Allah. Aku takut satu perkataan ini. Meski perkataan ni
pendek, ringkas, tapi cukup untuk tinggalkan kesan yang boleh menggetarkan jiwa aku. Allahu
Allah.
Nifak. MUNAFIK.
Singkat bukan perkataan tu, tapi hanya kerana itu,kamu bisa
hancur! T_T dan betapa bahayanya sifat nifak ni sehinggakan Allah abadikan satu
surah AlMunafiquun dalam alQuran. =’(
(oh oh, Allah lindungi kami dari sifat ini)
Masih terngiang ngiang kata kata Murobiku
“ munafik ni, walaupun still buat kebaikan, nampak tenang
tapi hati masih ragu ragu hingga Allah hancurkan hati mereka”
Allah! Bergetar jantung.
dua sisi beebeza
Kerana sifat nifak juga, Allah telah mengarahkan sebuah masjid
dirobohkan dan dihancurkan.
Masjid Dhirar adalah sebuah masjid yang didirikan oleh Abu
Amir Ar-Rahib seorang nasrani ketika zaman Islam di Madinah. Beliau sangat
benci kepada Islam dan telah mengatur satu langkah untuk memecahbelahkan Islam.
Langkah yang beliau ambil ialah dengan membina sebuah masjid berhampiran dengan
Masjid Quba. Tujuannya hanya satu iaitu supaya masyakat Islam berpecah belah
dan porak peranda.
Ketika sedang bersiap sedia untuk ke medan peperangan Tabuk,
Rasulullah didatangi oleh munafik sambil berkata “Wahai Rasulallah!
Sesungguhnya kami telah membina sebuah masjid yang merupakan keperluan kepada
kami. Demi Allah, tidaklah kami kehendak untuk membinanya melainkan kebajikan
dan kebaikan, sesungguhnya kami suka, jika kamu datang dan menunaikan solat
didalamnya dan berdoa keberkatan padanya”.
Namun Rasulullah menolak jemputan tersebut kerana sibuk
dengan urusan peperangan. Setelah tamat perang Tabuk Rasulullah menerima wahyu
yang menyebut:
Maksudnya;
“Dan (diantara orang munafiq itu)
ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudharatan (pada
orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang
mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan
Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah: “kami tidak menghendaki
selain kebaikan”. Dan Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya mereka itu adalah
pendusta (dalam sumpah mereka)”. (at-taubah : 107)
Lalu Rasulullah telah mengarahkan beberapa orang sahabat
iaitu Malik bin Ad-Dakhsyim, Maan bin Adi atau saudaranya ‘Asim bin Adi dengan
kata Baginda s.a.w;
“Berangkatlah kamu kepada masjid ini
yang zalim ahlinya dan hancurkannya dan bakar olehmu akannya”
Aku kemudian menaip perkataan MUNAFIK
Keluar firman Allah “Sesungguhnya orang-orang munafik itu
(ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu
sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka. (QS.
An-Nisaa': 145)
Dan ini
Golongan Munafik
# 1 #
Munafik I’tiqadi iaitu kepercayaan dalam hati. Mereka hanya
beriman kepada Allah secara luaran. Mereka hanya berlakon di khalayak ramai,
tetapi mendustakan agama Allah yang dibawa Rasul-Nya.
# 2 #
Munafik ‘Amali iaitu yang berkaitan dengan perbuatan.
Rasulullah s.a.w menjelaskan hal ini dalam hadisnya yang bermaksud: “Tanda
orang munafik itu ada tiga; apabila berkata ia berdusta, dan apabila berjanji
ia mungkir, dan apabila diberi amanah ia khianat.” (Hadis riwayat Bukhari dan
Muslim)
Aku tahu aku seorang manusia. Yang saban hari mungkin ada
kata dusta, janji tak tertunai, amanah tak terpenuhi. Namun apakah kerana
fitrah manusia itu tidak terlepas buat kesilapan membuatkan aku beralasan dan
terus menerus melakukan kesalahan itu?
Allah. Semestinya TIDAK. Seharusnya aku perkuatkan IMAN yang
lemah kerana IMAN adalah benteng dan perisai diri. Agar tiada dusta dalam kata,
tiada khianat dalam amanah, agar janji terpenuhi.Dan pangkalnya adalah HATI. HATI
mode :: “Keadaan yang
sebenarnya bukanlah mata di kepala yang buta, tetapi hati di dalam dada.” [QS
22:46] ::