Friday, December 31, 2010

Berjual beli dengan Allah


Tak sahnya sesuatu pembelajaran andai tiada ujian
Ujian peperiksaan dunia,,yang mana kita sendiri tahu bila IQ kita akan diuji
Persediaan demi persediaan kita lakukan demi menempuh satu ujian yang kita sendiri tahu tarikhnya..
Namun,,dalam hakikat kehidupan tiada semudah itu..
Bahkan kekasih Allah,Muhammad SAW Habibullah juga diuji dalam setiap langkahnya
Yang tiada diketahui bila Baginda akan diuji...
Namun tidak ada sekelumit perasaan putus asa pun terlintas dalam benak hatinya
Malah kata2 baginda cukup mencerminkan luhur peribadinya sbg Nabi,ketua bagi ummat,,

"demi Allah!! seandainya mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku, agar aku meninggalkan dakwah ini, aku tidak akan meninggalkannya meskipun aku hancur dalam mempertahankannya"(alhadith)

subhanallah,,begitu hebatnya dikau wahai kekasih Allah...
tegarkah aku dalam harungi perjalanan yang penuh liku ini??

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar."
(atTaubah;111)

teringat pula kata2 daripada kumpulan Shoutul Harokah,,
"...segores luka dijalan Allah, kan menjadi saksi pengorbanan"

Ya!! perlu bertahan dan terus menggapai impian demi cita yang satu..

Monday, December 27, 2010

Ujian di jalan para pejuang




dalam diari seorang pejuang
tiada masalah yg tak merumitkan,
ujian yg tak melemahkan,
dugaan yang tak menyusahkan,
bahkan itu semua dijadikan batu loncatan untuk lebih hebat..
mereka tepu dengan dugaan..
cuma sesekali airmata merembes di pipi..
lambang kekerdilan kudrat sang hamba..
berdepan dengan 'belaian' PENCIPTA,,sebagai... tanda ingatanNYA..
terus senyum walau payah dan susah diuji


Bingkai kehidupan
Album : HijrahMunsyid :
Bijakhttp://liriknasyid.com


Mengarungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan


Setiap tetes peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah
'kan menjadi saksi pengorbanan


Reff :Allahu ghaayatunaa
Ar-Rasuulu qudwatunaa
Al-Qur'aanu dusturunaa
Al-Jihadu sabiiluna
Al-Mautu fii sabilillah
Asma amaanina


Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al Qur'an pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah
adalah cita-cita kami tertinggi

Thursday, December 23, 2010

Jalan cinta para pejuang

Bismillahirrahmanirrahim

InsyaAllah ingin dikongsikan sebuah nukilan seorang sahabat ukhti 'Izzah,,moga ianya bermanfaat bagi kita...



Maharku adalah jalan ini
maharku adalah cinta ini
cinta yang penuh militansi
yang kau dan aku
akan perjuangkannya
sampai hujung nyawa



“ Ya, saya ada satu cerita. Kamu mahu mendengarkannya, ini memang benar!”
Penceramah meyakinkan. Kami peserta seminar Rumah Tangga Islami tidak berkedip mata. Sangat rugi rasanya andai terpejam walau sesaat. Beliau sungguh mengesankan.



“ Pernah suatu ketika datang seorang ikhwah meminta saya carikannya calon isteri. Katanya dia mahu yang sopan santun, ayu, lemah lembut, pemalu dan TIDAK MILITAN!”
Beliau berjeda. Menahan sedak yang mahu meledak. Perkataan TIDAK MILITAN mengganggu kelancarannya barangkali. Kami ikut berkerut kening. Apa maksudnya TIDAK MILITAN. Masuk hutan angkat senjatakah?


“ Maksud kamu TIDAK MILITAN itu apa? Bisa dijelaskan”
Ikhwah itu buncah.
“ Err, maksud saya yang bukan aktif sangat bergerak sana sini. Erm, err..Yang kiranya macam sesuainya orang perempuan, tidak menonjol dirinya sana sini.”
Ahh Ikhwah itu, dirinya sendiri meragukan.



“ Oh iya..kamu mahu tahu resepi? Ini resepi rahsia rumah tangga yang belum tertulis di mana-mana, yang belum disebut di bibir siapa pun.”
Waah! Pasti mahu. Sunggu penasaran!

“ Resepinya, isteri itu harus MILITAN. Coba saja kamu mikir,saat kamu di tempat kerja, lalu anakmu demam, dia bisa memandu ke klinik. Saat barang dapur kehabisan, dia bisa cekap ke pasar tanpa perlu menunggumu, saat kamu lagi out station beberapa minggu siapa yang bisa pantas menguruskan rumahtangga sebagai ibu dan sekaligus bapa kepada anak-anakmu, pasti seorang isteri yang MILITAN.”



Ikhwah itu menelan air liur. Tergulut-gulut di depan beliau. Rasa baru sahaja menelan bom C4 yang bakal meletup dalam ususnya.
“ Kalau yang tidak bisa aktif sana sini, fizikalnya itu tidak kuat, tidak cukup mengurus hal yang banyak dalam suatu masa, ia pasti meletihkan kamu. Anak yang demam panas sahaja harus menunggu kamu pulang kerja. Tiap-tiap waktu mengganggu tugas kerjamu hanya atas hal-hal yang boleh diusahakannya sendiri. Harus mandiri ertinya.”
Oh, itukah MILITAN namanya? Saya tersenyum. Banyak sekali skrin hidup terlayar di hadapan saya saat melihat wajah para akhawat.
SEUSAI ITU..MEMANG BENAR..



Program hari itu tamat. Keluar sahaja laman parkir kereta, saya terus tidak tahan mahu tertawa, lalu menggeleng kepala. Kelihatan 2,3 orang akhawat bertungkus lumus menghidupkan motornya. Terhenjak-henjak tubuh kerana tidak mahu hidup. Datang seorang akhwat dengan gaya yang penuh militan, sekali henjakannya yang maha hebat pada pedal penghidup, terus terdengar bunyi enjin motor, sungguh militan!
Saya menuju ke kereta saya. Di bangku belakang penuh barang-barang tumpangan akhwat yang bermotor dan yang menaiki tren untuk dibawa ke universiti. Begitulah kemudahan yang ada bukan untuk dinikmati seorang diri, tapi ia adalah amanah untuk orang lain, apatahlagi akhawat yang sangat saya cintai. Saya melewati stesen minyak, Ah, kelihatan seorang akhawat dengan beg napsacknya sedang mengisi minyak motornya. Ah, sungguh militan. Mata saya bergenang, saya pasti merindui kalian dengan suasana sebegini.


Entahlah, sejak menghampiri semester terakhir saya di UIA, saya terasa sayu andai terpisah nantinya dengan akhawat. Kenderaan di lebuh raya tidak terlalu sesak. Tetapi ia tidak menggembirakan kerana kereta dan motornya banyak sekali yang dipandu laju. Walaupun saya mungkin di antara mereka tetapi saya masih menidakkannya. Teringat sekali atuk pernah mengatakan bahawa beliau serik menaiki kereta dipandu saya, bagai mahu tercabut jantung. Ah, atuk-atuk..militan itu namanya, biar cepat asal masih sopan. Masa itu sangat berharga kan..Tidak jauh dari situ, di tepi jalan saya seakan mengenali jaket penunggang motor tersebut, persis jaket rasmi kami. Ah, akhawat lagi. Dia sedang berhenti menjawab telefonnya yang cuba diselitkan di celah-celah topi keledar. Sungguh lucu. Saya membunyikan hon. Mereka mengangkat tangan.



MasyaAllah, sepanjang jalan ke UIA saya bertemu akhwat, dan adakah mungkin saya akan terus bertemu dengan akhwat di mana-mana pada amsa akan datang? Tanpa dipinta, pipi saya basah. Entah mengapa terasa ngilu sekali andai nanti bakal hidup sendirian tanpa akhwat biarpun nanti sudah punya suami. Ia sungguh tidak sama biar diganti dengan apa pun.
Terimbas kembali beberapa isi seminar tadi. Kali ini saya benar- benar membenarkan.
“ Jika nanti, para akhwat akan menikah, andai bisa, mintalah dua perkara ini sebagai janji antara kalian dan bakal suami. Bahawa yang pertama, agar diizinkan kalian mengikuti liqo’ dan aktiviti tarbiyah. Yang kedua, agar kalian bisa terus bersama akhwat tanpa mengabaikan tanggungjawab kepadanya.”



Saya terus memejam rapat. Ya, begitulah apa yang ingin saya minta suatu hari nantinya.
DI JALAN CINTA PARA PEJUANG…



….. ia mengajarkan jiwa yang kental dan cekal. Jiwa militant dan radikal. Bukan bererti menngangkat senjata dan kereta kebal, tetapi jiwa seorang penggerak yang tidak rela direhatkan. Kerana rehatnya seorang daei itu hanyalah di syurga. Di jalan cinta para pejuang, kita bukanlah ahli sufi yang merajut cintanya hanya di tikar sejadah dan di mimbar masjid, tetapi ia terus menyusun agenda untuk berkarya pada umatnya walau di mana saja dia berada dan pada waktu bila sahaja dia masih bernyawa. Dia bukan manusia yang lekas meminta dibantu tetapi ia sedia kuat membantu. Dia bukan manusia yang hanya bergantung harap walau pada yang berhak, tetapi jiwa mandirinya sukar dikawal kerana di jalan cinta para pejuang inilah dia belajar untuk melakukannya sendiri..itulah militansi.



-ukhti izzah-

Friday, December 3, 2010

Pautan cinta Ilahi

Meruntun pilu pedihnya jiwa

Tatkala iman terbuai leka

Tak tergambar peritnya derita

Hati kecil menangis hiba

Menjerit,meraung halus bersuara

Mengapa sebegini peritnya kurasa



Andai masih adanya cinta


CintaMU Allah yang masih bersisa

Campakkanlah benih cinta itu,,suburkanlah ia

Akan ku siram dengan air taqwa

Moga ia menjadi pohon ibadah nan indah

“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”

“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.” –bait cinta Rabiatul Adawiyah(perindu cinta Allah)

Wednesday, November 24, 2010

Nasyid Pilihan Minggu Ini(1)

Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati

Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezhaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera

Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat surga

(semoga Allah meredhai segala apa yang kita lakukan serta mengurniakan nikmat cinta dan syurga darinya serta dijauhkan dari azab seksa..)

Saturday, November 13, 2010

Duhai hati,,jangan engkau merajuk!!



Duhai hati,kenapa kau sering merajuk ,,

Sedangkan engkau tahu Allah pemberi kekuatan pdmu,,

Duhai hati,,kenapa engkau bersedih?

Sedangkan engkau tahu,perancangan Allah itu sgt cntik,,

Duhai hati mengapa engkau rasa pilu,,

Sedangkan Allah sedang memberikanmu sesuatu yang sangat indah

Andai engkau bersabar hanya sedikit masa lagi

Dan andainya engkau tahu

Bahawa Kekasihmu tetap Satu

Dialah Allah yang sering mendengar rintihanmu

Dialah Allah yang sering menjadi tempat untuk kamu mengadu

Percayalah,saat engkau diuji dengan ujian dunia,,

Tidak kira sekecil mana pun ia,,

Engkau telah melangkah satu tapak mendekatiNYA

Andai engkau meredhakan segalanya

Bukankah itu satu nikmat yang engkau sendiri inginkan

Tetapi mengapa engkau sering merajuk wahai hati,,

Biarkan ia,biarkan ujian terus menyapa kamu

Selangkah kearah Kekasihmu(Allah),seribu kali Dia mendapatkanmu

Bukankah itu suatu yang indah??

Jika engkau mengerti!!

Jgn lagi bersedih wahai hati,,,

Kerana bukan mudah utk mendapatkan sesuatu yang mahal nilainya

Bukan mudah untuk menggarap dan terus merasakan nikmat cinta Ilahi

Dan bukan juga mudah menjadi ahli FIRDAUSI!!

Andainya engkau mengerti!!

Saturday, October 23, 2010

KuRindukan Pertemuan Itu..


Bismillahirrahmanirrahim
Seringkali aku terfikir,, alangkah indahnya saat bertemu dgnMu YaAllah,,disana kelak..,,engkau redha pada hamba2Mu,,dan mereka redha kpdMU..tp,,diri ini sering bermaksiat dgnMu..leka dan alpa dari mengingatiMU kerana kenikmatan dunia yang hanya sementara..namun,,Engkau tidak pernah lupa terhadapku…Nikmat udara yang Kau berikan,,,sedikitpun tidak Kau kurangi..tidak juga Kau minta bayaran untuk itu,,cuma apa yang Engkau minta hanyalah mengabdikan diri hanya padaMu atas setiap perkara..


Aku tanyakan pada diri…SUSAH SANGAT KE??Untuk menjadi seperti yang diinginkan oleh Allah??TIDAK!!malah aku sentiasa dibantu dan dipandu olehNYA..sentiasa diperingatkan dgn ayat2 suciMU..Cuma aku yang masih lalai..namun yaAllah,,,jauh dalam sudut hatiku,,terasa benar ingin bertemu dgnMU,,hatiku berdegup kencang pabila terkenangkan saat itu kelak,,
Adakah Kau sudi berjumpa dgnku?wahai KEKASIH HATIKU..apakah aku LAYAK UNTUK BERTEMU DGNMU??diri sarat dengan dosa..hati penuh dengan bintik noda..namun pengampunanMU lebih besar..dan itu jualah aku harapkan..


InsyaAllah,,di sini ingin dikongsikan satu kisah dari sebuah hadith dari Kitab Zahrir Riyadh.


Dirawikan dari Rasulullah saw, sesungguhnya baginda bersabda:
“Ketika masuk ahli syurga, mereka disambut oleh para malaikat dengan segala kebaikan dan kenikmatan. Dipersilakan untuk mereka singgahsana berpermaidani indah. Disajikan untuk mereka segala rupa makanan dan minuman yang lazat. Oleh itu, mereka menjadi kehairanan.”
Lantas Allah berfirman. “Wahai hamba-hambaKu mengapakah engkau hairan? Ini bukan tempat untuk merasa hairan.”
Dan mereka menjawab: “Janji untuk kami telah tiba waktunya.” Kemudian, Allah telah berfirman kepada malaikat: Bukakanlah hijab dari muka mereka. Malaikat menjawab: Ya Tuhanku, bagaimana mereka dapat melihat Engkau sedangkan mereka itu derhaka? Lalu Allah menjawab; “Sesungguhnya mereka telah berzikir, bersujud dan menangis di dunia kerana ingin bertemu denganKu.” Lalu malaikat pun membukakan tabir sehingga mereka dapat melihat. Maka, segera mereka bersujud kepada Allah.
Tetapi Allah berfirman: “Angkatlah kepalamu. Hari ini bukanlah hari untuk kamu semuanya rukuk dan sujud kepadaKu. Tetapi hari ini adalah hari pembalasan nikmat kepada kamu semua. Sesungguhnya wahai hamba-hambaKu, syurga bukanlah tempat untuk beribadat tetapi adalah tempat mulia untuk kamu merasakan nikmat dan kesenangan yang berkekalan.” Kemudian, mereka nampak Allah tanpa kaifiyah. Allah berfirman lagi: “Salam sejahtera bagi engkau hamba-hambaKu. Aku redha kepadamu. Apakah engkau redha kepadaKu?” Mereka menjawab: “Bagaimana kami tidak rela wahai Tuhan kami. Engkau telah memberi kami sesuatu yang belum pernah terlihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga, bahkan belum pernah terlintas dalam hati manusia.” Inilah yang dimaksudkan oleh Allah dalam Al Baiyinah ayat 8: Ertinya; “Allah rela kepada mereka dan mereka pun rela kepadaNya.”
Dan firman Allah dalam Yasin ayat 58 yang membawa makna: “... (Dan ucapan) perkataan selamat daripada Tuhan yang pengasih.” Dan Rasulullah saw telah bersabda: “Api neraka tidak akan menjilat orang yang pernah menangis kerana takut kerana Allah swt. Sehingga air susu kembali ke tempat asalnya.”
MasyaAllah sedih pabila membacanya..YaAllah aku ingin menjadi salah seorang dari mereka,,dpt melihatMU didepan mata..sesuatu yang xdapat dibayangkan..INDAH SAAT ITU..namun yaAllah,,diri ini penuh dosa..Kau ampunilah YaAllah..kerana pengampunan Dikau lebih besar dari kesalahan insan..Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati,,tetapkanlah hatiku agar aku sentiasa bisa merasakan manisnya CINTAMU..

Thursday, October 7, 2010

Bercinta Sampai Syurga

Alhamdulillah,dpt lg diberi kesempatan utk mencoret..
Alhamdulillah,kelmarin dapat bertemu dgn ustzh siti norbahiyah dan suami,ustaz wan akasyah.huhu walaupun xdpt jumpa personally,cukuplah dpt dgr penyampaiannya smlm..best tgk ustzh dan ustaz memberikan penyampaian.mesra..walaupun mereka x tunjukkan kemesraan depan orang ramai,tapi boleh jelas kelihatan..sbbnya andai keikhlasan itu dah bertapak dlm hati,kemesraan dan kebahagian akan jelas ternampak pada riak muka..masyaAllah,,

Input yang diberi cukup bermanfaat untuk diamalkan..BERCINTA SAMPAI KESYURGA..mm dgr tajuk pn,dh cukup membuatkan ramai terpukau..

Tp,mcm mana nak jadikan cinta itu bukan hanya setahun dua,tapi berkekalan hingga ke syurga??

Pastikan cinta yang dikecapi melalui 2 fasa/perkara

1)perlu ada rasa takut pada Allah dlm hati atas setiap perkara yg dilakukan(khaufullah)
2)pasti dapatkan keredhaan ibu bapa..(kerana apa,,kerana redha Allah terletak pada redha ibu bapa)

Dan bgaimana pula untuk membina benteng hati?agar cinta itu selari dengan redha Ilahi?

1)hidup dalam beribadah pada Allah
2)hadiri majlis2 ilmu
3)pemilihan kawan yang baik
4)berdoa semoga Allah bimbing dan beri perlindungan pada kita..insyaAllah

Sedikit tips yang ingin dikongsi bersama :
(sumber-ustazah norbahiyah)
-amalkan surah yunus;81-82)-elakkan gangguan sihir
-amalkan doa ringan jodoh(surah yusuf;4)
-minta tolong,ibu/umi/mama/emak,doakan supaya ringan jodoh(sbb doa ibu tiada hijab)
-berpuasa pada hari jadi kita(minta hajat dipermudahkan Allah segala urusan)
-solat hajat
-solat istikharah..


insyaAllah percayalah dgn pertolongan Allah,dan pastinya pertolongan Allah akan sampai..

(semalam pulak,,Maher zain dtg,,buat konsert kat sini…sedih jugak xdapat nak hadir atas urusan lain..)


Orang orang kafir itu membuat tipu daya,dan Allah membalas tipu daya mereka itu.Dan Allah sebaik2 pembalas tipu daya.
(Ali-Imran;54)




Monday, October 4, 2010

Ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?


Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid, Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.

Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”. Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”. Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”. Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.

Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?”

Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”. Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”. Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .

Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.

Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang. Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu. Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.

Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat. Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi. Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.

Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.

Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata, “Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .

Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik. Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, “Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” .

Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, “ Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.

Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, “Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya. Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini.”

Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati. Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat. Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”. Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.

Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya. Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel. “Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk “ Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini.

Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut. Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi.

Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.

Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkan TAKBIR…ALLAH HU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara. Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana “malaikat kecil” itu sedang duduk.

Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya. Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya. Inilah satu peristiwa..

Berbahagialah anda kerana membaca kisah ini. Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain. Syurga adalah untuk umat-Nya. Ingatlah, dengan menyebarkan firman Allah boleh mengubah hidup seseorang yang hampir dengan anda. Sila kongsi kisah menarik ini.

Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu kita dalam semua perkara yang kita buat.

Maksud firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 3;

“…pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu, maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani

Wednesday, September 22, 2010

Diazab kerana menyuruh kepada kebaikan?

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah Allah masih lg memberi kesempatan untuk mencoret pada kali ini.


Kadang2 kita rasa,kita dah cukup laksanakan tanggungjawab dalam agama Allah dengan baik,yakni mengajak kepada kebaikan serta melarang kepada kemungkaran..namun,adakah kita pasti kita dah selamat dengan cuma menasihati mereka??


sebenarnya,belum lagi wahai sahabat..tatkala anda memperkatakan sesuatu kebaikan,pertanggungjawabkanlah diri anda untuk melaksanakannya.


ingin dikongsi kisah dalam sebuah hadith.


pada hari kiamat kelak,akan Allah angkat seorang pemuda lalu mencampakkanya semula ke bumi. sehingga patah tulang belulangnya.kemudian,Allah angkat buat kali kedua lalu mencampakkanya ke bumi sehingga terkeluarlah isi2 perut. setelah itu tulang belulang dan isi2 perut yang telah hancur itu,digiling2. hal sedemikian menjadi kehairanan bagi penghuni2 neraka.


"wahai si fulan bin si fulan,mengapakah engkau diazabkan sedemikian sedangkan engkau telah mengajak kepada kebaikan dan melarang kepada keburukan?"


jawab pemuda itu tadi "sesungguhnya aku tidak laksanakan apa yang telah aku katakan"



bukanlah diceritakan kisah ini untuk menakut2kan sehingga tidak disampaikan apa yang diminta padanya,namun ambillah ibrah yang baik daripada kisah ini.sama2lah kita melaksanakan apa yang kita sampaikan kerana Islam tidak akan berjaya jika kita hanya bercakap tentang kebaikan serta melarang keburukan,tapi kita sendiri tidak mengambil langkah untuk melakukannya.


wallahu'alam.

Monday, September 20, 2010

Tinggalkan Dia Demi Dia..


Aku Tinggalkan Dia Demi Allah


daffodil

Editor : everjihad


Dengan nama Allah

Sebaik-baik Pemberi Ganjaran...


Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria.Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!


Kau takkan pernah dapat memberi jawapan
Kerna jawapannya bukan di tanganmu
Tetapi di tanganNya.
Di tangan Tuhan kita;
Allah Tuhanku dan Tuhanmu


Gelisahku memikirkan dirimu
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku
Aduhai priaMaafkan aku.
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu


Jemput diriku pabila waktunya tiba
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita


Jadilah dirimu kumbang yang hebat
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar


"i've leave him for the sake of Allah"


Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata
Yakinlah! Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti


Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang sekarang (permulaan).Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu , lalu (hati) kamu menjadi puas.[Ad dhuha: 4 & 5]


Untuk itu
Aku tinggalkan dirimu padaNya


Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.Tidak ada suatu binatang melata melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.(Allah Maha Adil)[Hud: 56]


usah bersedih atas perpisahan sementara ini
jika benar dia tercipta untukmu
tiada apa yang dapat menghalangnya
sebelum saat itu tiba
berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan
mohonlah padanya dengan penuh mengharap


Yakinlah pada janji Allah!


Beruntunglah kamu !
tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini



maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itudan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya[ As Syams: 8-10]


Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu[Fussilat:30]


Dan tika kamu merasa lemah
Mohonlah kekuatan dariNya
Allah itu dekat
yakin pasti


Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui[Fussilat:36]

Bukan untuk KAMU..

bismillahirrahmanirrahim


alhamdulillah sy dapat article nie drpd seorang sahabat.kata2 yang digunakan amat ringkas tapi mudah terkesan insyaAllah.jd,nak kongsi dengan sahabat2 lain..wahai mereka yang tidur,,bangunlah!!


Tarbiyyah...


bukan untuk orang yang malas

bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.

bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.

bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh Tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.

bukan untuk orang yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan, tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.

bukan untuk orang yang cepat mengalah

bukan untuk orang yang meletakkan qiamullail dan daurah dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara `penting' yang lainbukan untuk orang yang hanya pandai cakap dan menulis, tapi amal kosong

bukan untuk orang yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini,

bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information


Dakwah...


bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri

bukan untuk orang yang ikut liqa' hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu

bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute

bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah

bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh

bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluhbukan bagi orang yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami

bukan bagi orang yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot

bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, hanya tahu beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar


Tarbiyyah bukanlah segala-galanya.

Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.

Tanpa anda (orang yang sering beralasan ini) dakwah akan terus berjalan.

Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara. Cuma tanpa pencerahan, Tanpa tarbiyyah,Tanpa dakwah

Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.


Tak mengapa.

Teruskan hidup anda seperti biasa.

Dakwah tak memerlukan anda.

Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.

Berbahagialah seadanya.


"Amanah ini bukan hak milik, tetapi anugerah daripadaNya"dikongsi dari blog:http://www.everjihad.blogspot.com/


(peringatan untuk diri sendiri terutamanya,,serta sahabt2 lain)

Sunday, September 19, 2010

Ramadhan::-sebelum dan sesudah,,kenapa begitu??

Bismillahirrahmanirrahim



huhh..berhabuknye blog..dah bersawang dah..lama btul tak update blog..maaf ye,,sahabat2,,kerana ada sedikit kekangan..tak dapat nak update blog..namun hidup dan perjuangan harus diteruskan.alhamdulillah dapat pun mencoret lagi...



kali nie,insyaAllah nak kongsi pasal RAMADHAN (sebenarnya nak buat entry pasal ramadhan nie,dah lama tapi xdapat.dgn keizinan Allah,,alhamdulillah dapat pun coret utk kali ini).



seronok bila tengok semua muslim berlumba2 menyambut kedatangan awal Ramadhan..kalau solat terawih tu,xyah cakapla...alhamdulillah saff solat penuh hingga ke belakang..tapi,bila masuk minggu kedua ramadhan,,saff mula lengang.yang paling sedih bila saff di bazar ramadhan makin penuh,,xnak terlepas jualan murah katanya..mm kenapa ye kita boleh tak nak lepaskan tawaran harga murah di bazar tapi boleh pula lepaskan tawaran pahala berganda daripada Allah?



apa yang saya lihat di daerah saya,,pada 1 ramadhan,,kebanyakan kain2 rentang yang bertuliskan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" mula terpampang..sedihnya,,kain rentang yang bertuliskan "SALAM RAMADHAN" xkelihatan pun..(adalah jugak,,dalam sehelai dua..)kadang2,keliru jugak..pada 1 ramadhan nie,,kita nak sambut puasa ke,nak sambut raya terus??sedihnya,,kita lagi gembira untuk sambut hari raya berbanding bulan Ramadhan tu sendiri..sedangkan Allah menjanjikan kerahmatan,penghapusan dosa,serta pembebasan api neraka dalam bulan barakah ini..namun,apa yang kita lakukan??



masuk minggu ketiga,,orang ramai dah mula bercerita tentang baju raya,,kuih raya,,kereta baru,,perabot baru,,namun,,adakah kita juga perbaharui iman kita??alhamdulillah andai kiranya kita dapat perbaharui iman kita,,tapi bagaimana pula dengan tidak??Tidakkah ini sesuatu yang sia2??



masuk pula minggu keempat,,fasa ketiga Ramadhan(pembebasan daripada api neraka),,orang ramai dah mula lupa yang sebenarnya mereka masih lagi berada dalam bulan keberkahan,Ramadhan,,saff solat terawih makin berkurang..bazar makin sesak..pernah tak kita terfikir,kenapa ye Allah meletakkan lailatulqadar dalam sepuluh malam terakhir??kerana pada waktu itu,,kita sudah makin leka dengan sambutan Syawal yang bakal tiba..tapi,,bagi mereka yang mempunyai hati yang diikat dengan nur kecintaan Tuhan,mereka mengejarkan lailatulqadar ini(malam yang lebih baik dari seribu bulan)..Allah meletakkan lailatulqadar ini pada malam sepuluh terakhir dan bukan pada sepuluh malam awal,untuk menguji dan melihat sejauh mana kesungguhan hambaNYA untuk mendapatkan lailatulqadar ini.adakah kita tergolong dalam mereka yang menanti2kan lailatulqadar??



apa yang paling menyedihkan,,kalau dahulunya(ramadhan),masjid2 dibuka sehingga subuh dan dilimpahi dengan cahaya yang terang benderang,,namun selepas tibanya syawal,,masjid2 dikunci seawal 10malam..tiada lagi lampu yang terang benderang menyinari masjid sebab takde orang..apa yang turut dikesalkan ialah,tatkala dahulunya saff solat subuh di masjid penuh sehingga 7-8 saff,namun setelah syawal menyapa,alhamdulillah masih lagi ada yang berjemaah di masjid waktu subuh tapi tinggal 7-8 orang sahaja dalam satu saff,



kenapa ye boleh jadi begini??sedangkan kedua2 bulan ini adalah bulan yang mulia..xsalah untuk kita menyambut dan meraikan syawal kerana kemenangan bagi umat islam,,tapi jangan sehingga melupakan ibadah2 yang kita lakukan dalam bulan Ramadhan..alhamdulillah,,tahniah bagi mereka yang punyai semangat dalam menyambut dan meraikan ramadhan dengan ibadah2,,dan jadikanlah semangat itu satu titik tolak untuk kita lebih bersemangat dengan amal ibadah dalam bulan2 yang lain..teruskanlah koreksi hati,perbaiki diri,dalam kembara ini..



Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan : "Sesungguhnya saya bertaubat sekarang". Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih. (an Nissa;18)



wallahua'lam

Thursday, August 26, 2010

Surat dari anak Mak Yang Dah Tak NAKAL..

Bismillahirrahmanirrahim



alhamdulillah Allah masih lagi bagi kesempatan untuk mencoret sedikit kata2 buat sahabat2 sekalian..

memandangkan minggu lepas,minggu nie, juga insyaAllah ada tugasan yang perlu dibuat dan MIDTERM exam yang semakin menghampir,sy cuba jgk cari peluang untuk mencoret sesuatu (walaupun xdpt slalu update blog)..smg Allah melapangkan sedikit saja masa untuk berkongsi sedikit kata2 buat sahabt..



jd,di bawah ada disertakan surat,,bg mereka YANG BERNAMA IBU,,bg mereka YANG BAKAL MENJADI IBU,,dan BG seorang ANAK YANG MASIH MEMPUNYAI IBU..

smg dpt ambil pengajaran drpd perkongsian ini..





Buat Ibuku, bakal ibu, anak yang masih mempunyai ibu..



Mak.....

Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....

Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,

Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi

nih....



Mak tau tak.....

itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter

dewasa.....

dan itu juga terakhir kali nya.

Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....

nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....



mak macam dah sedia.....

Seminggu sebelum tu.....

mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....

Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....

tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....

kakak pun rasa hairan.....mak tak penah buat gitu.....



pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....

tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam .......

.kengkadang siaran indonesia ....mak terus tekun menganyam...

Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak kekuburan...



Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....

pastu mak jemur karpet-karpet. ..

pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..

mak biarkan ruang tu kosong..rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..



paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..

ada kat dalam almari.....

ada kat dalam dalam beg.....

ada dalam ASB.....

ada kat dalam Tabung Haji..

mak cakap tak berapa cukup lagi....ada kat dalam gulung tikar.....



masa tu mak perasan takk..??

kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...

kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...

mak cuma gelak jer...eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..



Mak.....Hari tu hari sabtu 18/08/2006 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....

bila malam tu kiter sampai dari KL.....

mak dah dalam kesakitan.

Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....mak tetap takmau pi hospital....

.dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..

Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .

tapi kiter berkeras juga pujukk..

nanti di hospital ada doktor...

ada ubat untuk mak..

kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..



Mak tetap tak bersetuju...

..mak memang degil..tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..

Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..



Mak.....amponkan kami semua...

kami nak mak sehat...

kami sayang mak...

kami tak mau mak sakit...

kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....

ampon kan kami yer mak....



Mak.....

Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...

Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, kiter kata nak beli kereta....

Mak asyik tanya ajer..cukup ker duitt..kiter jawab pula...kalau tak cukup, mak kan banyak duit...

mak gelak ajerr.....



Lepas tu bila kereta kiter sampai....

mak buat kenduri kesyukuran..

....Dan kiter masih ingat lagi...bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....

Punya la kiter takut...kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....

Bila balik sahaja kampong....kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....

Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...mak tanya kenapa...?

Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....



Mak....

tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...

Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...

mak, kiter menipu mak kan ....ampon kan kiter....

Mak.....

Jam 4.30 pagi 19/08 /2006

Bila tiba aja kat hospital....nurse tengah balut mak dengan kain putih.....

mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...

Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....

Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....

Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn



Mak tau tak....

Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaanseparuh sedar...

Adik kat sebelah diam melayan perasann...

Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...jalan di depan terasa makin kelam.....airmata dah tak mampu di tahan....

Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...

Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..kosong. ...sekosong hati ini.....

Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya........terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....



Mak.....

Kiter masih ingat lagi...

Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...

Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ......

Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....

Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....

Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....

Mak perasan tak...?



Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....

Dia kata..." dikk...

jangan nangis...

kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya..

"Bila makcik tu kata gitu...lagi laaaa laju airmata ni..

tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....



Mak.....

Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....

kiter nangis ni.....

Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....

Takder orang yang bangun lagi.....kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...

kiter rindu kat mak..!T

akpa la....nanti bila kita selesai sembanyang subuh, kiter baca yassin untuk mak...

mak tunggu ya..!



Mak..

Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .

Semua anak2 mak mengelilingi mak...menatap wajah mak buat kali terakhir....

Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...

Mak rasa tak....masa tu kiter sentuh dahi mak....kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....

Kiter tak mampu nak cium mak...kiter tak daya....kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...

Airmata kiter tak boleh tahan....

Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...

tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....





Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....

Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...

badan akak terasa panas...

makk...anak mak yang seorang tu demam....



Mak tauu...cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanahperkuburan..

Mak.....Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...

Begitu terasa kehilangan mak...

boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...

Dan sampai satu tahap....masa tu malam jumaat selepas maghrib...

Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...

semakin kiter tenung terasa semakin sayu...

tangisan tak dapat dibendung...



Mak tauu...

kiter cuba bertahan...

memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...

Kiter rasa nak telefon mak...nak cakap dengan mak....anak mak yang ni dah tak betul kan ....?Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...

Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...

Puas la kakak memujuk kiter...Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..

"Dan akhirnya akak juga nangis.....



Mak tau tak..

di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...

rasa nyilu sangat...menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....

Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...

hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....



Mak....

cukup la sampai sini dulu....

kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu...

.kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...

selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....

kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...

esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....



Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...

pastu kawan kiter bgtau...

simpan je buat kenangan..

Kiter cuma tau alamat ni aje...

Takper yer mak...

kiter kasi orang lain baca...

Kiter stop dulu...sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...

akhir kata untuk mak,

I LOVE YOU SO MUCH

dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...

memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..

sampai masuk unibesiti..

sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...

boleh rasa duduk kat negara orang...



sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..




Sekian terima kasih,Yang Benar Anak mak yang dah tak degil





surat ini berjaya 'menyentuh' banyak hati..selain mampu mengingatkan jasaibu kita, ia mampu menaikkan semangat kita utk terus berusaha dalamlapangan masing2,dgn izin Allah s.w.t. InsyaAllah..





Juga sesuai dihadiahkan kpd anak2(bg yg sudah memiliki cahaya mata) supayaanak2 kita sentiasa lembut hatinya kesan daripadammbaca surat ini,insyaAllah. Terima kasih saudara umarzahrawi kerana menghantar surat ini.Surat ini dibacakan ketika majlis penutup Islamic Awareness Week diKolej Yayasan UEM suatu masa dulu. Ramai yang menitiskan air mata ketika itu.


********************************************************

jadi andai kiranya,pernah satu ketika,,lidah kita yang ibarat pisau yang tajam,, menghambur kata2,,kpd kedua org tua kita,,senangkanlah hati mereka kembali dgn mengambil peluang ini,,,untuk menuntut kemaafan drpd mereka,,

jgn tunggu sampai raya!!

jgn tunggu sampai orang kampung bgtahu yang ibu/ayah kita sudah xde!!

jgn tunggu sampai satu waktu yang mana hanya jenazah ibu dan ayah kita kaku di hadapan mata!!

kerana waktu itu,,sudah terlambat,,

BUKAN INI YANG KITA NAK, KN??

kita xdpt halang waktu ajal pemergian mereka,,

namun apa yang kita mampu ialah mohon kemaafan dan mendoakan mereka agar mereka sentiasa bahagia DI SANA kelak..

sesungguhnya tiada permata yang lebih bernilai daripada permata melainkan MEREKA....

Allah berfirman yang bermaksud: Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu
jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkan kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil".

(Al Isra':23-24)





Thursday, August 19, 2010

Abid dan Tuannya.



Suatu ketika Abid dan Tuannya sedang berada di atas perahu. Saat itu Abid diperintahkan Tuannya untuk segera mengambil mutiara-mutiara yang ada di lautan di bawah perahu itu. Mendengar perintah tersebut, Abid segera mengenakan pakaian menyelam, lengkap dengan tabung udara untuk bernafas di dalam laut. Lalu ia melompat ke laut, dan byuur...perlahan-lahan ia menyelam.Ia sampai di kedalaman pertama... Perlahan-lahan lalu sampai pada kedalaman kedua, ketiga, keempat, hingga akhirnya sampai ke dasarlautan. Sampai di dasar laut, sungguh takjub si Abid melihatpemandangan di sana. Belum pernah ia melihat pemandangan yang indah seperti ini. Ada binatang menyala-nyala, tumbuhan yang unik, ikan yang langka, dan lain-lain. Betul-betul pemandangan yang luar biasa.Semuanya semakin membuat Abid tertarik untuk melihat-lihat, sampai ia lupa sama sekali akan perintah Tuannya untuk mengumpulkan mutiara.Setelah sekian lama Abid menikmati suasana dasar lautan, akhirnya ia teringat bahwa udara yang ada di tabung udaranya tinggal sedikit dan belum satu pun mutiara yang ia kumpulkan.Abid panik. Ia segera membuka satu per satu kerang yang berisimutiara. Gerakannya begitu tergesa-gesa, ia harus mengejar waktu agartidak kehabisan udara. Saking paniknya, ia mengumpulkan mutiara-mutiara itu dalam genggaman dan mulutnya. Akhirnya, kerana sisa udara dalam tabung hampir habis, ia segera naik ke permukaan dengan tergesa-gesa. Tapi karena tergesa-gesa, semua mutiara itu jatuh dari genggamannya, dan yang ada di mulutnya pun lepas semua. Si Abidnaik ke perahu dengan tangan kosong tanpa membawa mutiara satu pun.Akhirnya Abid pun dimarahi habis-habisan oleh Tuannya.




**********************************


sahabat2,kadang kala keindahan dunia ini membuatkan kita lupa pada tanggungjawab ASAL kita.

"Dan Aku tidak menciptakan5 jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku".( al-Dhariyat: 56)

padahal kita tahu,,tujuan hidup kita hanyalah mengabdikan diri kepada Allah. fungsi seorang hamaba ialah hanya menurut perintah Tuannya..namun,disebabkan keimanan yang goyah,diri yang lemah dgn nikmat dunia,membuatkan kita alpa dengan tujuan sebenar kita dihidupkan..

andai kiranya,kita masih lagi dikurniakan nikmat nafas ini,rebutlah peluang untuk menuntut maghfirah daripadaNYA dan jalankanlah tanggungjawab kita sebagai hamba.

dan janganlah pabila malaikat izraeil datang memanggil,baru kita teringat tentang taubat dan ibadah kepada Allah..sesungguhnya waktu itu sudah lambat..

jadi,cepat2lah koreksi hati,,perbaiki diri,,agar kita sentiasa ingat dengan tujuan ASAL kehidupan kita..

wallahu'alam

APAKAH TANDANYA INI??













Menara yang disebut Abraj Al-Bait atau "Mecca Royal Clock Hotel Tower" ini bakal menjadi bangunan tertinggi kedua di dunia. Selain tingginya mencapai 595 meter. Bangunan hotel yang terletak di sekitar Kabah ini memiliki menara jam tertinggi sedunia.

News yahoo.com. Jumat (7/5) menulis jam super raksasa itu berukuran 6 kali lebih besar dari Big Ben di London. General Manager Hotel, Muhammad Al-Arkubi, dalam jumpa pers di Dubai, belum lama ini menjelaskan, Mecca Royal Clock Tower akan menjulang hingga rencana total ketinggiannya 662 meter, terbuat dari beton dan dengan puncak menara terbuat dari logam berbentuk bulan sabit setinggi 155 meter. Jika selesai luas areal itu mencapai 1,5 juta meter persegi.

Jam raksasa buatan Jerman itu akan menjadi yang terbesar di dunia, dengan lebar 45 meter dengan ketinggian di setiap keempat sisi tower 43 meter. Jam besar itu akan terlihat dari jarak 17 kilometer saatmalam hari dan 11-12 kilometer di siang hari. "Menjadikan waktu Mekah seperti halnya Greenwich Mean Time, itulah tujuannya," kata Arkubi.

Tujuhkompleks hotel senilai 3 milyar dollar ini akan memiliki 3.000 kamar dan suite, yang sebagian besar menghadap ke Masjidil Haram. Sebagai tambahan, Abraj Al-Bait akan memiliki shopping mall 4 lantai dan kawasanparkir yang dapat menampung ribuan mobil. Pembangunan ini bertujuan untuk memberi keleluasaan dan kemudahan bagi para jemaah Haji di Mekah.

REPUBLIKA.CO.ID, LONDON--Fenomena menara jam raksasa di Makkah cukup mengejutkan. Pembangunan menara jam yang bakal menenggelamkan rekor menara jam Big Ben di Inggris dimaksudkan untuk mempercantik penampilan kota suci. Lantas, apa yang membedakan menara Jam Makkah dengan Big Ben.Berikut perbandingan yang dirilis harian Telegraph versi online, Rabu

Tinggi Menara
A. St Stephen's Tower : 315.9 kaki (96.29 meter)
B. Royal Mecca Clock Tower : 1,970 kaki (600,46 meter)
Diameter jam
A. Big Ben : 23 kaki (7,01 meter)
B. Royal Mecca : 151 kaki (46.02 meter)

Prasasti
A. Big Ben : "Domine Salvam Fac Reginam Nostram Victoriam Primam" (Lord, keep safe our Queen Victoria I) atau (Tuhan, Lindungilah Keselamatan Ratu Victoria I)
B. Royal Mecca : "In the name of Allah" atau "Dengan Menyebut Nama Allah"Iluminasi/ (Penerangan) :
A. Big Ben : Awalnya lampu gas, kini setiap sisi jam diterang 28 lampu.
B.Royal Mecca : 2 Juta lampu LED pada tampilan jam, 21.00 lampu putih dan hijau di atas arloji yang mampu memberi tanda shalat berupa flash (kilatan) cahaya.

Big Ben : Hingga kini, Big Ben masih diakui sebagai menara jam tertinggi di dunia. Sayangya, tradisi bunyi lonceng Big Ben tak dilakukan kecuali ketika memasuki awal tahun baru.

Royal Mecca : Bakal menjadi menara tertinggi kedua di duniasetelah Burj al Khalifa di Dubai. Nantinya, Royal Mecca akan menjadi pusat perbelanjaan raksasa dengan lebih dari 2.000 kamar hotel, dua helipad, dan masjid yang mampu menampung 30.000 orang. Hotel yang beradadi menara itu juga memiliki 800 kamar. Kompleks ini dibangun oleh Bin Laden Group, konstruksi terbesar Arab Saudi perusahaan yang dimiliki oleh keluarga dari gembong teroris dengan menggunakan rancangan perusahaan asal Jerman.
wallahu'alam

Wednesday, August 18, 2010

Kisah Rasulullah dengan seorang arab badwi (touching story)



"Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya "Ya Karim! Ya Karim!" Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata: "Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku, kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah."

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?" "Belum," jawab orang itu. "Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?" "Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya," kata orang Arab badwi itu pula. Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!" Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.


"Tuan ini Nabi Muhammad?!" "Ya" jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya: "Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya."


Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: "Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!" Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Maka orang Arab itu pula berkata: "Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!" kata orang Arab badwi itu. "Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?"


Rasulullah bertanya kepadanya. 'Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya,' jawab orang itu. 'Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!'



Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!" Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya.

subhanallah..semoga kita dapat bersama mengambil ibroh daripada cerita tersebut.

sumber:http://badarkisas.blogspot.com/search/label/rasulullah


YA RASULULLAH..SUNGGUH!!INGIN KAMI NYATAKAN,,WALAU KAMI TIDAK PERNAH MELIHATMU,,NAMUN KECINTAAN KAMI PADAMU TIDAK PERNAH SEKALI LUNTUR.YA HABIBULLAH,,KAMI AMAT3 MERINDUIMU..




Tuesday, August 17, 2010

Titipan kasih Ilahi

Pernah satu ketika saat diri masih jahil,tika diri masih leka dgn nikmat dunia,,diri ini sering membayangkan,masihkah lagi Tuhan itu menyayangiku?masihkah lagi Tuhan itu mengingatiku?kerana apa yang aku lakukan kebanyakan darinya membuatkanku makin jauh daripadaNYA..

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."
(al baqarah;186)

kadang kala diri ini merasa sangat bahagia..namun kebahagiaan itu hanya sementara..jauh dalam sudut hati berasa kekosongan.kekosongan yang memerlukan penenang hati..jiwa menderita,batin tersiksa.. Kerna diri masih mencari2 sinaran hakiki..sinaran hidayah yang diidamkan oleh semua hamba yang waras..kadangkala diri merasa penat dan putus asa saat hidayahNYA masih belum kumiliki..puas sudah amalan2 wajib aku cukupkan dan amalan2 sunat aku istiqamahkan..tidak juga kutemui cahaya itu..lantas diri ini diperingatkan dengan hadith Baginda Rasulullah SAW,,

“sesungguhnya diterima amal perbuatan itu tergantung pada niatnya,dan sesungguhnya setiap orang akan mendapat apa yang ia niatkan.barangsiapa berhijrah kerana Allah dan RasulNya,maka hijrahnya(akan diterima) sebagai hijrah kerana Allah dan RasulNya dan barangsiapa berhijrah kerana dunia yang akan ia peroleh atau wanita yang hendak dinikahinya,maka ia akan mendapati apa yang ia tuju..”

YaAllah,YaGhaffar..ampuni daku..

Aku terus perbetulkan kembali niat amalanku,kubasuh hati ini menuntut maghfirah dariMu saat sepertiga malam..kerna aku takut,makin aku hanyut dengan dosa2ku..tidak kumahu terhijabnya diriku denganMu..

Alhamdulillah,aku bersyukur kepadaMu,,Kau kurniakan daku sahabat2 yang menegurku saat aku alpa,sahabat tika waktu susah dan senangku…dan sahabat yang sentiasa berlumba2 mengejarMU..TERIMA KASIH SAHABAT2KU..ingin kukatakan,diri ini tidak pernah lekang dari mengingatimu..diri ini akan sentiasa disisimu tika tawa dan tangismu..aku bersyukur tika aku dalam kesamaran kau hadir memberikan cahaya..wahai sahabat yang aku kasihi hanya kerana Allah,,NOR ARFIEZZATI NOR AZMAN dan NURUL FAREHAH HUSSIN.

,baru kutahu kenapa tidak KAU jawab permintaanku saat itu..tika diri penuh dosa dan noda,,,kerana apa yang Engkau ingin hadiahkan kepadaku lebih bermakna dan bermanfaat buatku..

Alhamdulillah,kami diterima masuk di salah sebuah sekolah di Malaysia(form 4 dan form 5).dan bagiku inillah saatnya aku menebus kembali saat2 kejahilanku kerana bagiku disinilah platform untukku berubah.berubah menjadi bukan sekadar hamba,tapi hamba yang bersyukur..bukan sekadar hamba yang bersyukur,tapi hamba yang bersyukur dan beriman..bukan sekadar hamba yang bersyukur dan beriman,,tapi hamba yang bersyukur,beriman dan bertaqwa..hamba yang sentiasa menagih cinta dan kasih sayang Tuannya..di sinilah saat aku ingin mengutip MUTIARA2 WAQAFAN(pinjam ayat daripada akak2 senior kisas)..

“Hai anak Adam[530], sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (.Al- A’raaf:26)
Alhamdulillah YaAllah,tidak mahu ku lagi mempersiakan PELUANG yang Kau berikan padaku..akan kutunaikan segala perintahMU,,pandulah daku setiap kali daku melangkah kerana diri ini masih lagi memerlukanMU dan sentiasa akan memerlukanMU..

Teguhkanlah YaAllah pendirianku dalam kembara sufi ini..

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu".(fushshilat;30)

"sesungguhnya andai kita melangkah setapak ke arah Allah, Dia akan berlari seribu langkah ke arah kita!" subhanallah..

wallahu'alam..

Thursday, August 12, 2010

Ramadhan kareem:jom topup iman..

Bismillahirrahmanirrahim.

Apa khabar wahai shabab dan fatayat sekalian??sht?apa khabar juga imanmu?yazid au yanqus?insyaAllah yazid..kita mengharapkan agar iman kita meningkat walaupun sbg manusia biasa,terkadang iman kita meningkat dan menurun...namun,tidak salah dan perlu untuk kita mencuba dan terus mencuba dalam meningkatkan keimanan kita yang haq sejajar dgn peningkatan usia kita..
alhamdulillah ya Allah,masih lagi Kau berikan nikmat yang sangat bermakna yakni nikmat iman dan islam,,di mana andai tiadanya nikmat ini,,tidak dapat kubayangkan betapa perit dan gelapnya hidup ini..dan alhamdulillah juga Ya Allah,telah Kau berikan ku peluang untuk bertemu lagi dengan BULAN RAMADHAN, BULAN yang MULIA ini...andai nafasku terhenti,,hentikanlah nafasku dalam keadaan yang Kau redhai..

marilah kita bersama2 ambil kesempatan yang masih lagi Allah beri untuk kita jadikan RAMADHAN kali ini adalah RAMADHAN yang terbaik dan lebih bermanfaat daripada sebelum ini..kerana kita tidak tahu samada kita masih lagi diberikan peluang dan kesempatan untuk bertemu lagi dengan RAMADHAN yang akan datang..jd,jgn lepaskan peluang ini!!

CHECK LIST AMALAN DI BULAN RAMADHAN

1. Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau Selamat menyambut Ramadhan.
2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari.
3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.
4. Solat Tarawikh(seelok2nya20 rakaat)
5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.
6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dikejutkan bangun tepat 4pg.
7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat Tahjud, Solat Taubat dan Solat Hajat)
8. Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.
9. Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur.
10.Jangan tidur sesudah sahur.
11.Solat Subuh berjemaah di Masjid.
12.Tadarus pendek.
13.Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.
14.Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.
15.Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.
16.Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat pertama selepas Fatihah baca Surah Al Kautsar 7 kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah Ikhlas 7 kali
17.Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga satu jam diwaktu sahur)
18.Solat Zuhur berjemaah.
19.Tadarus pendek.
20.Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.
21.Solat Asar berjemaah di Masjid.
22.Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV yang melibatkan kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat mustajab.
23. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau dengan buah kurma atau buah tempatan.
24.Segera Solat Maghrib di Masjid.
25.Makan malam bersama keluarga.
26.Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh secara berjemaah.
KELEBIHAN-KELEBIHAN YANG LAIN

1. Menghadiri majlis ilmu setiap langkah di beri pahala ibadah sunah setahun.
2. Mengekali berjemaah diberi balasan dengan disediakan sebuah bandar khas di Syurga.

3. Membuat hubungan baik kepda kedua ibu bapa, Allah pandang dengan penuh kasih sayang.

4. Isteri taat kepada suami diberi pahala seperti pahala Asiah dan Mariam.

5. Sesiapa yang menyampaikan hajat saudaranya disampaikan 1000 hajatnya di akhirat.



RANCANG PENINGKATAN IBADAH RAMADHAN
1. Sepuluh hari yang pertama adakan muhasabah amalan
2. Sepuluh hari yang kedua, pastikan keimanan bertambah kuat dan selaraskan dengan sempena Nuzul Quran.

3. Sepuluh hari yang ketiga kuatkan azam untuk beramal di malam Al Qadr :

i. Dengan melakukan Solat Maghrib,Isyak dan Tarawikh berjemaah.
ii. Atau ditambah dengan Solat Subuh berjemaah

iii. Duduk dengan air sembahyang dan baca Al-Quran, Ayat Kursi, Surah Al Baqarah terakhir (Amanarrasul) , Surah Az-zalzalah, Suraah Al Kafirun, Surah al Ikhlas dan Surah Yasin
iv. Bagi kaum ibu yang uzur, baca zikir.

v. Bangun pukul 1.00 pagi tunaikan Solat Sunat Wuduk, Solat Hajat, Solat Tasbih, Solat Taubat, Solat Istikarah.

vi. Jika sedang beramal, badan terasa sejuk dan terharu maka inilah tanda-tanda mendapat Lailatul Qadar.

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN

i. Pastikan Tarawikh terakhir

ii. Ucapkan Selamat Tinggal Ramadhan dengan penuh terharu dan berdoa semoga dipertemukan sekali lagi dengan Ramadhan yang akan datang.
(sumber :Check List Amalan Di Bulan Ramadhan - CariGold Forum.mht)

wallahu'alam..

Memori Indah..

Ahad lepas adalah hari terakhir bagi program mentoring AKHI(anak2 berakhlak islam) untuk tahun nie...alhamdulillah semuanya berjalan lancar..terhibur rasanya melihat keletah dan pelbagai ragam adik2(tahun 4,5,6) yang pastinya mencuit hati...namun,sudah tentu perasaan sedih dan hiba masih berbaki...insyaAllah,andai telah tertulis di luh mahfuz dan andai kiranya Allah mengizinkan kita bertemu wahai adik2ku,kita pasti akan bertemu..
waktu mass gathering..bersemangat adik2 nie..


sesi tilawah..

'aqlu salim fil jismi salim..riadah juga amat penting dalam kamus hidup seorang muslim
sesi LDK
Harapan hati agar Allah mengizinkan lagi untuk kita bertemu lagi...insyaAllah..