Aku tahu jalan ini panjang
Dan aku sedar
Kaki ini pasti akan tertusuk ‘duri duri tajam’
Tapi aku juga tahu
‘Mereka’ akan ada
Sentiasa akan ada
Membersihkan ‘luka’ itu
Dan ‘duri duri’ tersisa
Moga syurga balasannya..
‘Mereka’ lah pelangiku (^^,)
#’Mereka’-keluarga aku#
#’Mereka’-keluarga aku#
Kadang kadang dalam kehidupan ni pernah diri rasa sempit
kan? Perit. Susah nak digambarkan. Tapi itulah
lumrah kehidupan. Takkan boleh lari.
“Apakah manusia itu
mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,”
sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang
sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan
sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Al-Ankabut: 2-3)
Tiada manisnya pun hidup tanpa ujian. Dan takpelah, sebab
ujian itu hadiah, tanda cintanya Allah pada manusia. Tanda rindu.
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Thabrani daripada
Abu Umamah, Allah berfirman kepada malaikatNya bermaksud : "Pergilah kepada hambaKu. Lalu timpalah
bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku mahu mendengar suaranya."
Saat tu, diri merasakan tiada siapa yang faham. Tiada siapa
yang dapat membantu (melainkan Allah). Sehinggakan terlupa,bahawa ada yang
sentiasa ingin bersama kita walau susah dan senang. Tika yang lain memandang
dengan kebencian, mereka memandang dengan kecintaan. Mereka adalah keluarga
kita. *sobs sobs *
Yup, keluarga ni subjektif. Boleh dimaknakan dengan keluarga
kandung, kawan kawan, sahabat sahabat, ikhwah, akhawat dan sebagainya. Tapi bagi
aku, dalam kisah aku,aku memaknakannya –keluarga kandung aku.Mereka sentiasa
ada untuk bersihkan ‘luka’ itu. (selepas mencari dan mengadu pada Allah).
Alhamdulillah, terima kasih Allah. =’)
So,hargailah keluarga sementara mereka masih ada. Merekalah
tulang belakang kita.(sekali lagi, keluarga itu boleh jadi subjektif. Terpulang
pada cara pandang kamu yang memandang.) Yang
, paling penting
“kamu tidak
berseorangan. Kamu ada Allah dan kamu ada keluarga kamu, pelangi kamu” ^__^
Dan
inilah keluarga-pelangi- aku ^^,
*aish,nampak sangatlah dah rindu betul ni..moga Allah
pelihara*
mode ::"Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai, berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk golongan orang-orang yang berserah diri"
(Surah Al-Ahqaf, ayat 15)
0 comments:
Post a Comment