Sunday, December 23, 2012

Berpaut


Bismillahirrahmanirrahim

Satu tika dulu, mencari pembimbing penunjuk jalan,
Tuk harungi dunia fana, menuju syurga dambaan
Aku sangkakan aku berpaut pada ‘dahan’ yang kukuh
Namun rupanya, ‘ranting’ yang mudah patah
Akhirnya,aku jatuh. Terjelopok. Kesakitan
Namun,dalam kesakitan, mencari ‘dahan’ yang baru
Untuk kembali berpaut.
Lantas Dia, menunutunku

Kini utuh bertahan
Aku sedar
Penuh yakin tanpa ragu
Dia lah tempat untuk aku sentiasa ber’paut’
Bukan pada rerantingan mudah patah
Kerana Dia selalu ada
Dan
SENTIASA AKAN ADA

Harapan. Hope. 

Kerana aku memohon untuk berpaut pada Dia Yang Maha Kuat, Alhamdulillah, Dia memberikan peluang berkenalan dan berukhuwah bersama mereka yang dalam hati sarat dengan cinta. Cinta pada Sang Khlaliq sehingga aku betul jatuh cinta pada mereka. Bagiku, merekalah bidadari syurgaku. Berbulatan cinta (usrah) bersama mereka. Tiada aku jemu. Alhamdulillah, nikmat ukhuwah yang membawaku kepada TARBIYAH. Dan TARBIYAH membawa aku lebih kenal Penciptaku. Matlamat hidupku kian jelas. Tarbiyah bagaikan api yang meleburkan logam yang keras. Mereka sebagai wasilah kepadaNya. Wahai aku dan kamu, masa kian suntuk sedang dunia makin uzur. Dunia makin uzur…

mode::bergantung harap hanya , hanya pada Dia::

~terima kasih dan jazakillah khaiyr kak syida atas post yang sangat istimewa ^^. Kembali menyuntik semangat. Sedang belajar untuk isitiqamah dalam menulis. woot woot.Please guide me kak..~

2 comments:

ismisyahida. said...

farhana.

at last boleh jugak nak komen dekat sini. aha

alhamdulillah. moga moga post yang tak seberapa tu bisa suntik awak sampai lebam. dan jazakillahukhairankathira untuk quote kat atasss tuu. tang tu, akak terharu.

moga kita bisa jadi semacam quote sayyid qutb tu, menembus ribuan bahkan jutaan kepala hanya dengan tulisan. insyaAllah.

Nur Farhana said...

kak syidaa..

alhamdulillah,hikhik. memang dah lebam dah ni kak. tapi takpe, lebam bukan lebam biasa, insyaAllah. i'll try ma best ^^,

ameen3. teringin sangat nak begitu. insyaAllah =')

*kak,agak susah ye kalu nak komen kat blog ni?erm,maksud farhana, kena isi apa2 ke? sebab tak pandai sangat blogging ni..huhu
(saya budak baru belajar.kalu salah tolong tunjukkan =) )

Post a Comment