Sunday, December 30, 2012

M U N A F I K. Pendek tapi..

Bismillahirrahmanirrahim


Allah. Aku takut satu perkataan ini. Meski perkataan ni pendek, ringkas, tapi cukup untuk tinggalkan kesan  yang boleh menggetarkan jiwa aku. Allahu Allah.

Nifak. MUNAFIK.

Singkat bukan perkataan tu, tapi hanya kerana itu,kamu bisa hancur! T_T dan betapa bahayanya sifat nifak ni sehinggakan Allah abadikan satu surah AlMunafiquun dalam alQuran. =’(
(oh oh, Allah lindungi kami dari sifat ini)

Masih terngiang ngiang kata kata Murobiku

“ munafik ni, walaupun still buat kebaikan, nampak tenang tapi hati masih ragu ragu hingga Allah hancurkan hati mereka”

Allah! Bergetar jantung.

dua sisi beebeza

Kerana sifat nifak juga, Allah telah mengarahkan sebuah masjid dirobohkan dan dihancurkan.

Masjid Dhirar adalah sebuah masjid yang didirikan oleh Abu Amir Ar-Rahib seorang nasrani ketika zaman Islam di Madinah. Beliau sangat benci kepada Islam dan telah mengatur satu langkah untuk memecahbelahkan Islam. Langkah yang beliau ambil ialah dengan membina sebuah masjid berhampiran dengan Masjid Quba. Tujuannya hanya satu iaitu supaya masyakat Islam berpecah belah dan porak peranda.

Ketika sedang bersiap sedia untuk ke medan peperangan Tabuk, Rasulullah didatangi oleh munafik sambil berkata “Wahai Rasulallah! Sesungguhnya kami telah membina sebuah masjid yang merupakan keperluan kepada kami. Demi Allah, tidaklah kami kehendak untuk membinanya melainkan kebajikan dan kebaikan, sesungguhnya kami suka, jika kamu datang dan menunaikan solat didalamnya dan berdoa keberkatan padanya”.

Namun Rasulullah menolak jemputan tersebut kerana sibuk dengan urusan peperangan. Setelah tamat perang Tabuk Rasulullah menerima wahyu yang menyebut:
Maksudnya;

Dan (diantara orang munafiq itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudharatan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah: “kami tidak menghendaki selain kebaikan”. Dan Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpah mereka)”. (at-taubah : 107)

Lalu Rasulullah telah mengarahkan beberapa orang sahabat iaitu Malik bin Ad-Dakhsyim, Maan bin Adi atau saudaranya ‘Asim bin Adi dengan kata Baginda s.a.w;

Berangkatlah kamu kepada masjid ini yang zalim ahlinya dan hancurkannya dan bakar olehmu akannya”
  
Aku kemudian menaip perkataan MUNAFIK

Keluar firman Allah “Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka. (QS. An-Nisaa': 145)

Dan ini

Golongan Munafik
# 1 #
Munafik I’tiqadi iaitu kepercayaan dalam hati. Mereka hanya beriman kepada Allah secara luaran. Mereka hanya berlakon di khalayak ramai, tetapi mendustakan agama Allah yang dibawa Rasul-Nya.

# 2 #
Munafik ‘Amali iaitu yang berkaitan dengan perbuatan. Rasulullah s.a.w menjelaskan hal ini dalam hadisnya yang bermaksud: “Tanda orang munafik itu ada tiga; apabila berkata ia berdusta, dan apabila berjanji ia mungkir, dan apabila diberi amanah ia khianat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Aku tahu aku seorang manusia. Yang saban hari mungkin ada kata dusta, janji tak tertunai, amanah tak terpenuhi. Namun apakah kerana fitrah manusia itu tidak terlepas buat kesilapan membuatkan aku beralasan dan terus menerus melakukan kesalahan itu?

Allah. Semestinya TIDAK. Seharusnya aku perkuatkan IMAN yang lemah kerana IMAN adalah benteng dan perisai diri. Agar tiada dusta dalam kata, tiada khianat dalam amanah, agar janji terpenuhi.Dan pangkalnya adalah HATI. HATI



mode :: “Keadaan yang sebenarnya bukanlah mata di kepala yang buta, tetapi hati di dalam dada.” [QS 22:46] ::

0 comments:

Post a Comment