"Katakan sesuatu dengan CINTA" Dr. Mira Kartiwi
Katanya lagi
"dalam kamu berkata (menyampaikan), katakan yang BENAR, berbicara
dengan penuh SABAR, sampaikan dengan CINTA"
(sangat suka dengan pendekatan yang Dr. Mira sampaikan)
Bila mana mendakwahi itu bukan dengan cinta, akan lahirlah
kebencian yang teramat pada pelaku kesalahan itu. Yup,kita perlu membenci, tapi
pada kesalahan yang dia lakukan bukan pada pelaku kesalahan. Takut nanti, bila
ingin membimbing dia, akan membimbing dengan rasa benci bukan atas rasa cinta. Sedangkan
Dakwah Itu Cinta.
Kita bukan penghukum. Betul. Bukan.
Sangat terkilan apabila ada segelintir di sana yang suka
marah, memaki hamun, mengeluarkan kata kesat pada mereka yang ada lakukan
kesilapan. Yup, mereka ada lakukan kesilapan tika itu, tapi jangan lupa,
mungkin mereka akan jauh lebih baik daripada kita apabila saatnya hidayah
mengetuk pintu hati mereka.
“mereka juga manusia seperti kita kan…so, bimbing mereka
okey, bukan hukum. Allah je yang layak nak hukum seseorang tu. Selagi kamu
bergelar manusia, tiada hak pun untuk menghukum”
Cuba lihat pendekatan yang Rasulullah saw buat.. Sungguh halus.serius tak
tipu. Dan inilah yang boleh mencairkan hati ‘mereka’. Dari situ, ‘mereka’ akan
lebih tertawan hati untuk mendekati Islam bukan..
Kisah Rasulullah saw dengan seorang Badwi
“Sesungguhnya masjid ini tidak layak untuk membuang kotoran di dalamnya, namun ia dipersiapkan untuk shalat dan membaca al Qur’an ”
Subhanallah, lihatlah betapa indahnya akhlak yang ditunjukkan Rasulullah SAW, Beliau tidak mengherdik dan juga tidak menyuruh para sahabat untuk memukulnya. Tetapi membiarkannya sampai selesai hajatnya setelah itu baru mengajarinya bahwa tidak selayaknya buang air di masjid kerana masjid itu tempat untuk ibadah, solat, dzikir dan membaca qur’an.
Akhirnya arab badwi tersebut berdoa:
“Ya Allah rahmati aku dan Muhammad, dan jangan rahmati yang lainnya”.
Subhanallah, kerana baiknya cara beliau dalam menasihati, sehingga arab badui ini bukan hanya menerima nasihat Rasulullah SAW tetapi juga kagum dan mendoakan beliau. Dan semoga kita diberi kekuatan untuk belajar mencontoh akhlak Nabi Muhammad SAW.
Wahai aku, kamu dan kita kita, tegurlah dan sampaikan dengan rasa cinta. Dan sesungguhnya daie itu pembimbing bukan penghukum.
# dalam menulis dan menyampaikan, aku tulis untuk diriku terutamanya, sebagai peringatan buat diri yang sering alpa. Siapa lagi yang perlu sentiasa ingatkan diri selain diri aku sendiri. T__T. #
mode :: Benar, Sabar, Cinta ::
0 comments:
Post a Comment