Wednesday, June 30, 2010

Detik subuh 12RabiulAwal






11 Hijrah...

Rasulullah pulang ke Madinah dari menunaikan haji..Beliau memerintahkan Usamah b Zaid (20thn) mengetuai tentera Islam ke Balqa'(Palestin) untuk membebaskan Rome..

Kemudian beliau menziarahi perkuburan Baqi' di Madinah,tempat ramai sahabat dan orang beriman disemadikan...

Di Baqi' beliau mendoakan kepada arwah umat Islam di situ..Kemudian beliau bertanya kepada Muwaihibah(bekas hamba yg telah bebas)
"Wahai Abu Muwaihibah,fitnah sudah mula datang" Kemudian Rasulullah bercakap pd ahli kubur "Bergembiralah dgn keadaan kamu sekarang.Fitnah sudah mula berdatangan.,,fitnah demi fitnah"
Kemudian Rasulullah berkata
"Wahai Abu Muwaihibah,aku diberi pilihan antara diserahkan kepadaku segala kekayaan dunia semuanya dan aku kekal di dunia,kemudian aku masuk syurga ataupun aku bertemu dgn Tuhanku dan kemudian aku ke syurga"
Abu Muwaihibah berkata
"Wahai Muhammad,pilihlah kami"
Rasulullah berkata
"tidak wahai abu muwaihibah.Aku memilih bertemu dgn Tuhanku dan syurga"
Dgn itu,bermulalah sakit beliau sejurus balik dari perkuburan Baqi'.
Sakit pertama ialah sakit kepala yang teramat sangat. Siti Aisyah bertanya
" Wahai pesuruh Allah,adakah kamu sakit seperti kami sakit?"
Rasulullah menjawab "Kami para nabi.kami sakit spt kesakitan dua orang biasa"
Nabi menziarahi semua isterinya,rumah ke rumah. Tiba di rumah Maimunah,beliau tidak mampu lagi kerana sakit terlalu kuat. Beliau memanggil semua isterinya,dan meminta izin untuk dirawat di rumah Siti Aisyah. Rasulullah dipapah oleh Ali dan Fadl b Abbas ke rumah Siti Aisyah.


Rasulullah kemudian demam panas yang sangat kuat. Menurut Abu Said Al-Khudri "aku tidak tahan meletakkan tanganku di atas dahi Muhammad kerana terlalu panas.Belum pernah aku melihat orang demam panas sampai begitu".
Muhammad pengsan kerana terlalu kuat demamnya.Apabila sedar, Rasulullah meminta dimandikan dgn tujuh bekas air dari perigi2 di Madinah.Dgn ikhtiar itu, demamnya makin kurang.
Walaupun sakit kuat, beliau masih mengimami solat. Pada 9 RabiulAwal Tahun 11Hijrah, slps solat Asar, beliau berucap dalam keadaan duduk.


Muhammad menyatakan "sesungguhnya sudah dekat pemergianku daripada kamu semua.Barangsiapa yg pernahku rotan dibelakangnya,ini belakangku.Sila balas kepadaku.Barangsiapa yg pernah aku hina,ini diriku.Silalah membalasnya. Barangsiapa yanh pernah aku ambil hartanya,ini hartaku.Silalah dia ambil kembali dan janganlah dia takut kemarahan dariku kerana itu bukan akhlakku.Sesungguhnya orang yang paling aku sukai di kalangan kamu ialah orang yang mengambil haknya daripada aku sekiranya dia mempunyai hak itu" Kemudian Rasulullah berkata lagi, "sesungguhnya seorang hamba diberi pilihan antara diserahkan kepadanya segala kekayaan dunia dan kekal di dunia kemudian dia masuk syurga ataupun bertemu Tuhannya dan masuk syurga


Abu Bakar menangis teresak-esak mendengar ucapan itu.Abu Bakar berkata "bahkan kamilah yg menebus kamu dgn diri kami dan anak-anak kami,wahai Muhammad"




Rasulullah meminta Abu Bakar menutup pintu2 rumah yang mengadap Masjid Nabawi kecuali rumah Abu Bakar.


Rasulullah berkata"sesungguhnya aku tidak mengetahui ada orang yang lebih baik persahabatannya denganku daripada Abu Bakar.Kalau aku boleh mengambil seorang kekasih,nescaya aku ambil Abu Bakara sebagai kekasih,tapi aku adalah kekasih Alla.Hatiku penuh dgn Cinta Allah"


Rasulullah berkata "berbuat baiklah kpd Ansar kerana semua orang sudah bertambah harta mereka,tetapi harta Ansar tidak bertambah"


Semua orang bersiap untuk keluar dgn pasukan Usamah yg berkhemah di luar Madinah,tetapi menunggu kerana perkembangan kesihatan Rasulullah.Sakit Rasulullah semakin kuat apabila pulang daripada khutbah tadi.Beliau pengsan lagi.Rasulullah berkeadaan begitu sehingga tiga hari,tidak mampu keluar dari rumah.




Rasulullah menyuruh Abu Bakar dipanggil untuk mengimami solat.Siti Aisyah risau kerana belum pernah orang laain mengimami solat kecuali Rasulullah.Siti Aisyah berkata "wahai Pesuruh Allah,Abu Bakar ini orangnya lembut,suaranya perlahan.Setiap kali dia membaca AlQuran dia menangis,kerana tangisannya itu,bacaanya tudak dapat didengari.Mintalah orang lain menggantikannya menjadi imam"


Rasulullah tetap mengulangi arahannya berkali2 walaupun Siti Aisyah memberi alasan yg sama berulang2.




Siti Aisyah meminta Abdullah b Zuma'ah atas arahan Rasulullah itu tapi Abdullah tidak berjumpa Abu Bakar kerana berada dihujung Madinah,di kampung isterinya Asma' bt Umair.Abdullah melihat Umar yg ada,dan memberitahu Umar supaya menjadi imam.Oleh kerana suara Umar kuat semasa mengimam solat,suaranya didengari Rasulullah.Rasulullah bertanya "dimana Abu Bakar?dimana Abu Bakar?Allah dan rasulnya dan orang2 mukmin menolak hal ini"

Selepas itu,Abu Bakar mengimami solat selama 3hari(jumaat-ahad).Rasulullah sakit teruk dan kadang2 pengsan.12 RabiulAwal subuh,Rasulullah merasakan sakitnya bertambah kuat.Dia menggagahkan diri keluar dari rumah(bersambung dgn masjid).Rasulullah tersenyum melihat Abu Bakar mengimami solat subuh itu.Sahabat terlalu gembira melihat Rasulullah dan hampir memberhentikan solat.Muhammad solat duduk di sebelah kiri Abu Bakar.Abu Bakar bergerak ke belakang menjadi makmum.Itulah suasana pd subuh 12RabiulAwal,11 Hijrah.
(insyaALLAH akn ada sambungan..tunggu ye..)

Hanya Engkau


Fitrah insani membuat diri terasa ingin menyayangi dan disayangi..terkadang memenuhi keinginan tanpa panduan sejati..nafsu menguasai diri..tanpa iman dan akal memandu diri, terus hanyut dibawa arus duniawi..nikmat cinta palsu yang hanya sementara makin pudar.lantas hati disapa dengan kalimah suci..kembali tertuntun langkah kerana cintaNya lebih bermakna.
Kadang-kadang diri terasa kerdil dalam kembara sufi..mencari cinta sang Agung dalam hidup yang penuh dengan ranjau berduri..Ya Rahman, begitu hinanya diri bila disisiMu..Engkau Tuhan yang Maha Berkuasa atas sekalian makhluk termasuk diriku dan Maha Hebat,sedangkan diriku cuma insan yang penuh dosa..terimakah Engkau akan cintaku??adakah aku di antara kekasih2Mu, wahai Tuhan??namun Ya Allah,sesunnguhnya Engkau tahu, bahawa diri ini tidak tenang melainkan mengingatiMu..diri ini gelisah melainkan memikirkanMu..diri ini lemah melainkan mengingati saat pertemuan agung bersamaMu..Maka Ya Rabbul Izzati, tenangkan hatiku tatkala hati ini gusar.sentiasalah pegang hati ini kerana hati ini telah kuberikan hanya untukMu...




Wahai Kekasihku,andai hatiku jauh dariMu

Ingatkanlah aku tentang pertemuan kita dalam surat cintaMu

Agar aku kembali dekat denganMu

Andai diri ini mengagungkan cinta hambaMu

Tegurlah aku sesungguhnya cintaMu adalah cinta yang hakiki

Agar aku tidak lagi menduakan cintaMu

Saat kaki ini melangkah tanpa redhaMu

Peringatkanlah daku wahai Kasih tentang matiku

Agar kembali tertuntun langkahki menuju jannahMu

Akan daku sambut kasihMu wahai Kekasihku

Dalam hening malam penuh syahdu

Namun alangkah hibanya kurasa

Andai malam ini bukanlah daku menjadi tamu pilihanMu

Siapa yang tidak cemburu

Andai insan lain dapat sambut cintaMu

wahai Kekasihku

sedangkan aku???

Langsung tidak mengendahkan kehadiranMu tika saat itu

Duhai hati yang berbolak balik

Diamlah kau disana

Agar aku sentiasa bisa merasakan rindu dan cinta Kekasihku

Agar aku mampu sambut cintaNya

Saat dingin setiap malam

Ya Khaliq,sungguh Engkaulah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Suburkanlah hati ini dengan ma'rifatmu

Agar diriku sentisa terpandu menghala tuju yang satu

Ilahi..anta maksudi.!