zuhud. Suatu hari pemuda itu singgah di kalangan kaum An-Nakha’ dan di sana dia bertemu dengan seorang gadis yang cantik.


Sejak melihatnya pertama kali, dia pun jatuh hati dan tergila-gila oleh kecantikannya. Demikian juga si gadis yang merasakan hal serupa sejak pertama melihat pemuda itu. Si pemuda lalu mengutus seseorang untuk meminangnya, tetapi ternyata gadis tersebut telah dipertunangkan dengan putera bapa saudaranya. Mendengar keterangan ayah si gadis itu, mereka berdua menahan beban cinta yang sangat berat.



Si gadis tadi kemudian mengutus seorang hambanya untuk menyampaikan sepucuk surat kepada pemuda tambatan hatinya: “Aku tahu betapa engkau sangat mencintaiku, dan kerananya, betapa besar penderitaanku terhadap dirimu sekalipun cintaku tetap untukmu. Seandainya engkau berkenan, aku akan datang berkunjung ke rumahmu atau aku akan memberikan kemudahan kepadamu bila engkau mahu datang ke rumahku.”


Setelah membaca isi surat tersebut, si pemuda kacak itu pun berkata kepada utusan wanita pujaan hatinya, “Kedua tawaran itu tidak ada satu pun yang kupilih! Sesungguhnya aku takut akan seksaan hari yang besar bila aku sampai derhaka kepada Tuhanku. Aku juga takut akan neraka yang api dan jilatannya tidak pernah surut dan padam.” Pulanglah utusan kekasihnya itu dan dia pun menyampaikan segala yang disampaikan oleh pemuda itu.


Si gadis lalu berkata, “Selamanya aku belum pernah menemui seorang yang zuhud dan selalu takut kepada Allah SWT seperti dia. Demi Allah, tidak seorang pun yang layak mendapatkan gelaran kemuliaan kecuali dia, sedangkan kebanyakan orang adalah munafik.”


Setelah berkata demikian, gadis itu lalu melepas segala urusan duniawinya serta membuang jauh-jauh segala sesuatu yang berkaitan dengan dunia. Dia pun memakai pakaian dari tenunan kasar dan sejak itu tekun beribadat, sementara hatinya merana, badannya juga kurus oleh beban cintanya yang besar kepada pemuda yang dicintainya. Dan kerinduannya yang mendalam menyelimuti sepanjang hidupnya hingga akhir hayatnya.


Setelah gadis itu meninggal dunia, sang pemuda sering pula berziarah ke makamnya. Pada suatu ketika dia bermimpi seakan-akan melihat kekasihnya dalam keadaan yang sangat menyenangkan. Pemuda itu pun bertanya, “Bagaimana keadaanmu dan apa yang kau dapatkan setelah berpisah denganku?” Gadis kekasihnya itu menjawab dengan menyenandungkan untaian syair: Kasih... cinta yang terindah adalah mencintaimu, sebuah cinta yang membawa kepada kebajikan.


Cinta yang indah hingga angin syurga berasa malu burung syurga menjauh dan malaikat menutup pintu. Mendengar penuturan kekasihnya itu, pemuda tersebut lalu bertanya kepadanya, “Di mana engkau berada?” Kekasihnya menjawab dengan melantunkan syair: Aku berada dalam kenikmatan dan kehidupan yang tiada mungkin berakhir berada dalam syurga abadi yang dijaga oleh para malaikat yang tidak mungkin binasa yang akan menunggu ketibaanmu, wahai kekasih Pemuda itu kembali berkata kepada kekasihnya, “Di sana aku mohon agar engkau selalu mengingatiku dan sebaliknya aku pun tidak dapat melupakanmu!” “Dan demi Allah, aku juga tidak akan melupakan dirimu.


Sungguh, aku telah memohon untukmu kepada Tuhanku juga Tuhanmu dengan kesungguhan hati, sehingga Allah berkenan memberikan pertolongan kepadaku!” jawab gadis kekasihnya itu. Pemuda itu kembali berkata kepadanya, “Bila aku dapat melihatmu kembali?” “Tak lama lagi engkau akan datang menyusulku kemari,” jawab kekasihnya. Tujuh hari sejak pemuda itu bermimpi bertemu dengan kekasihnya, ia meninggal dunia.


(sumber-internet)

Saturday, July 3, 2010

Menyingkap Tirai Nikmat Ujian

Bismillahirrahmanirrahim..





Ya Allah,,terasa begitu pedihnya hatiku ini.tidak ku tahu mengapa,dan mengapa..andai kepedihan hati ini dapat membuatkan aku lebih dekat dgnMu,aku redha atas segalanya.pedih yang aku rasa,terkadang menggangguku..Wahai Kasihku,tenangkanlah hatiku.peganglah hatiku..begitu berat ujian yang Kau hadiahkan..namun aku cuba meredhakan segalanya demiMu ya Allah..bantulah diriku yang sangat lemah ini..yang sentiasa mengharapkan bantuan darimu.tidak kumiliki sesuatu yang bernilai melainkan Dikau dan RasulMu.tenangkan hatiku yang sentiasa gusar,,sesungguhnya aku tahu,andai aku bersabar hanya sedikit saja masa lagi,akan Kau berikan yang lebih baik..Engkau lebih mengetahui diri ini berbanding diriku sendiri..kuatkanlah daku..ku perhambakan diri hanya untukMu.aku bersyukur atas segala ujian yang kau hadiahkan kerana aku ingin sentiasa rasa dekat denganMu..DemiMu Ya Allah,tidak sanggupku lagi kehilangan cintaMu.akan aku balas cintaMu semampuku..Ya Allah,jgn tinggalkan lagi daku kerana diriku sendiri...teruslah peringatkan daku saat aku mulai jauh daripadaMu..sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..








Sedikit perkongsian daripada artikel-internet.smg dapat bersama2 ambil ibrah..)




Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan?



..dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui..(albaqarah:216)



Kenapa Susah Sangat Ujian Ini?



… dan ketahuilah, Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya…(albaqarah:286)


… sesungguhnya disamping kesusahan bersamanya kemudahan…… (ditegaskan sekali lagi) disamping kesusahan bersamanya kemudahan…(alinsyirah:5&6)



“Do you really think that you will enter Paradise without such trials as came to those who passed away before you? They were afflicted with severe poverty and ailments and were so shaken that even the Messenger and those who believed along with him said, ‘When will come the Help of Allah?’Yes, certainly the Help of Allah is near!”[Quran 2:214]




Rasa Frust? Tension? Lemah Semangat?



::janganlah kamu bersedih atau berduka cita, sesungguhnya kamu lebih tinggi jika kamu beriman::(alimran:139)



.:adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan sahaja berkata ‘kami telah beriman’ tanpa mereka diuji:..Dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta:.(alankabut:2&3)




Bagaimana Harus Aku Menghadapinya?


“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”(Surah Al-Imran ayat 200)



“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”(Surah Al-Baqarah ayat 45)



“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.”(Ar-Ra’d: 28)




Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ini?



Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ..(Surah At-Taubah ayat 111)




Kepada Siapa Aku Berharap?



Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”(Surah At-Taubah ayat 129)


Arghhh Aku Tak Tahan!!! Aku Dah Bosan!!


“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”(Surah Yusuf ayat 12)



“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta. (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)


“Did you think that We had created you in play (without any purpose), and that you would not be brought back to Us?”(Quran 23:115):


Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.?- Surah az-Zariyat: ayat 56.


Demi masa:..:sesungguhnya manusia dalam kerugian:..:kecuali yang beriman dan juga yang beramal soleh:..:yang berpesan pada kebenaran:..:yang berpesan pada kesabaran:.(alquran:al-asr)


..ya tuhanku, sesungguhnya aku berkehendak kepada kebaikan yang engkau turunkan

kepadaku..(alqasas:24)


Bersabarlah agar kamu MenaNg dan BahAGia..



JOM HAYATI..(edcoustic-muhasabah cinta)

Wahai pemilik nyawaku

Betapa lemah diriku ini

Berat ujian dari-Mu

Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sadar

Indah nikmat sehat itu

Tak pandai aku bersyukurKini ku harapkan cinta-Mu

Reff:

Kata-kata cinta terucap indah

Mengalir berzikir di kidung doaku

Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku

Teringat semua yang Kau beri untukku

Ampuni khilaf dan salah selama ini

Ya Illahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku

Lindungiku dari putus asa

Jika ku harus mati

Pertemukan aku dengan-Mu

(klu nk dgr lagunya,boleh lihat pd video disebelah ye...)

wallahu'alam

Friday, July 2, 2010

Bismillahirrahmanirrahim..


"adakah kau lupa,kita pernah berkuasa..

adakah kau lupa,kita pernah berjaya..
memayungi 2/3 dunia..

merentas benua,melayar samudera..

KEIMANAN jua KETAQWAAN..

rahsia mereka capai kejayaa..

ADAKAH KAU LUPA??"

(dipetik dari sebuah lagu)



bait2 kata ini sangat bermakna bg mereka yang benar2 memperjuangkan hidupnya demi Islam dan paling utama ialah demi Allah..sahabat2,kita pernah mengecapi satu kegemilangan pada satu ketika dahulu.Islam telah kuasai 2/3 dunia..subhanallah..( skrg nie pn islam kuasai 2/3 dunia tau..tp!dlm dunia hiburan).mereka yang beragama lain sangat gentar pabila disebut2 nama Islam.kerana apa??kerana kehebatan mereka.kerana kecekalan mereka..andai masa itu boleh diputar kembali,ingin rasanya merasai perasaan bagaimana hidup di zaman itu..kerana pelbagai ujian drpd Allah membuatkan mereka bertambah kuat..secara fisik mereka menentang musuh2 Allah.namun,kita juga harus bersyukur ditakdir untuk lahir pada zaman ini..kerana ujian juga banyak bg kita,walaupun bukan secara fisik( tp serangan pemikiran),namun kita tidak mengendahkannya..dan kita juga perlu ingat,mafhum sebuah hadith tentang kisah para sahabat bertanyakan pd Rasulullah SAW,siapakah mereka yg Baginda lebih cintakan,dan jawapan Baginda cukup tekesan..iaitu,MEREKA YANG TIDAK PERNAH BERJUMPA DGNKU,TETAPI SENTIASA MENGINGATIKU DAN MENGAMALKAN SUNNAHKU..subhanallah.wahai sahabat2...mereka itu adalah kita..


sejarah tentang zaman kegemilangan Islam pd suatu ketika dahulu,bukanlah bertujuan membuatkan diri kita rasa bangga dgn apa yang kita ada..tp ianya sebagai satu titik tolak dan penyuntik semangat bg kita memperjuangkan Islam..dalam bait2 lagu di atas ada menyebut tentang dua rahsia kejayaan mereka..KEIMANAN dan KETAQWAAN.jd,ini bermakna,setiap daripada kita berpotensi untuk mengembalikan kembali zaman seperti zaman kenabian dan khalifah..kerana keimanan dan ketaqwaan itu ada pada jiwa seorang muslim dan mukmin.cuma kita perlu bersama2 membaik pulih kedua2nya,agar ianya bertambah dan kuat sejajar dengan serangan pemikiran khususnya,yang kian tidak terkawal..


tapi, bagaimana caranya untuk kita membaik pulih keimanan dan ketaqwaan itu???jawapannya,ada dlm qiyamullail..jawapannya ada dlm solat malam itu..kerana mereka yang mengambil risiko,meninggalkan tempat tidur mereka pd malam hari,mereka itulah juga yang kuat secara akal,fisik, dan ruhi.mereka itulah yang kuat menghadapi serangan musuh dan mereka jualah yang beriman dan taqwakepada Allah..percayalah..


SEBAGAI CONTOH,,



Salahuddin Al-Ayyubi,seorang tokoh pejuang islam dan seorang tokoh yang dapat mengembalikan masjid Aqsa,memilih tenteranya dengan melakukan penyamaran.beliau menyamar sbg rakyat biasa untuk melihat siapakah diantara mereka yang bangun malam(qiyamullail) dan beribadat kpd Allah..dari situ beliau akan melakukan penilaian..subhanallah..begitu sekali cara pemilihannya...bukan dipilih berdasarkan secara fizikal sahaja,namun berdasarkan ruhi..kerana jika ruh(dalaman) itu kuat,maka insyaALLAH akan kuatlah seseorang itu.


andai dilihat,begitu petingnya solat malam itu, sehinggakan Rasulullah sanggup melakukannya sehingga kedua-dua tapak kakinya pecah-pecah, sehinggakan juga Salahuddin Al-Ayyubi memilih mereka yang bangun malam sebagai barisan mujahidin yang paling hadapan untuk menggempur musuh, sehinggakan juga Umar Abd Aziz berkata..."Bagaimana mata ini dapat tertutup rapat dan tenteramsedangkan ia tak tahu di mana kelak ia akan kembali di antara dua tempat" berulang-ulang.



Dari Ibnu Mas'ud r.a katanya;" Ada seorang lelaki yang disebut-sebut di sisi Nabi sollallahu'alaihi wasallam, iaitu bahawa orang tersebut tidur di waktu malam sampai ke pagi - yaknitidak bangun untuk bersolat malam, lalu beliau sollallahu 'alaihi wasallam bersabda;"orang itu sudah dikencingi syaitan dalam kedua-dua telinganya" atau beliau sollallahu'alaihi wasallam bersabda;"di telinganya." (Muttafaqun 'alaih)

Dari Abu Hurairah r.a katanya;" Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam bersabda;"Syaitan itu memberikan ikatan pada hujung kepala seseorang di antara engkau semuasebanyak tiga ikatan, jikalau ia tidur. Ia membuat ketentuan pada setiap ikatan itu dengankata-kata yang berbunyi;" Engkau memperoleh malam panjang, maka tidurlah terus!"Jikalau orang itu bangun lalu berzikir kepada Allah ta'ala maka terurailah sebuah ikatandari dirinya, selanjutnya jikalau dia terus berwudhu', lalu terurai pulalah ikatan satunya lagidan seterusnya, jikalau ia bersolat, maka terurailah ikatan seluruhnya, sehingga berpagi-pagi ia telah menjadi bersemangat serta berhati gembira. Tetapi jikalau tidak sebagaimanayang tersebut di atas, maka ia berpagi-pagi menjadi orang yang berhati buruk sertapemalas." (Muttafaqun 'alaih).

Tips mudah untuk bangun solat malam??

Petua dari Imam Al-Ghazali...
1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.

2. Jangan tinggalkan tidur qailullah(tidur sekejap sebelum zohor) di siang hari.

3. Mengetahui dan menginsafi benar-benar keutamaan solat malam dengan mentadabburi selalu ayat-ayat Qur’an dan hadis-hadis serta kisah-kisah salafussoleh berkenaan dengan bangun malam.
4. Meningkatkan rasa cinta kepada Allah, rasa cinta yang sebenar-benarnya. Istiqamah dalam beribadah di waktu malam itu merupakan anugerah yang Allah berikan kepadakekasih-kekasih-Nya. Bersihkanlah diri dan hati daripada unsur-unsur syirik baik yang nyataatau yang tersembunyi, dan peliharalah ibadah sebelumnya, sesungguhnya seseorangyang berat beban dosanya dari amalan yang dilakukan sebelum tidurnya itu pastimemberatkannya untuk bangkit berkhalwah dengan Allah yang Maha Suci di malam hari.

Namun apa yang paling penting ialah konsistensi dalam pelaksanaanya.lebih baik melaksanakan qiyamullail dengan rakaat yang sedikit tapi rutin tiap malam,daripada banyak rakaatnya tapi tidak rutin. perlu ada konsistensi dan komitmen yang tinggi..



Kitalah,sebenarnya generasi Rabbani yang perlu mengembalikan zaman kepada zaman kenabian itu..

(tazkirah ini juga buat diri sendiri..yang terkadang leka dan alpa.



P/s: insyaALLAH, post ini akn ada sambungan..tunggu ye...,

Wallahu'alam bisowab.

Thursday, July 1, 2010

Batu2 Yang Aneh

Dalam sebuah hadis menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang lelaki wukuf di Arafah. Dia berhenti di lapangan luas itu. Pada waktu itu orang sedang melakukan ibadat haji. Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang sangat penting. Bahkan wukuf di Arafah itu disebut sebagai haji yang sebenarnya kerana apabila seorang itu berwukuf di padang Arafah dianggap hajinya telah sempurna walaupun yang lainnya tidak sempat dilakukan. Sabda Rasulullah mengatakan :
· "Alhajju Arafat" (Haji itu wukuf di Arafah)
Rupanya lelaki itu tadi masih belum mengenali Islam dengan lebih mendalam. Masih dalam istilah 'muallaf'. Semasa dia berada di situ, dia telah mengambil tujuh biji batu lalu berkata pada batu itu :
· "Hai batu-batu, saksikanlah olehmu bahwa aku bersumpah bahwa tidak ada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah."
Setelah dia berkata begitu dia pun tertidur di situ. Dia meletakkan ketujuh-tujuh batu itu di bawah kepalanya. Tidak lama kemudian dia bermimpi seolah-olah telah datang kiamat. Dalam mimpi itu jyga dia telah diperiksa segala dosa-dosa dan pahalanya oleh Tuhan. Setelah selesai pemeriksaan itu ternyata dia harus masuk ke dalam neraka. Maka dia pun pergi ke neraka dan hendak memasuki salah satu daripada pintu-pintunya. Tiba-tiba seketika batu kecil yang dikumpulnya tadi datang dekat pintu neraka tersebut. Tetapi mereka tidak sanggup rupanya. Malaikat azab telah berada di situ. Semua malaikat itu menolaknya masuk ke pintu neraka tersebut. Tapi sanggup rupanya. Kemudian dia pun pergi ke pintu lain. Para malaikat itu tetap berusaha hendak memasukkannya ke dalam neraka tapi tidak berjaya kerana batu mengikut ke mana saja dia pergi.
Akhirnya habislah ketujuh pintu neraka didatanginya. Para malaikat yang bertindak akan menyiksa orang-orang yang masuk neraka berusaha sekuat tenaga untuk menolak lelaki itu dalam neraka tetapi tidak berjaya. Sampai di pintu neraka nombor tujuh, neraka itu tidak mahu menerimanya kerana ada batu yang mengikutinya. Ketujuh-tujuh batu itu seolah-olah membentengi lelaki itu daripada memasuki neraka. Kemudian dia naik ke Arasy di langit yang ketujuh. Di situlah Allah berfirman yang bermaksud :
· "Wahai hambaku, aku telah menyaksikan batu-batu yang engkau kumpulkan di padang Arafah. Aku tidak akan menyia-nyiakan hakmu. Bagaimana aku akan menyia-nyiakan hakmu sedangkan aku telah menyaksikan bunyi 'syahadat' yang engkau ucapkan itu. Sekarang masuklah engkau ke dalam syurga."
Sebaik saja dia menghampiri pintu syurga itu, tiba-tiba pintu syurga itupun terbuka lebar. Rupanya kunci syurga itu adalah kalimat syahadat yang diucapkannya dahulu.
Subhanallah..

Kisah Nafsu Yang Degil Pada Perintah Allah

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahwa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang
menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."
Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."
Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahwa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

Kisah syaitan menolong manusia

Kisah ini , tak pasti semasa zaman Nabi s.a.w atau para sahabat.
Ada seorang buta yang rajin solat berjemaah di masjid . Ada tali yang dibuat untuk
menghubungkan rumahnya dan masjid. Antara rumah dan masjid ada satu lubang yang berair.
Suatu hari, dia terjatuh kedalam lubang tersebut dan beliau berpatah balik, untuk salin baju yangbersih. Kali kedua, dia terjatuh lagi dan balik semula untuk bersalin baju. Kali ketiga, di rasa nakterjatuh lagi tetapi tiba-tiba ada orang yang menyambut untuk menahannya dari jatuh dan

memimpinnya hingga sampai ke masjid. Beliau bertanya kepada orang tersebut,siapakah dia.Orang itu menjawab Aku adalah syaitan.?Orang buta itu terkejut lalu bertanya, kenapa diamenolongnya dari jatuh ke dalam lubang tersebut. Syaitan menjawab , Aku menolong sebab akutakut dosa orang-orang Islam lain terampun. Ini kerana semasa engkau terjatuh kali pertama,dosamu Allah ampunkan, semasa engkau jatuh kali kedua, seluruh dosa ahli keluargamudiampunkan, dan jika aku biarkan engkau jatuh kali ketiga maka seluruh dosa umat Islam akanterampun. Sebab itu aku menolongmu.?
Lihatlah dan fikirkanlah betapa besarnya pahala orang yang melangkah ke masjid atau surau, itubelum ditambah dengan pahala mengerjakan solat berjemaah. Orang yang butapun sanggupbersusah payah untuk solat berjemaah di masjid, inikan pula kita yang sihat walafiat tanpa adasebarang halangankecuali halangan nafsu yang sering memujuk kita untuk terus malas dalam menambah pahalauntuk bekalan ke akhirat, kehidupan yang lebih kekal....
Dari Abdullah bin 'Amr r.a, Rasulullah saw bersabda :
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat."Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri saya) sebelum muhasabah diri orang lain.Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt. Apa yang salah dan silap itu adalah dari
kelemahan manusia itu sendiri.
Wassalam, "

Jari..



Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cubaperhatikan perlahan-lahan jari anda, Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renungdalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.
Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecildan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar danterus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya.
Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluhbiarlah daripada rebungnya" Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besarpada masa hadapan.
Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnyaseperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincinbertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri.
Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dantaqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudahdi pertanggung jawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??
Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remajaditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Diperingkat umur 30-an ini seorang itu telahmempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun,anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datangmenggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantulagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.
Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketikasolat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah,menjadi contoh dan tauladan.Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagaimodel kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yanghebat.
Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dankehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagaiperkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada semua urusan berjalanlancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranyapetunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambilmenggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.
Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang lima. Renung dan fikir dalam-dalam.
dimanakah anda sekarang???

Salahkah Aku Mencintai Mu..

Remaja dan cinta, dua perkara yang bagaikan sudah sebati. Rasa cinta bertandang di dalam jiwanya tanpa diundang. Keinginan itu tidak payah dipelajari dan dicari. Lelaki inginkan cinta wanita dan begitulah sebaliknya. Walaupun kadangkala ia cuba dilawan, namun rasa "ajaib" itu datang jua. Apalagi kalau cinta itu disuburkan, maka makin marak dan menggilalah jadinya. Bila cinta mencengkam diri,makan tak kenyang, tidur tak lena dibuatnya.
Sedemikian indah dan damainya syurga, namun Nabi Adam a.s. berasa kesunyian dan inginkan teman .Lalu Allah ciptakan Siti Hawa dari tulang rusuknya. Dan kita anak cucu pewaris rasa cinta itu akan sentiasa rasa terpisah dan gelisah selagi tidak bersama dengan yang dicintai.
Rasa Cinta Tak Salah
Lalu hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Ya, rasa cinta memang tak salah. Ia adalah fitrah semulajadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasadnya perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya. Namun Allah tidak kurniakan rasa cinta secara begitu sahaja. Dia juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah remaja selalu terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan Allah. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah. Bila kehendak semulajadi tidak-disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.
Mengapakah perlu ada peraturan cinta? Jawabnya, kerana Allah mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya.
Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta. Cinta yang terlarang, akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita jangan sekali-kali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Allah.Buktinya,lihat saja bila kita bersama dgnSi dia,adakah kita mengingatinya?tepuk dada,tanya iman..
Cinta yang terlarang adalah cinta yang sudah dicemari oleh kehendak nafsu dan kepentingan diri. Keindahan cinta yang sudah tercemar ini tidak tahan lama. Sudah dapat yang dihajati, sudah terlaksana apa yang dikejar, cinta akan terkulai dan bersepai.
Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat. Lebih banyak pelanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari dari Cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan.Pada ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala hingga seseorang akan menjadi hamba kepada siapa yang dicintainya, Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintai. Lupalah diri pada Pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakan-Nya Bagaimanakah perasaan agaknya, jika seseorang begitu leka dengan hadiah hingga terlupa bersalam dan berterima kasih dengan pemberinya?

Pohon Cinta Terlarang
Allah kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta yang terlarang. Hukum-Nya dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas Allah mengharamkan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim. Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaaan begitu syaitan adalah pihak ketiga. Lebih dari itupun banyak yang berlaku. Semuanya seolah-olah halal hanya kerana cinta. Peraturan cinta bagi tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak, tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa ituakan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan. Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta? Hendaklah cinta kita berdasarkan kepada cinta Allah. Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah. Allah memberi kita fitrah itu lalu kita niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kepada-Nya. Cintailah sesiapapun, tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai Allah. Sehubungan dgn itu, cinta antaral elaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk Allah.
Soalnya bagaimana?
Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki dan
perempuan menyempurnakan agamanya. Oleh itu, usahlah bercinta sekadar utk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan kerana Allah Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan. Cinta jenis ini seburu namanya - Cinta Monyet!
Putus Cinta
Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada hukum Allah yang dilanggar. Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat(aurat wanita sgt seni ..sehinggakan,suara yang sengaja dilunak juga aurat..) Tidak ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, puasa,tidak berdua2an dgn pasangan Bukan muhrim dan lain-lain. Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yg melalaikan dan merugikan. Maka, remaja tidak senarusnya mengeluh , "Cinta apa namaya ini jika tidak ada dating, perbualan telefon maraton, surat cinta, sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman? Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Allah. Putus cinta dan kecewa bercinta yg begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang d
isangka baja ini. Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak putus tanpa sempat menempuh perkahwinan.
Allah Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadap hamba-hamba-Nya. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya. Bahkan jika diizinkan oleh takdir-Nya, cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat, suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga. Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah........................................... Jaga Iman, Hiasi Amal..Subhanallah