Friday, July 2, 2010

Bismillahirrahmanirrahim..


"adakah kau lupa,kita pernah berkuasa..

adakah kau lupa,kita pernah berjaya..
memayungi 2/3 dunia..

merentas benua,melayar samudera..

KEIMANAN jua KETAQWAAN..

rahsia mereka capai kejayaa..

ADAKAH KAU LUPA??"

(dipetik dari sebuah lagu)



bait2 kata ini sangat bermakna bg mereka yang benar2 memperjuangkan hidupnya demi Islam dan paling utama ialah demi Allah..sahabat2,kita pernah mengecapi satu kegemilangan pada satu ketika dahulu.Islam telah kuasai 2/3 dunia..subhanallah..( skrg nie pn islam kuasai 2/3 dunia tau..tp!dlm dunia hiburan).mereka yang beragama lain sangat gentar pabila disebut2 nama Islam.kerana apa??kerana kehebatan mereka.kerana kecekalan mereka..andai masa itu boleh diputar kembali,ingin rasanya merasai perasaan bagaimana hidup di zaman itu..kerana pelbagai ujian drpd Allah membuatkan mereka bertambah kuat..secara fisik mereka menentang musuh2 Allah.namun,kita juga harus bersyukur ditakdir untuk lahir pada zaman ini..kerana ujian juga banyak bg kita,walaupun bukan secara fisik( tp serangan pemikiran),namun kita tidak mengendahkannya..dan kita juga perlu ingat,mafhum sebuah hadith tentang kisah para sahabat bertanyakan pd Rasulullah SAW,siapakah mereka yg Baginda lebih cintakan,dan jawapan Baginda cukup tekesan..iaitu,MEREKA YANG TIDAK PERNAH BERJUMPA DGNKU,TETAPI SENTIASA MENGINGATIKU DAN MENGAMALKAN SUNNAHKU..subhanallah.wahai sahabat2...mereka itu adalah kita..


sejarah tentang zaman kegemilangan Islam pd suatu ketika dahulu,bukanlah bertujuan membuatkan diri kita rasa bangga dgn apa yang kita ada..tp ianya sebagai satu titik tolak dan penyuntik semangat bg kita memperjuangkan Islam..dalam bait2 lagu di atas ada menyebut tentang dua rahsia kejayaan mereka..KEIMANAN dan KETAQWAAN.jd,ini bermakna,setiap daripada kita berpotensi untuk mengembalikan kembali zaman seperti zaman kenabian dan khalifah..kerana keimanan dan ketaqwaan itu ada pada jiwa seorang muslim dan mukmin.cuma kita perlu bersama2 membaik pulih kedua2nya,agar ianya bertambah dan kuat sejajar dengan serangan pemikiran khususnya,yang kian tidak terkawal..


tapi, bagaimana caranya untuk kita membaik pulih keimanan dan ketaqwaan itu???jawapannya,ada dlm qiyamullail..jawapannya ada dlm solat malam itu..kerana mereka yang mengambil risiko,meninggalkan tempat tidur mereka pd malam hari,mereka itulah juga yang kuat secara akal,fisik, dan ruhi.mereka itulah yang kuat menghadapi serangan musuh dan mereka jualah yang beriman dan taqwakepada Allah..percayalah..


SEBAGAI CONTOH,,



Salahuddin Al-Ayyubi,seorang tokoh pejuang islam dan seorang tokoh yang dapat mengembalikan masjid Aqsa,memilih tenteranya dengan melakukan penyamaran.beliau menyamar sbg rakyat biasa untuk melihat siapakah diantara mereka yang bangun malam(qiyamullail) dan beribadat kpd Allah..dari situ beliau akan melakukan penilaian..subhanallah..begitu sekali cara pemilihannya...bukan dipilih berdasarkan secara fizikal sahaja,namun berdasarkan ruhi..kerana jika ruh(dalaman) itu kuat,maka insyaALLAH akan kuatlah seseorang itu.


andai dilihat,begitu petingnya solat malam itu, sehinggakan Rasulullah sanggup melakukannya sehingga kedua-dua tapak kakinya pecah-pecah, sehinggakan juga Salahuddin Al-Ayyubi memilih mereka yang bangun malam sebagai barisan mujahidin yang paling hadapan untuk menggempur musuh, sehinggakan juga Umar Abd Aziz berkata..."Bagaimana mata ini dapat tertutup rapat dan tenteramsedangkan ia tak tahu di mana kelak ia akan kembali di antara dua tempat" berulang-ulang.



Dari Ibnu Mas'ud r.a katanya;" Ada seorang lelaki yang disebut-sebut di sisi Nabi sollallahu'alaihi wasallam, iaitu bahawa orang tersebut tidur di waktu malam sampai ke pagi - yaknitidak bangun untuk bersolat malam, lalu beliau sollallahu 'alaihi wasallam bersabda;"orang itu sudah dikencingi syaitan dalam kedua-dua telinganya" atau beliau sollallahu'alaihi wasallam bersabda;"di telinganya." (Muttafaqun 'alaih)

Dari Abu Hurairah r.a katanya;" Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam bersabda;"Syaitan itu memberikan ikatan pada hujung kepala seseorang di antara engkau semuasebanyak tiga ikatan, jikalau ia tidur. Ia membuat ketentuan pada setiap ikatan itu dengankata-kata yang berbunyi;" Engkau memperoleh malam panjang, maka tidurlah terus!"Jikalau orang itu bangun lalu berzikir kepada Allah ta'ala maka terurailah sebuah ikatandari dirinya, selanjutnya jikalau dia terus berwudhu', lalu terurai pulalah ikatan satunya lagidan seterusnya, jikalau ia bersolat, maka terurailah ikatan seluruhnya, sehingga berpagi-pagi ia telah menjadi bersemangat serta berhati gembira. Tetapi jikalau tidak sebagaimanayang tersebut di atas, maka ia berpagi-pagi menjadi orang yang berhati buruk sertapemalas." (Muttafaqun 'alaih).

Tips mudah untuk bangun solat malam??

Petua dari Imam Al-Ghazali...
1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.

2. Jangan tinggalkan tidur qailullah(tidur sekejap sebelum zohor) di siang hari.

3. Mengetahui dan menginsafi benar-benar keutamaan solat malam dengan mentadabburi selalu ayat-ayat Qur’an dan hadis-hadis serta kisah-kisah salafussoleh berkenaan dengan bangun malam.
4. Meningkatkan rasa cinta kepada Allah, rasa cinta yang sebenar-benarnya. Istiqamah dalam beribadah di waktu malam itu merupakan anugerah yang Allah berikan kepadakekasih-kekasih-Nya. Bersihkanlah diri dan hati daripada unsur-unsur syirik baik yang nyataatau yang tersembunyi, dan peliharalah ibadah sebelumnya, sesungguhnya seseorangyang berat beban dosanya dari amalan yang dilakukan sebelum tidurnya itu pastimemberatkannya untuk bangkit berkhalwah dengan Allah yang Maha Suci di malam hari.

Namun apa yang paling penting ialah konsistensi dalam pelaksanaanya.lebih baik melaksanakan qiyamullail dengan rakaat yang sedikit tapi rutin tiap malam,daripada banyak rakaatnya tapi tidak rutin. perlu ada konsistensi dan komitmen yang tinggi..



Kitalah,sebenarnya generasi Rabbani yang perlu mengembalikan zaman kepada zaman kenabian itu..

(tazkirah ini juga buat diri sendiri..yang terkadang leka dan alpa.



P/s: insyaALLAH, post ini akn ada sambungan..tunggu ye...,

Wallahu'alam bisowab.

2 comments:

arfie said...

love it... terima kasih ingatkan.. err.. nak tambah skit.. he2 tau x rupa-rupanya umar abd aziz yang merupakan seorang pemimpin hebat zaman umayyah cuma memerintah selama 29 bulan sahaja.. subhanallah.. masa singkat sudah cukup untuk turut mempengarhi rakyatnya turut taat kepada Allah SWT..

p/s:maaf yer terkomen yg kurang kaitan plak.. ^_^ dan jemput singgah rimbamayakita.blogspot.com (blog a group of friends and me)

Nur Farhana said...

alhamdulillah..terima kasih arfie,atas kesudian utk komen.insyaAllah t akan ziarah blog arfie..

Post a Comment