Wednesday, December 21, 2011

Jom Impikan SYURGA !!

Bismillahirrahmanirrahim

Nabi SAW bersabda dalam hadith Qudsi, “Allah berfirman, ‘Aku telah mempersiapkan syurga bagi hamba-hambaKU yang soleh, apa yang mata belum melihat, telinga belum mendengar dan tidak terdetik dalam hati manusia”. (HR Bukhari dan Muslim)

Sahabat2,,seindah mana pun ciptaan yang kita lihat di dunia ini, apa yang pernah kita dengarkan, dan apa yang pernah kita bayang kan masih belum dapat menyamai indahnya syurga..subhanallah!cantiknya! “…apa yang mata belum melihat, telinga belum mendengar dan tidak terdetik dalam hati manusia.”

Bukankah ini suatu yang benar2 indah??

Dan dalam hadith tersebut menurut Amru Khalid, telah menguraikan bahwa digunakan perkataan ‘telah mempersiapkan’ iaitu kata kerja lampau/telah lepas/(fi’ilmadhi) bukan kata kerja masa mendatang/(fi’ilmudhari’), maka sebenarnya syurga sudah disiapkan. Hadith ini telah diucapkan seribu empat ratus tahun yang lalu, dan sejak masa itu lagi telah menggunakan kata kerja lampau- ‘telah mempersiapkan’. Kenapa macam tu ye??

Jom, kita cuba fikirkan. Andaikan kita akan dihadiri dengan tetamu kehormat atau orang2 yang kita sayang, mesti kita persiapkan rumah kita dengan hiasan yang paling indahkan??agar tetamu kita tu rasa selesa. Kita rasa senang dengan kedatangannya jadi kita pun dah buat ‘preparation’ awal untuk sambut tetamu kehormat tu..

Jadi, samalah seperti ini. Allah amat mengalu2kan hamba2NYA yang soleh dengan telah mempersiapkan syurga awal2 lagi untuk hamba2NYA tu..

Dan cuba pula dilihat dalam hadith tersebut, ‘Aku telah mempersiapkan syurga…” bukan “Aku telah menyuruh malaikat2KU, mempersiapkan syurga..”

SUBHANALLAH,,pasti beruntung bagi hamba2 yang beriman dan bertaqwa itu..SYURGA bukan sekadar tempat untuk orang2 biasa,tapi untuk orang2 yang luar biasa.peribadinya dan amalnya utuh dan ikhlas kerana Allah dan oleh itu syurga dipersipakan oleh Allah bukan malaikat2NYA.

Para sahabat bertanya kepada Nabi SAW, “wahai Rasul, ceritakanlah kepada kami bangunan syurga.”Nabi berkata “batubatanya dari emas, batubatanya dari perak dan tanah liatnya dari kasturi yang amat wangi…”(HR atTirmidzidan Imam Ahmad)


TUNGGU!! ada lagi nikmat yang paling indah dalam syurga..MELIHAT ALLAH di SYURGA.

[1] Nabi bersabda “sesungguhnya penduduk syurga ketika memasukinya, mereka akan tinggal di dalamnya dengan amal2 mereka. Kemudian, mereka dipanggil ketika waktu seukuran waktu adzan solat jumaat ketika di dunia, sehingga mereka pun mengunjungi Tuhanmereka. Lalu ArasyNYA ditampakkan pd mereka, yang tampak berada di taman dari taman-taman syurga, mereka diberikan mimbar-mimbar dari cahaya, mimbar2 dari mutiara, mimbar2 dari berlian, mimbar2 dari zamrud, mimbar2 dari emas, dan mimbar2 dari perak, dan ada yang duduk (di lantai) yang beralaskan kerikil (dari) kasturi dan bebatuan wangi. Mereka melihat yang duduk di atas kursi lebih baik tempat duduknya dari mereka.”

[1]Hati sebening mata air-AMRU KHALID

Abu Hurairah bertanya “wahai Rasulullah, apakah kami akan melihat Tuhan kami?” Beliau menjawab, “ya, apakah kalian kesulitan melihat matahari dan bulan pada malam purnama?”Kami menjawab “tidak.”Beliau berkata“ Demikianlah, kalian juga tidak akan kesulitan melihatTuhan kalian. Dan tidaklah tertinggal seorang pun di tempat itu kecuali ALLAH BICARA PADANYA.....” (indahnya..)

“…jika penghuni syurga telah memasuki syurga dan penghuni neraka telah memasuki neraka, maka ada penyeru yang menyeru, ‘wahai penghuni syurga, kalian memiliki janji dari Allah, Dia menginginkan kalian menyelesaikannya.’Mereka bertanya, ‘apa itu?Bukankah Dia telah memberatkan timbangan kami, memutihkan wajah kami, memasukkan kami ke syurga, dan menarik kami dari neraka?’

Beliau berkata, “maka DIBUKALAH TIRAI DAN MEREKA MELIHATNYA.”Lalu beliau berkata, “maka demi Allah, tiadalah Dia memberi mereka yang lebih mereka sukai dan tiada yang lebih menyejukkan mata mereka dari melihatNYA.” (HR atTirmidzidan Imam Ahmad)

SUBHANALLAH!!indahkan??

Kalau kita melihat keindahan di dunia pun kita sudah kagum, bagaimana pula bila melihat keindahan syurga? bagaimana pula bila melihat keindahan YANG MAHA MENCIPTA??apa perasaan yang terdetik tika itu? Tak dapat digambarkan bukan?


JOM sama2 impikan syurga!!

::mode: doa Nabi SAW “ ya Allah aku meminta padaMU kelazatan melihat wajahMU dan rindu bertemu denganMu.” (HR Ahmad danAnNasa’i) ::

Sunday, December 4, 2011

Kecantikan itu

Bismillahirrahmanirrahim

Allah itu Maha Adil,,setiap wanita itu dijadikan sangat cantik,hebatnya Allah!!

Namun,apakah setiap kecantikan itu perlu kutunjukkan pada kalian?

Sedangkan kalian amat ASING bagi diriku,,

Bukanlah aku ini seperti barang yang amat mudah dipamerkan,,

Bukan jua diriku ini seperti barang yang mudah diperoleh,,

Jauh dalam sudut hatiku, inginku simpan ia buat yang halal bagiku buat suatu hari..

~barang yang kita sangat sayang,,kita takkan tunjukkan pada orang, apatah lagi diusik dan disentuh oleh orang yang asing,,tapi kita akan berikan pada yang kita sayang....insan yang bergelar SUAMI~

::mode: cinta Allah cinta paling INDAH::

Friday, December 2, 2011

Hati Bisa Berfikir!

Bismillahirrahmanirrahim


Bila terasa diri dekat dengan Tuhan
Makin terasa dunia menghimpit diri
Fitnah yang datang bagaikan mimpi ngeri

Zaman sekarang, begitu pantas masa yang berlalu..umur makin bertambah.namun apakah ada keberkatan dalam usia itu? Jika adanya keberkatan dalam usia itu, Allah memberikan hidayah kepadanya lantas dia segera dengan segala amal kebaikan namun jika sebaliknya yang berlaku, dia tenggelam dengan segala kejahatan.


Hanyut dek arus kejahatan demi kejahatan. Segala penipuan dan kejahatan di sekitarnya juga langsung tidak diendahkan..Baginya itu semua adalah ‘kemodenan’. Apakah ia tidak sedar? Segala yang diperkatakan ‘kemodenan’ itu adalah ‘kejahilan’ kerana seperti kembalinya kepada zaman jahiliyyah satu ketika dulu?? Mengapa dilawan fitrah insani yang ingin mencari kebaikan?

Hati itu bisa berfikir. Tatkala kita melakukan sesuatu kejahatan hati akan memberikan petanda dengan mengantarkan rasa tak sedap hati. Sesuatu yang aneh dirasakan. Bukankah seorang yang buta juga sering dikatakan bisa melihat?? Bagaimana??dengan mata hatinya.

Kerana Allah telah berfirman
“….mereka mempunyai hati, tetapi tidak berfikir dengannya (tidak dipergunakannya untuk memahami ayat2 Allah)..”
(surah alA’raf ;179)


Ya!hati kita bisa berfikir!!

Mengapa sering ingin dicemari hati itu dengan bintik noda yang akhirnya menutup hati itu dari cahaya Ilahi..?

Allah itu Maha Mengasihi. Sering menegur kesilapan hamba melalui hati kerana ia boleh berfikir. Namun jika hati itu sudah dikotori,bagaimana lagi ingin mendapatkan TANDA itu..?

::mode: jom sama2 basahkan lidah dan tenangkan hati dengan zikrullah agar dihapus bintik noda yang melekat di hati ::



Tuesday, November 29, 2011

Ujian itu CINTA!

Bismillahirrahmanirrahim



Wahai Allah,Tuhanku.Tidak akan kuhamburkan kata kesal dan kecewa kenapa aku yang diuji sebegini??

Tapi akan kubisikkan kata syukur kerana aku yang dipilih atas ujian ini, kerana aku tahu inilah tanda cintaMu kepadaku. Biarkan ianya menjadi wasilah untukku menuju cintaMU, wahai Kekasihku Yang Satu..

::ujian itu cinta dariNYA::

Tuesday, November 22, 2011

Realiti Zaman Ini

Bismillahirrahmanirrahim

Tiba-tiba ingin meluahkan rasa,
Yang tak dapat ditahan..

1st issue

Ok! Selepas pulang dari kelas Methods of Dakwah, terlihat satu kedai yang menjual pakaian ‘ala-ala BIKINI gitu’. Owh!!bagaimana jualan barang-barang sebegitu tidak ditapis dan dibenarkan jual sedangkan segelintir yang lain,ada yang ingin menjual BUKU BACAAN ISLAM, DILARANG sama sekali..! Ha? Apakah??

Dan itulah sebenarnya realiti yang terjadi pada zaman ini. Manusia amat takut apabila ada sesuatu yang ingin dikaitkan dengan Islam (takut sesat dan terpengaruh katanya) namun tentang PUNCA-PUNCA terjadinya penzinaan, pembuangan bayi, kes bunuh-membunuh tidak diambil endah sama sekali sedangkan PUNCA-PUNCA itulah yang harus ditangani supaya tidak terjadinya MASALAH SOSIAL pada masa kini.

Sebagai contoh yang lain :
Anak-anak terbuang atau anak luar nikah diberikan rumah perlindungan bagi melindungi anak-anak itu. Ye, itu adalah satu langkah yang baik. NAMUN,jika KELAB-KELAB MALAM tidak ditutup, TEMPAT-TEMPAT PENZINAAN tidak dihapuskan,apakah ini kerja yang sia-sia?? Malah,akan lagi ramailah kes-kes buang bayi kerana mereka yang tidak bertanggungjawab itu merasakan bayi mereka ‘selamat’ dalam bawah jagaan rumah perlindungan..

~~rumah yang sudah ingin roboh perlu dicari puncanya dan atasi punca itu,,,kemungkinannya tiang rumah itu dimakan anai-anai. Jadi,tukarlah dengan tiang yang baru!!bukan bila rumah itu dah roboh,baru nak bina rumah yang baru..kan itu sia-sia namanya~~

~yaAllah,ampuni dosa-dosa kami, ibu bapa kami, muslimin muslimat. Dan janganlah Kau palingkan kami setelah Kau berikan hidayah kepada kami,,ameen3~

Daripada Abu Sa’id al Khudri RA, beliau berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda : “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?” Nabi SAW menjawab : “Siapa lagi kalau bukan mereka?” (Riwayat Muslim)

Daripada hadis ini, Rasulullah SAW memberitahu bahawa di akhir zaman nanti, umat Islam akan mengikut jejak langkah, cara hidup, perundangan dan sebagainya daripada Yahudi dan Nasrani. Sehinggalah apabila orang Yahudi dan Nasrani memasuki lubang biawak yang sempit dan kotor pun akan diikuti oleh orang Islam di akhir zaman. Ini disebabkan mereka menafikan al Quran, sebagai perundangan di dalam sesebuah negara.

(huraian hadith dipetik dari : http://www.loveloveislam.com/2011/02/hadis-nabi-umat-islam-akhir-zaman-akan.html)

Friday, November 11, 2011

Batu bata KEIMANAN

Bismillahirrahmanirrahim




Melihat betapa kukuhnya bangunan itu,,kembali merenung pada diri..apakah sudah kukuh setiap gabungan batu bata keimanan dalam diri?sebagaiman kukuhnya bangunan itu,seperti itu jualah perlu kukuhnya hati dan diri..

Sebagaiman dilihat bangunan seteguh itu berdiri, yang dapat menahan angin yang mendatang,hujan yang menimpa,namun tidak mudah untuk jatuh roboh kerana di dalamnya dibina dengan konkrit dan batu batuan yang berkualiti serta kukuh..

Begitu jugalah pembinaan diri..
batu batu keimanan dan konkrit ketaqwaan haruslah dari yang berkualiti,diselaputi pula dengan simen amal soleh..dari sini,biarpun segala mehnah dan ujian yang mendatang,tidak mudah rebah dan terus kukuh beraksi..

nah,dari sinilah dapat dihasilkan parajurit2 dan srikandi2 islam yang tidak mudah gentar untuk beraksi di ‘medan perang’.!

‘HIDUP MULIA atau MATI SYAHID’

Ummat islam sedang menanti,,
Menanti bangkit kepalmu !


***Allah tujuan kami***
***Rasulullah teladan kami***


***AlQuran pedoman hidup kami***
***Jihad jalan juang kami***


***Syahid di jalan Allah cita-cita kami tertinggi***




::mode::koreksi hati perbaiki diri

Wednesday, November 9, 2011

Dia Menanti Penuh Cinta

Bismillahirrahmanirrahim

Tika dirasa menggunungnya dosa,
Saat bermuhasabah setiap bintik noda
Hati mengharapkan keampunan dari Yang Maha Esa
Apakah masih ada peluang maghfirah Tuhan??






Sabda Rasullullah s.a.w :
Firman ALLAH S.W.T : " Wahai anak Adam! Setiap engkau memohon dan mengharap kepadaKu,maka Aku tetap akan mengampunimu atas segala kesalahan yang telah engkau lakukan, betapabesar dan banyak sekalipun.


Wahai anak Adam! Seandainya kesalahan-kesalahanmu itu setinggi langit sekalipun, lalu engkau mohon ampun kepadaKu, nescaya Aku mengampunkanmu.

Wahai anak Adam! Seandainya engkau datang kepadaKu dengan dosa seisi bumi, kemudian engkau bertemu denganKu sedang engkau tidak pula mensyirikkanKu dengan sesuatu apapun, nescaya Aku akan mendatangimu dengan keampunan seisi bumi pula."




Duhai jiwa yang resah
Allah menantimu dengan penuh cinta



~mungkin pernah di antara kita merasakan betap sukarnya apabila ingin mohon maaf dari seorang manusia meskipun berkali2 kita telah mengakui kesalahan dan kesilapan,namun tak juga dimaafkan kesalahan kita,,mungkin baginya begitu besar kesalahan kita terhadapnya..~



TAPI


Bagaimana pula jika seorang hamba memohon keampunan dari Tuhan Yang Maha Sempurna?Apakah masih ada peluang sedangkan dosa bagaikan penuh seisi bumi??



“…Wahai anak Adam! Seandainya engkau datang kepadaKu dengan dosa seisi bumi, kemudian engkau bertemu denganKu sedang engkau tidak pula mensyirikkanKu dengan sesuatu apapun, nescaya Aku akan mendatangimu dengan keampunan seisi bumi pula."



Allah AtTawwab..
sungguh Allah Maha Pengampun
selagi seseorang itu tidak pernah mensyirikkanNYA dengan sesuatu apapun,
Keampunan Tuhan pasti buatmu..



::Mode:: jom sama2 KOREKSI HATI PERBAIKI DIRI

Monday, October 17, 2011

Minyak petrol dan minyak pelincir

Bismillahirrahmanirrahim

Dalam 'jalan' ini, IMAN dan TAQWA adalah bekalan penting.ianya bagaikan minyak petrol yang menggerakkan hati di jalan itu!
Dalam 'misi' ini,ILMU dan AMAL bagaikan minyak pelincir yang melajukan dan melancarkan perjalanan kembara itu!
Tanpa IMAN dan TAQWA mustahil ia akan bergerak..!
dan Tanpa ILMU dan AMAL amat sukar ia untuk melaju..!

Kalam Tausyiah seorang Sahabat,,

"kuatkan dirimu dengan ILMU dan AMAL,kelak dikau akan beruntung"

"perbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW dan zikir, nescaya dikau akan dihilangkan kedukaan dan keresahan jiwa"

Sunday, October 16, 2011

Titian runcing KEIKHLASAN

Bismillahirrahmanirrahim



Ya Allah
Izinkan air mataku merembes di pipi
Tanda lemahnya kudrat sang hamba
Bergantung harap pada Yang Maha Mendengarkan
Ku pohonkan kekuatan dan bimbingan
di sepanjang perjalanan
Kembara mencari bekalan
Di atas TITIAN KEIKHLASAN
Gusar terjunam di jurang yang mengazabkan
Apakah pada amalanku
Terbit sekecil RIYA’
Apakah ada pada amalanku
Terselitnya BONGKAK
Sehingga menjadi halangan
Mencium bau syurga idaman??
Hinggakan terhijabnya redhaMU
di sebalik indahnya pertemuan
Sungguh hati bagai di hiris
Pabila di usik bisikan syaitan
Namun, bantulah aku
membaluti luka itu kembali
dengan BALUTAN KETAQWAAN
agar tetap terus tegar
meski di banjiri badai godaan
sang iblis syaitan


DAMBA KASIH-INTEAM

Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

C/O
Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu… Oh Tuhan

Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..

Friday, October 14, 2011

Balasi CINTANYA

Bismillahirrahmanirrahim

Kes 1

“ukhti,hujung minggu ni ada program Islami di sekian,sekian,sekian…..pergi ye!insyaAllah best sangat!boleh dapat ramai sahabat baru..” kata seorang ukhti sambil tersenyum

“alamak,,maafla ana kena balik kampung setiap minggu..xkiralah jauh pun kampung ana tu tapi ana memang kena balik setiap minggu..kalau ana xde,siapa nak jaga mak,siapa nak jaga ayah,adik2,ayam,itik….”

(ukhti tadi hanya mampu tersenyum)

KETAHUILAH!!

"Sesungguhnya Rabbku adalah Maha Pemelihara sesuatu. " (Hud;57)

“Maka Allah adalah sebaik-baik Penjaga dan Dia adalah Maha Penyayang di antara para penyayang.” (Yusuf: 64)


Kes 2

“ukhti,malam ni ada ceramah agama tau kat sekian,sekian,sekian…” kata seorang ukhti

“alamak,,,maaflah,tapi esok ana ada exam,presentation,hantar report…..banyak lagi tak siap nih!takut ta sempat nak buat ulangkaji pula nanti..”

(ukhti hanya mampu tersenyum lagi)

KETAHUILAH!!

"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad: 7)

Duhai hati yang gelisah, mengapa sering risau dengan segala masalah yang membebanimu??

Bukankah Allah itu sentiasa bersamamu dalam setiap detik??

Bukankah Dia jugalah yang mendengarkan rintihanmu saat dukamu??

Namun apa yang engkau balasi atas nikmat cinta yang Dia berikan???

Jangan pernah sia-sia kan nikmat CintaNYA saat cinta itu hadir menyapamu kerana DIA MAHA HEBAT sedangkan engkau???!

Bersyukur dan genggamlah dengan erat cinta itu saat ia hadir ..!

Perlu GIVE and TAKE ke??

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah masih Allah berikan nikmat iman dan islam tatkala fitnah dunia makin menjadi2

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk membasahkan kembali pena,insyaAllah


Kalam semangat dari seorang ukhti

“uish,ukhti,,,lamanya xupdate blog..!” kata seorang ukhti..

“erk,,sekarang ni ana lebih suka jadi ‘silent reader’ blog2 sahabat lain dan blog2 akhawat..”(lantas kaku xtau nak jawab apa,sebab dah memang salah diri sendiri)

“uish,,kita perlu ‘give and take’ ukhti..” sambungnya kembali

“erk,,yup! (sambil tersenyum penuh ikhlas)

Tapi…

Kadang2 rasa susah sangat nak dapat idea..

Bila dah ada idea,terus dipendam tanpa lakaran kata..

“Idea atau ilham itu ibarat ikan di lautan. Tak bisa dihitung. Dan penulis-penulis pula seperti nelayan. Ada yang malas dan ada yang kreatif. Yang malas akan duduk saja di tepi pantai, mengharap akan ada ikan besar yang terdampar. Tapi, bagi nelayan yang kreatif, ia akan terus berfikir bagaimana nak tangkap ikan itu. Jadi, untuk mendapatkan ilham atau idea itu, kamu harus turun ke medan. Tangkaplah sebanyak-banyaknya idea dan ilham itu.”

(Ustaz Habiburrahman El-Shirazy aka Kang Abik)

*credits to kak syeera

Jadi,insyaAllah akan berusaha melakar kata walau diri masih bertatih !!

Tuesday, June 28, 2011

~Allah Maha Hebat-siri kangaru~

Bismillahirrahmanirrahim


Subhanallah,,dalam usrah semalam,,dapat berkenalan pula dengan mereka2 yg berjurusan kedoktoran..apa lagi,maka banyaklah penggunaan bahasa sains yang digunakan..subhanallah tambahan ilmu..:)


Dan semalam salah satu ilmu yang dikongsi adalah berkaitan dengan kangaroo..yup,bagaimana kangaroo melahirkan anak…subhanallah,sungguh Allah Maha Berkuasa..


Kangaru memiliki cara melahirkan anak yang sangat unik..pada permulaan, kangaroo akan melahirkan janin hanya sekitar 2cm dan cuma seberat 28 gram,,subhanallah sgt kecil kan??lalu bayi yang sangat kecil ini harus berjuang,merangkak seperti sang cacing untuk masuk ke dalam kantung si ibu.Jika ia tidak berhasil masuk ke kantung ibunya, ia akan mati dan si ibu tidak dapat berbuat apa2 tapi jika ia berhasil masuk ke kantung ibunya,ia akan hidup dan tinggal di sana dalam lebih kurang 5-6 bulan..dan dari situlah ia mendapatkan makanan..


Subhanallah,,sangat hebat Allah sebagai Maha Pencipta..Dia menciptakan makhluk bukan satu ‘pattern’ sahaja malah setiap daripada ciptaanNya berlainan cara ia diciptakan..bagaimana ia berfungsi dan sebagainya..bukankah ini SALAH SATU TANDA BAHAWA DIA MAHA AGUNG??sungguh bagi mereka yang melihat tanda2 kekuasaan Allah dengan mata hati,pasti menyentuh hati sanubari ..


Mereka yang berilmu pasti tunduk dan takut atas kehebatan dan kekuasaanNYA


"Tidakkah kamu melihat bahwasanya Allah menurunkan hujan dari langit lalu Kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat. Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (surah Fathiir;27-28)


Sungguh,DIAlah maha berkuasa!!ya Allah peliharalah kami dari golongan2 ini.


“Dan sesungguhnya Kami (Allah) akan isikan neraka Jahanam itu sebahagian daripada golongan jin dan manusia, mereka itu mempunyai hati, tetapi tidak mahu memahami ayat Allah. Mereka mempunyai mata, tetapi tidak mahu melihat tanda kekuasaan Allah. Mereka mempunayi telinga, tetapi tidak mahu mendengar (ayat dan nasihat Allah). Mereka itu tidak ubah seperti binatang ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai.” (Surah al-A’raf, 179)


Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, mereka itu penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.” (Surah Al-A'raaf; 36)



"Segala keindahan yang disaksikan manusia di alam adalah bukti dari daya cipta Allah yang tinggi dan unik. Surga jauh lebih sempurna dibandingkan dengan keindahan di dunia".(harun yahya)


~YaAllah jadikanlah kami hamba yang berfikir tentang kebesaranMU lantas mendekatkan diri denganMu bukan hamba yang dipalingkan olehMU~

Hanya Untuk Dia

Bismillahirrahmanirrahim



“erm,,kalau I nak tanya you something,you jangan marah ye..i just nak tanya je”

“boleh ,,silakan..tanyalah”

“..kadang2 I peliklah tengok you, pakai sarung tangan sedangkan lengan baju you dah panjang…lepastu,you pakai stoking pulak..nape?u tak panas ke??”

“my dear,,diri wanita ibarat mutiara yang sangat berharga..letaknya di dasar lautan yang sangat dalam,,jadi,I kena jaga diri I seelok dan sebaik mungkin sebab I syg diri I macam mana orang lain sayangkan mutiara..i tak nak orang lain (tidak halal) melihat dahulu apa yangg I simpan dan jaga sebelum orang yang benar2 halal melihatnya..dan yang paling penting I NAK PERSEMBAHKAN YANG TERBAIK UNTUK KEKASIH AGUNG I BILA PERTEMUAN AGUNG ANTARA I DENGAN DIA NANTI..
sebab I sayang sangat kat DIA,,DIA YANG MAHA BERKUASA,,takde sape boleh tanding DIA..DIALAH ‘HERO’ I..

kalau orang bercinta,diorang kan nak bagi the best untuk kekasih diorang,,I pun mesti nak bagi the best kat DIA sebab DIA lah I hidup hari ni,,sebab DIA lah I dapat semua nikmat yang sekarang I ada..I memang tak sabar nak jumpa DIA..jadi,sebelum tue,I kena jaga diri I sebaiknya"

Saturday, June 25, 2011

Kata Imam Hassan Albanna tentang 'THABAT'


“Hendaknya seorang akh. Menjadi orang yang aktif dan selalu berjuang di jalan menuju Nya; sekalipun masa yang ditempuh masih panjang hingga bertahun-tahun dan berabad-abad lamanya; sehingga dirinya berjumpa dengan Allah dalam kondisi demikian sedangkan ia mendapatkan keberuntungan pada salah satu dari dua kebaikan; mencapai tujuan yang diinginkan atau mendapat syahadah hingga akhir.


Allah berfirman: “Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang gugur. dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya)”. (Al-Ahzab:23)


Menurut kita, waktu ini akan sentiasa berjalan, walaupn jalan sangat panjang, kejayaan masih jauh dan banyak rintangan menghadang, namun intinya adalah bagaimana kita dapat menuju satu tujuan disertai dengan ganjaran yang besar dan pahala yang berlipat ganda dari ALLAH, maka tidak ada kata henti dari PERJUANGAN ayuh terus kita merobohkan benmteng kezaliman

Mendidik hati tsabat di 'jalan' suci




“ukhti, hati ini terkadang rasa pilu..bagaimana agar bisa mendidik hati menjadi kental dan sentiasa tabah walau dicemuh sebab ana tau,dalam melangkah di ‘jalan’ ini..tidak disediakan dengan ‘karpet’ merah namun hamparan kaca berduri kerana penghujung destinasinya yang sangat tidak ternilai”

“kepada ukhti yang ana cintai kerana ALlah,
masihkah ukhti ingat dengan kisah mus'ab bin umair?
bagaimana pula dengan kisah saad bin waqqash?

mereka berdua dipulau oleh keluarga dan ibu mereka hanya kerana menyebut "lailahaillah muhammd rasulullah"

ingatkah ukhti kepada kisah rasulullah, di hina, di tabur debu di atas kepala, diletakan najis unta saat beliau sujud kepada Allah, di letakan perut domba dalam periuknya, diludahi oleh sahabatnya malah jirannya sendiri seperti utbah, umayyah, uqbah, dan bapa saudaranya sendiri mencelakakannya iaitu abu lahab kerana apa? hanya kerana mengatakan "lailahaillah muhammad rasulullah"

ingat kisah safiyyah?, diceraikan suami kerana kalimah "lailahaillah, muhammad rasulullah"

ingat kisah zainab? meninggalkan suaminya kerana tidak beriman dengan kalimah syahadah

begitulah juga para rasul dan nabi terdahulu, ibrahim, musa, isa, ishaq, yusuf, nuh, hud dan seterusnya semuanya mengalami ujian yang amat berat. antara mereka ada yang dipulaukan oleh kaumnya sendiri, dipulaukan oleh isterinya dan anak mereka sendiri.

maka, wala tahinu wala tahzanu, wa antumul aqlau nainkuntum mukminin" "janganlah engkau takut dan sedih kerana sesungguhnya kamu tinggi kerana kamu orang-orang mukmin"

begitulah ukhti, semua ujian yang kita hadapi tidaklah hanya kerana ALlah mahu meneguhkan hati dan perasaan kita pada jalan ini, sebagai ujian taqarrub ilallah, sebagai ujian keikhlasan memilih jalanNya, sebagai ujian keteguhan azam dan tekad dijalanNya.

insyaAllah ukhti, di setiap kesulitan pasti ada kemudahan, setiap kesulitan pasti ada kemudahan"

ingatlah bahawa, seorang pencinta itu sentiasa memberi, walaupun yang dia cintai tidak menghargai

begitulah dengan tuhan kita, Allah
betapa besar rahmatnya kepada kita, namun banyak sekali kita bermaksiat kepadanya, namun DIA, tetap sahaja memberikan nikmatnya kepada kita
dan Alhamdulillah, pada saat ini kita berada dalam nikamt yang besar, bernafas dalam islam. Alhamdulillah.

semoga ukhti sentiasa sabar dan tsabat pada jalan ini, dan ingatlah Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang, MAha Memaaf dan Maha Mencintai kepada hambanya.

kepada ukhti yang ana cintai kerana Allah, bersabarlah dan berdoa.insyaAllah”

~subhanallah hati ini terasa tenang setenang air di lautan..yup,mengapa perlu rasa lemah sedangkan hanya baru sedikit ujian dan cemuhan..jangan disebabkan itu,kamu berundur..tidakkah dikau merasa rugi saat sudah sampai ke penghujung destinasi,dikau berhenti dan berpatah arah dek kerana putus asa dan kecewa?bukankah para sahabat lebih hebat ujiannya??bukankah Rasulullah itu diuji juga? Ujian itu mematangkanmu,,bukanlah ia satu kelemahan namun IA ADALAH KEKUATAN,,semoga Allah memberikan kekuatan pada kita dalam melangkah di jalan ini~

SANG MUROBBI-IZZATUL ISLAM

Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi
Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi

Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu

Terik matahari
Tak surutkan langkahmu
Deru hujan badai
Tak lunturkan azzammu

Raga kan terluka
Tak jerikan nyalimu
Fatamorgana dunia
Tak silaukan pandangmu

Semua makhluk bertasbih
Panjatkan ampun bagimu
Semua makhluk berdoa
Limpahkan rahmat atasmu

Duhai pewaris nabi
Duka fana tak berarti
Surga kekal dan abadi
Balasan ikhlas di hati

Cerah hati kami
Kau semai nilai nan suci
Tegak panji Illahi
Bangkit generasi Robbani..

Friday, June 24, 2011

Si cilik pejuang Allah

Sejauh manakah jihad yang telah kita lakukan selama kita hidup dan menumpang di bumi Allah ini? masyaAllah, sungguh besar nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita tetapi sebesar manakah hidup, masa, harta dan jiwa kita digunakan untuk berjihad, untuk memperjuangkan agama Allah demi mendapat mardhatillah?
Firman Allah:

Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamudi jalan Allah.Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (at-taubah:41)


Mari kita renungkan cerita yang suatu ketika dulu membuka mata seluruh dunia dengan tindakan cekal seorang remaja dalam membuktikan semangat orang muda iaitu kisah syahidnya Fares Audah, 12, si cilik dari kem pelarian Jabalia di Palestin.

Kisah bagaimana keberanian seorang remaja menyahut panggilan intifada dengan hanya menggunakan batu sebagai senjata untuk mempertahankan bumi anbia dan tempat kiblat pertama umat Islam. Serangan ditujukan bukan kepada burung atau kucing tetapi kereta kebal Yahudi yang menyerang dan menghancurkan tanah lahirnya. Itulah rutin harian Fares Audah selepas balik sekolah bersama rakan sebaya. Walaupun ibunya sering kali risau tindakannya, tetapi dia menjawab: “Kenapa kita tidak boleh menyerang mereka, sedangkan mereka menyerang kita.”

Malah tindakan itu menyebabkan Yahudi takut dan berundur akibat balingan batu ini. Selepas 40 hari bertempur dengan kereta kebal Yahudi menjadikan Fares Audah sebagai ancaman kepada Yahudi. Ketika tangan kanan kuat menggenggam batu berdepan muncung kereta kebal Yahudi Laknatullah, tentera Yahudi menggunakan ‘penembak curi’ yang menembaknya tepat di kepala.
Kematian Fares Audah disambut dengan parti memabukkan oleh tentera Yahudi bagi meraikan kemenangan ke atas si cilik bertuah yang bergelar as-Syahid. Itulah kisah pengorbanan agung seorang remaja hasil didikan dan pemahaman yang betul.

Itu kisah terpuji di negara perang yang sudah lama tidak kenal erti kedamaian, kesejahteraan serta kasih sayang keluarga yang kurang akibat kematian orang tersayang. Di sana tiada sistem persekolahan teratur dan seribu macam masalah lagi. Jadi, bagaimana pula remaja kita yang sepatutnya lebih hebat daripada yang diceritakan kerana kita sentiasa dalam keamanan, kesenangan dan kesejahteraan serta penuh teknologi dan seribu macam lagi keselesaan.

Bagaimana dengan isu remaja tonggak pelapis di Malaysia? Jika hanya satu kisah Fares Audah yang dipersembahkan, apakah ada yang setandingnya dalam mempertahankan Islam dan perjuangan di bumi Malaysia tercinta ini?

Bagaimana perbandingan antara semangat, wawasan dan ketaatan Fares Audah dengan remaja di Malaysia pada usia mereka yang sebaya? Satu persatu boleh dirungkai. Jika di Palestin, menuntut ilmu sangat dititikberatkan sehingga batu dijadikan pensil manakala tanah dijadikan kertas dalam kesungguhan anak kecil di sana menuntut ilmu walaupun dalam keadaan perang. Yang menjadi dinding bukan binaan indah tetapi khemah pelarian tidak beratap. Kawasannya penuh habuk dan kesan kimia daripada penggunaan senjata Yahudi, bukannya selesa dengan keadaan berhawa dingin. Mereka mendesak pengganas, tidak dihiraukan perkara lain sehingga belajar di bawah muncung senapang yang sentiasa diacukan kepada mereka.

Lain kisahnya di negara kita. Walaupun disediakan sistem yang tersusun, guru yang ramai dan berkelayakan, sumber dan bahan rujukan lebih daripada mencukupi, kemudahan internet, kawasan pembelajaran yang efektif dan kondusif serta pelbagai kemudahan terus meletakkan remaja di zon selesa tetapi apa yang terjadi pada mereka? hilang identiti, maksiat berleluasa, kes pembuanagan bayi makin menjadi-jadi seolah-olah kes tersebut adalah suatu trend. Ke manakah hilangnya maruah mereka. Ke mana hilangnya semangat jihad anak-anak Malaysia? Tidakkah mereka sedar bahawa dunia ini hanya permainan yang melalaikan? Andainya mereka tahu betapa besarnya pahala orang yang berjihad
Firman Allah:

Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya sekiranya mereka mengetahui” (al-ankabut:64

Adakah kita tidak mengambil iktibar bagaimana dalam keadaan perang yang sangat dahsyat, Palestin bersungguh-sunguh menerapkan ilmu agama dan berjaya melahirkan 15,000 anak Palestin yang hafiz al-Quran.
“Pemimpin kami mendapat tarbiyah daripada Masjid Al-Aqsa dan kami pula mengajar anak-anak Palestin. Musim luruh lalu, kami berjaya lahirkan 15,000 anak-anak Palestin yang hafiz al-Quran.” Demikian antara petikan kata pemimpin Hamas, Sami Abu Zuhri, yang menceritakan antara kejayaan perjuangan pertubuhan Islam itu selain membebaskan bumi Anbia daripada rejim Zionis Israel.

~setiap daripada kita punyai potensi yang berbeza,,namun jangan mengalah dan putus asa andainya potensi itu dilihat kecil di mata manusia,kerana ia bisa menjadi potensi yang besar di mata Allah andai kita bersungguh dan ikhlas dalam perjuangan..~

Wednesday, March 30, 2011

Kenapa nak buat tu tak boleh,,ni tak boleh??

Bismillahirrahmanirrahim



Kadang2 kita rasa suka untuk berbuat sesuatu yang MUNGKIN kita tahu bahayanya perkara tue pada kita,,tapi,bagi kita,tuelah challenge namanya..tapi,kalau sesuatu itu pula memang kita dah sah2 tau tue,MEMANG berbahaya untuk kita,,kenapa kita still nak wat jugak ek??(mm,,,)


SITUASI 1

Tiba2 teringat kat sambal belacan,,uish,,sedapnye..
gambar hiasan
Lagi pedas,lagila SEDAP

umi,abah,member2 selalu marah bila makan sambal dalam kuantiti yang banyak...

"ish,,jangan makan sambal banyak2!!tak elok tau..kalau sakit camne??"

"ala,takpe,,cikit je makan.."(sambil tersengih)


.....BILA DAH SAKIT PERUT + GASTRIK...(sape yang susah??)


diri sendiri jugak...tuelah cari nahas,,sapa suruh,huh...


(KENAPA DIORANG MARAH AND NASIHATKAN KITA EK?)

-sebab diorang sayang kat kita,,tak nak kita sakit..-


SITUASI 2


"jangan main kat lombong tue!!bahaya!"jerit mak

"ala tak pe mak,,ok punye..."jawab si anak


dah tentu2 main kat lombong mesti best,,main air..tapi still jugak tak boleh,,mak tak bagi..

(KENAPA MAK MARAH EK?)

-sebab mak sayang kat kita-


walaupun kadang2 kita suka sangat sesuatu tue,tapi bila ada orang yang tegur,jangan buat..JANGANLAH BUAT..sebab dia tahu,benda tue memang bahaya untuk kita..dan yang paling penting diorang SAYANG KITA..


samalah juga cerita dengan segala larangan yang Allah tak bagi kita buat..kadang2 kita rasa suka untuk berbuat sesuatu tue,,tapi kalau Allah dah kata jangan,,baik JANGAN BUAT..sebab Dia tahu,perkara tue bahaya untuk kita ataupun,perkara tue boleh mendatangkan kemurkaanNYA..bila DIA dah murka,azab ditimpa di dunia dan akhirat..naudzubillah..dan yang paling penting DIA SAYANG KITA..:)


"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka..."

(anNur;31)
cantik kan camnie...sejuk mata memandang:)

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "

(alAhzab;59)
seindah hiasan adalah wanita solehah..

Thursday, March 24, 2011

~hEbATnYa SuJud TaHaJud..~


Bismillahirrahmanirrahim

Jam waktu tu menunjukkan pukul 11 lebih malam,,

Sambil borak2 jap dengan salah seorang sahabat,,tiba2 terpacul satu soalan.. “ukhti,penyakit yang ukhti cakapkan tue,macam mana perkembangannye ye?dah ok?” sambil memandang wajahnya..

“Alhamdulillah ok dah,,”sambil mengukirkan senyuman..

“owh,ye ke?alhamdulillah,,”kuberbicara

“Alhamdulillah,,mungkin juga ye berkat solat malam yang ukhti buat selama nie?”tambahku lagi

“Alhamdulillah,,mungkin juga..sebab ada juga doa –YaAllah,jika penyakit ku ini hanya boleh sembuh hanya dengan pembedahan,Kau permudahkanlah, namun jika ianya pulih dengan sendiri tanpa pembedahan,Kau pulihkanlah..”

Tiba2 rasa macam nak menangis waktu tu juga..(tapi dapat control lg sebab depan orang…huhu,kalau tak,takut dia pun menangis sama..)

YaAllah begitu hebat kuasaMu.hanya dengan keizinanMu,penyakit itu boleh disembuhkan tanpa sebarang pembedahan..


Subhanallah,sungguh dalam tahjud banyak fadhilat dan kelebihannya..
kalau kita ada masalah,xde sape nak dengar,xde sape yang faham..carilah DIA dalam sujud tahajudmu..

kalau kita stress2, penyakit banyak,pergi jumpa doktor,,doktor hanya kata “maaf ye,kami xde ubat nak ubati penyakit nie,sebab penyakit ni baru bagi kami..”jangan risau,mintalah ‘ubat’

daripada DIA dalam solat malammu..

YAKINLAH DENGAN PERTOLONGANNYA,,DIA PASTI MEMBANTUMU KERANA DIA MENYANYANGI HAMBA2NYA..

(p/s: ini kisah benar,tapi telah di’edit’ sedikit untuk memudahkan pembacaan pembaca…wallahu’alam)

Tuesday, March 22, 2011

~dALaM sUjuD CiNtaKu~


Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu

Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu

Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu

Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.
~crying in your sujud
feeling like nothing else exist
between
YOU AND ALLAH~

Saturday, March 19, 2011

CAHAYA MUKA NABI MUHAMMAD SAW

Bismillahirrahmanirrahim dapat article nie dari seorang sahabat jadi nak kongsikan buat renungan bersama.. CAHAYA MUKA NABI MUHAMMAD SAW Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : "Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, " Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu! Seterusnya aku bertanya: " Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?" Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil." Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?" Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku." BERDOA Berkata Al-Barra' r.a . bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad." KIJANG DAN ANAKNYA Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa seorang lelaki lalu di sisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang yang ditangkapnya, lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s.a.w. : "Hai Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang masih menyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke mari." Bersabda Rasulullah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau tak balik ke mari semula?" Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah Taala akan melaknatku sebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidak mengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya." Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu : "Lepaskan kijang itu buat sementara waktu dan aku jadi penjaminnya." Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula. Maka turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata : "Hai Muhammad, Allah Taala mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah) berfirman: " Demi KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku akan kembalikan mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau." Alhamdulillah..marilah memperbanyakkan bersukur dan berselawat kerana kita tergolong dalam umat Muhammad. So ... Panjangkan kisah ini kepada sahabat-sahabat dan sudara-mara. Semoga kita sama-sama berusaha dalam menghidupkan rasa kasih sayang terhadap Rasulullah SAW. -- "Hai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu." (surah Al-Baqarah ayat : 208)

~Kerehatan hakiki di SYURGA ABADI~



Bismillahirrahmanirrahim
Dalam perjalanan menuju Ilahi,
Kadang diuji dengan ujian yang begitu hebat
Sehingga kita terduduk memikirkan jalan keluar..
“Tidak semua dapat menerima kebaikan yang cuba kita buat..”kata salah seorang sahabat
“Namun Allah tahu niat hatimu,,”sambungnya lagi
Sambil merenung semula ke dalam diri,,
Mungkin ada juga secebis kesalahan bermula dariku,,
terkadang rasa perit pabila disapa ujian
Namun kehidupan harus diteruskan
Perjuangan tidak harus diberhentikan
Islam tetap terus diperjuangkan
Alhamdulillah, ujian mematangkan diri
Melalui selok belok liku perjalan yang panjang
Perjalan meggapai redhaNYA
Biarkan terguris jiwa dan hati
Biarpun dilukai jasad dan diri
Namun janjiNYA tetap pasti
Ganjaran cintaNYA dan syurga sedang menanti
Duhai sahabt2,,
Tetaplah bertahan
Kerana kerehatan yang hakiki
DI SYURGA ABADI..:)

Saturday, February 26, 2011

Luahan buat kawan jua sahabatku..

Bismillahirrahmanirrahim

Sahabatku,,
Andai ada kata2ku yang memakan dirimu
Merobek hatimu
Menyinggung perasaanmu
Izinkan dahulu daku memohon kempunan
Kerana bukanku berniat sebegitu
Namun aku terpaksa
Terpaksa mengatakan sebegitu
Yang mana jauh dari sudut hatiku tidak ingin mengatakan sebegitu
Dan kerana cintaNYA juga aku menyayangimu,,
Buatmu duhai sahabatku
Andainya dikau tahu…..
YaAllah,hambaMu sangat lemah
Berikanku kekuatan dalam menempuh ujian sekecil ini
Bagaimana inginku berhadapan dengan musuhMu
Andai ujian sekecil ini sudah berat kurasakan,,
Bantulah daku dalam meredhakan segalanya,,
Amen yaRabb
“dan dengarlah hai mujahid muda,,
Angkat pena,pedang dan alquran..
Dan dengarlah hai pejuang Allah
KUATKAN HATI TUK TUJUAN…”

Thursday, February 24, 2011

~Buatmu Gadis Kecintaanku~


Bismillahirrahmanirrahim..


Firstly,,nk ckp!!

Fuh,,berhabuknye blog,,

Banyak sawang2...

Lame sangat tak update blog..


Alhamdulillah,,harinie rasa nak update blog plak,,

rindu rasanya nak berblogging balik,,


Hari nie,,tiba2 teringat dengan seorang kawan perempuan,,

Gadis yang pastinya..

Memiliki rupa yang indah,,hebatnya Allah,,subhanallah..


bukan teringat sebab apa,

tapi cuma rindu,,

dan sayang sangat kat dia,,

Ya Allah,,dia memang tak tahu perasaan sayangku padanya..

Tapi Kau sampaikanlah rinduku ini buatnya..


Jadi,,specially made for my beloved friend(dan khususnya buat semua gadis kecintaanku)

saya nukilkan ini untuk awak,,,


Duhai puteri,,terhiasmu bagai bidadari


Yg menjadi idaman setiap pemuda


Namun mengapa wahai puteri


Dikau meletakkan maruah dan dirimu serendahnya


Sehinggakan mereka mampu memilikimu sesenang hati mereka


Bila mereka mahu,mereka akan mendapatkanmu


Bila mereka sudah puas,mereka tinggalkanmu


Apakah itu yang dikau namakan kepuasan dunia??


bagai sebiji epal di atas pohon,


Semua orang inginkannya


kerana makin tinggi epal itu,makin manis epal itu..


namun mengapa engkau rendahkan dirimu dan jatuhkan dirimu sehingga ke tanah


akhirnya ia busuk dan tiada seorang yang berminat untuk miliki epal itu


letaknya di tanah sahaja,,


duhai puteri, jadilah dikau laksana epal yang tetap tinggi di pohon itu,,


makin tinggi ia,makin manis dirimu,,


hanya mereka yang benar2 ingin memiliki dirimu akan berusaha untuk dapatkanmu

walaupun dirimu tinggi di pohon,,


dan percayalah,mereka yang berjaya dapatkanmu itu ialah mereka yang hebat

bukankah itu yang engkau inginkan??


Jadilah dikau bak bidadari yang indah


Di dunia dan akhirat,terhias indah


Buat tatapan suami yang halal bagimu..

Monday, February 14, 2011

Cinta Hakiki~cinta Ilahi

Teringin benar aku melihatMu…
Namun kubimbang,andai kiranya Engkau berpaling daripadaku saat PERTEMUAN ITU..
Pabila mengenangkan dosa2…
Aku sedar,betapa hinanya diriku disisimu
Siapalah aku,,
Cuma seorang hamba yang sering ingkar arahanMu
Seorang hamba yang sering lalai mengingatiMu
Apakah engkau juga lupakan aku saat aku jauh dariMu?
Pabila sepasang kekasih yang bercinta
Tidak pernah sekalipun terfikir mereka untuk melupakan kekasihnya
Tapi,apakah kiranya kekuatan cinta kita seperti itu?
Andai cinta kita tidak seperti mereka,,
Aku tahu ianya berpunca daripadaku
Aku sombong daripada mendengar nasihatMu dalam ‘surat cinta’ yang engkau layangkan kepadaku
Apakh engkau marah dengan tindakanku itu?
Aku tahu Kau pasti marah
Kerna aku sering menjanjikan balasan cinta ini..
Tapi,apa yang aku lakukan cumalah janji semata2
Wahai Kekasihku,
Apakah engkau jemu terhadapku
apabila seringkali aku mengulangi laranganMu??
Jangan engkau tinggalkanku wahai Kekasihku,
Tetaplah pegang hati ini,saat ia jauh dariMu
Jangan Engkau biarkan ia musnah kerana cinta sang manusia yang penuh janji palsu..
Bukanlah aku sehebat rabiatul adawiyah,,
Bukanlah juga cintaku sehangat cinta siti zulaikha
Namun,sekeping hati yang duduk nun jauh dalam diri
Tetap sentiasa menagih kasih dan cintaMu,,
Wahai Allah Tuhanku,,lemaskanlah aku dalam cintaMu
Moganya ia kan jadi bekal saat kita bertemu

Friday, January 28, 2011

Hanya kerana sebatang kunci...



Bismillahirrahmanirrahim


Jam waktu tu pukul 11lebih,dekat pukul 12 malam..


Sayup2 dgar ukhti B pasang lagu,,rentak perlahan irama nasyid..


Tiba2 bergegas ukhti F keluar dengan berpakaian lengkap(tutup aurat).. “ukhti F,nak gi mana tue malam2 nie,,”


“nak gi center jap…”


“nak kitorang teman??”sambung kami


“eh,,xpe2”balas ukhti F


“wat pe la dia nak gi center malam2 buta nie”bisik hati kecil….


Sambil merenung ukhti W,, “jom!!temankan ukhti F,,risau plak…”


“jom!! Tue la,,risau pulak dibuatnya” sahut ukhti W..terus menyahut bagai menyahut seruan jihad,,teringat pula kisah seorang sahabat Rasulullah bernama Hanzalah,,tidak sempat untuk mandi junub,kerana terus menyahut seruan jihad…


“ish,,kenapalah ukhti F nie,,keluar ke center malam2 buta camnie…”hati masih lagi berbisik…


Lantas bersama dengan ukhti W,terus mengenakan baju yang ‘dan’ je, tapi masih lagi menutup aurat, pergi mengejar ukhti F…


Namun,kelibat ukhti F sudah tidak kelihatan,,subhanallah,,militan sungguh ukhti nie,,tersenyumku seketika…


Tiba di perkarangan masjid,, baru kami tahu,rupa2nya ukhti F sedang membantu ukhti S mencari kunci yang hilang…


Kerana amat menyayangi ukhti S seperti sayangnya kepada akhwat lain,,hilangnya barang dia,bagaikan hilangnya barang kami..
Apa lagi,,bagaikan ibu ayam yang ingin mencari anaknya,kami mulakan operasi mencari kunci yang hilang…


Dengan bertemankan sinaran handphone dan sinaran bulan,,kami teruskan pencarian kunci itu..


Hampa…xjuga kami temui kunci itu…


Setelah dikelilingi kawasan sekitar,,masih juga xjumpa..

Kami balik semula ke bilik selepas tue

Phone berbunyi menandakan incoming message..


“walaupun xjumpa tapi hati terubat seronok tengok antunna td,,mcm disahut ke medan perang terus menyahut..indahnya ukhwah antunna”


Sender:ukhti S


Rasa terharu bila baca,,nak nangis pun ada..
"wahai ukhti S,,agar dikau tahu,,sesungguhnya bukan kami yang ingin membantu,tapi Allah jualah yang gerakkan hati dan kaki kaki kami untuk membantumu..bukan juga kami yang pinta keindahan ukhwah ini,namun DIA jugalah yang menghadiahkannya…"


sebenarnya ingin sangat merasakan kekuatan ukhwah seperti di zaman para sahabat dan Nabi,,walaupun mungkin,,ukhwah yang kita bina xsehebat ukhwah Rasulullah bersama sahabat,,tetapi Alhamdulillah,,bersyukur sangat dapat juga merasakan nikmat ukhwah itu bersama dengan antunna..


teringat kisah seorang sahabat di zaman Nabi yang keciciran hanya satu benda yang kecil di dalam sungai…waktu tu tengah dalam perjalanan nak melawan pihak musuh..pabila dilihat sahabat itu keciciran barangnya ke dalam sungai,,sahabat2 yang lain terus terjun ke dalam sungai tersebut untuk mencari barang yang tercicir itu….pabila terlihat oleh musuh,akan kejadian tersebut,,mereka terus berpatah semula ke tempat mereka,,takut untuk meneruskan peperangan dengan sekumpulan manusia yang begitu kuat hubungan sesame mereka..hanya kerana satu benda yang sangat kecil,semua daripada mereka sanggup berkorban terjun ke dalam sungai..subhanallah


incoming mesej-“ukhti,Alhamdulillah,,dah jumpa dah kunci tadi…ada dalam bilik je…”


sender:ukhti S

bukan kami menyesal,atau marah tapi sangat terharu dan sedih kerana kami berjaya sahut seruan ukht kami…

SUBHANALLAH,,yaAllah,,memang inilah caranya DIKAU ingin menunjukkan kekuasaanMu dan kasih sayangMU…

Engkau ingin menguji sejauh mana kehebatan cinta yang bersulam antara kami..sejauh mana kekuatan ukhwah antara kami…
Memang xrasa menyesal sebab xdapat jumpa kunci saat kami mencarinya,,namun bersyukur atas setiap yang berlaku…inilah sebenarnya salah satu cara Allah ingin menunjukkan kasihNya terhadap hamba2…

Kenangan yang indah untuk malam itu,,,
Kuharap ia kan berulang lagi,,,

Friday, January 21, 2011

Menuju Puncak-Bukit Broga

gambar hiasan

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah pd 20/1/2011,semalam,,ber‘hiking’ di Broga Hill,,,
Memang sangat best,bertolak pkul 4pg dari UIA, then tumpang jap kat Universiti Nottingham..(hehe,bersama akhawat sempat bergambar) kenangan bersama antnna xkan pernah dilupakan..

Lepas subuh,kami terus ke Broga Hill,,masyaAllah….ramai sgt orang..terfikir pula,ini barukan pula hanya di sini,broga hill,belum berhimpunnya manusia satu Selangor,belum satu Malaysia…dan belum lagi berkumpulnya semua umat manusia dari zaman Nabi Adam A.S hingga Nabi Muhammad SAW di mahsyar kelak…subhanallah,,begitu hebatnya Allah,,berkuasa mengumpulkan semua makhluk pada saat itu…

Alhamdulillah,pendakian bermula…xsangka pula berhiking sesusah ini,,,dalam gambar tengok seperti tangga yang mudah dinaiki..tapi,,rupanya memerlukan kecekalan mental dan fizikal..berkata dalam hati kecil “ni baru pendakian yang kecil wahai diri,,belum lagi sekental perjuangan srikandi islam pada zaman dahulu” ..ok..bersemangat semula untuk mendaki..begitulah jua seperti perjuangan di jalan Allah,,mungkin,kita beranggapan ia sangat mudah pada mulanya..kurang persiapan yang dibuat,jadi pabila hanya sedikit ujian yang menyapa,terus tersentas menyungkurkan diri…bukan mudah untuk melihat tertegaknya kembali kegemilangan islam,,bukan mudah jua untuk mendapat nikmat syurga..begitulah pendakian semalam,,bukan mudah untuk melihat betapa indahnya alam ciptaan Allah di puncak bukit tersebut,ianya memerlukan pengorbanan untuk mendaki yang mana satu,saat kita akan jatuh..namun adakah kita akan terus jatuh terduduk ataupun terus bangkit saat jatuh??

Walaupun xsampai ke keempat2 puncak,,namun saat melihat begitu indahnya alam, kembali merenung begitu kerdilnya diri di sisiNYA..tiada apa yang boleh dibanggakan dengan diri ini,,”wahai Tuhanku,tiada apa yang aku ada untukMu,melihat begitu hebatNya dikau namun kupunya satu hati yang sentiasa inginkan cinta dan maghfirahMu,agar aku terus hanyut dalam cinta meratib asma’Mu..”

Alhamdulillah pendakian berakhir selepas beberapa jam di sana..terfikir kembali,,”kalaulah aku ke sini tadi semata2 untuk hanya berseronok melihat ciptaan Allah tanpa rasa apa2,betapa ruginya aku…”betapa ruginya masaku yang aku habiskan..”begitu jualah dalam kehidupan kita…hidup kita perlu bermatlamat,,dan kita sendiri sudah tahu tugas kita di dunia,,bukan diciptakan semata2 untuk bersuka-ria,,bukan juga dicipta tanpa apa2 misi..tapi pabila seseorang itu baru menyedari tugas dan matlamatnya saat nyawa sudah di hujung pangkal,betapa RUGINYA dia…dunia bukan tempat mainan semata2 tapi tempat mencari bekal untuk di bawa ke akhirat kelak..

Semoga setiap langkah kita dipandu dan dirahmati,,,

Hai orang-orang yang beriman. apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung.
(al-anfal;45)

Sunday, January 9, 2011

Optimis vs. Pesimis

bismillahirrahmanirrahim


“ish,,tak nak lah wat..aku memang tak mampu punye,,”

“uish,,susahnya nak wat tugas nie,,tak boleh nak handle la..”

“dia tengah mengumpat aku la tue,,”


Sebenarnya,,inilah antara dialog2 yang sering kita dengar..dialog2 yang melibatkan pemikiran negative,tak kira sama ada tentang diri sendiri mahupun orang lain..mengikut kajian,manusia berfikir lebih daripada 60 000 fikiran,,subhanallah betapa hebatnya Allah,,namun adakah kita tahu yang mana 80% daripada pemikiran tadi,,memikirkan tentang hal2 yang negative dan hanya 20% saja yang memikirkan positif..maknanya,daripada 60 000 buah pemikiran tadi,lebih kurang 48 000 pemikiran yang negative,,masyaAllah..

Seringkali kita pasti akan mengeluh,andai kita mengalami kesukaran..pasti jua memkikirkan negative dan membelakangkan kebolehan kita,,jarang pulak kan,,kita fikirkan,andai sesuatu kesukaran itu datang,kita mampu mengatasinya(thinking positive)..kerana sebenarnya pemikiran2 yang positif inilah yang memberi kita kekuatan untuk terus maju…
betapa hebatnya mereka yang berfikir positif,tatkala menghadapi kesukaran..

sebagai contoh,
kisah nabi musa dan pengikutnya…

ketika Nabi Musa dan pengikutnya berhadapan dengan laut dan ombak yang menggunung,para pengikutnya berkata “kita semua tertangkap” Nabi Musa menenangkan mereka dgn penuh yakin “sesekali kita tak kan dapat dikejar” ketika itu Nabi Musa penuh yakin berjalan di tengah laut “sesungguhnya Tuhan bersertaku, kelak Dia akan beri petunjuk padaku”

kisah seorang petani di Florida

setelah dipersetujui,seorang petani di Florida ingin mengambil alih tanah luas yang terbiar.namun dia mengalami kesukaran bahawa terdapat pelbagai ular di kawasan itu.apa yang difikirkan sebelum ini meleset sama sekali bahawa dia ingin menjadikan tanah luas tersebut sebuah tapak pertanian yang sangat indah..dia berfikir dan terus berfikir,,mcm mana nak majukan tanah nie,sedangkan banyak sangat ular yang berbisa di situ,,akhirnya,dia keluar dgn satu idea .....


jadikan tempat tersebut sbg tempat penternakan ular/zoo..dan bisa ular dijadikan penawar/ubat..

kisah Rasulullah dan siti khadijah

kisah Rasulullah baru balik dari kerja dakwah,dan rasa bersalah kerana takut tak penuhi hak siti khadijah.namun,apa yang siti khadijah katakana pada rasulullah sbg isteri yang taat perintah suami dan sebagai isteri yang memahami,,

“tidak sama sekali,demi Allah,sesungguhnya Allah tak kan menghinakan engkau kerana engkau sentiasa hubungkan silaturrahim,engkau pikul beban kesusahan orang,menolong mereka yang tak berada,member makan kpd tetamu dan berusaha menyelesaikan rintangan yang menghalang kebenaran”

Subhanallah,,begitu optimisnya mereka dalam berhadapan dgn sesuatu..

Jadi,,kalau kita juga ingin maju dan Berjaya seperti mereka,,jom bersifat optimis kerana tiada apa yang merugikan kita kalau kita OPTIMIS..






Tuesday, January 4, 2011

Shifting Paradigm

Aku melihat mereka di situ. berwajah semangat untuk misi yang satu.antara mereka,cukuplah kekuatan ukhwah atas ratiban asma Allah.yang menjadi teras misi mereka.andainya daripada mereka luntur dan futur di jalan itu,ditariknya kembali tangan mereka.untuk teruskan kembali perjuangan yang penuh liku.tiada masa tuk berehat walau sesaat .takkan dibiarkan sesaat berlalu tanpa perancangan.tidak juga merancang tanpa ilmu yang membuku.dengan semangat jihad yang sentiasa membara.bagaikan api ingin menyambar mangsa.



Mengarungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan
(shoutul harokah,bingkai kehidupan)



Dengan matlamat syahid atas jalanNYA,meneruskan misi walau sering diuji.terus melangkah walau sering goyah.kerna kerehatan mereka hanyalah di syurga.tidak rela melihat Islam tercinta diinjak2.terasa kian membara hati dan jiwa.berbekalkan hamasah menyusun strategi dan langkah.aku ingin jadi sebahagian dari mereka.aku ingin sentiasa dengan mereka.Ya Allah,saat diri goyah,jangan gantikan diriku dengan yang lain.tidak aku rela untuk diganti.biarkan aku dengan ‘goresan luka’ di jalan ini.agar menjadi saksi pengorbanan.tatkala saat pengadilan di depanMu.agar aku dapat berhujah,inilah bukti cintaku untukMu.



Takkan surut walau selangkah

Takkan henti walau sejenak

Cita kami hidup mulia

Atau syahid mendapat syurga(shoutul harokah,gelombang kehidupan)



Cukuplah kata2 Amru Bin Jamuh(salah seorang sahabat Nabi) mencetus semangat dalam diri,,

Ya Rasulullah! Sesungguhnya anak-anakku mahu menghalang aku daripada keluar berjihad bersamamu. Demi Allah! Sesungguhnya aku benar-benar berharap untuk berjalan dengan kaki ku yang tempang ke syurga [Ibn Hisham]

Jadi,ayuh kita bangkit dan ubah paradigma diri!!