Hati berdebar-debar bila teringatkan mereka. Adakah benar, bila
hati berdebar-debar teringatkan seseorang, itu tandanya jatuh cinta? Ah,kalau
begitu, sungguh aku sedang jatuh cinta!! Ya! Aku sedang jatuh cinta pada mereka
yang dalam hatinya tersisip cinta tulus terhadap Rabb nya. Entah mengapa, hati
ingin merasa dekat dengan mereka. Walau baru sekali pertemuan, cukup untuk membuatkan
hati rasa rindu. Rindu untuk dibasahkan hati ni dengan kata kata hikmah yang keluar
dari bibir setiap mereka. Sukar untuk dilafazkan,bila adanya perasaan ini. Dan
jika terbayang wajah mereka yang aku cinta, boleh tersenyum sendiri.Hati boleh cair kot.Oh,manisnya cinta! Alhamdulillah,dalam
TARBIYAH, aku temukan cinta ini. Cinta pada AKHAWAT yang sentiasa mengingatkan
aku kepada Allah. Walau hanya dengan senyum mereka. Meski senyum itu tanpa
bicara. Tapi penangannya sungguh ber 'bisa' . tapi tak mengapa. Biarlah, jika
bisa itu mampu mendekatkan aku dengan Dia.
credit to Muharikah
“jika kita menghijrahkan cinta, dari jatuh cinta menuju
bangun cinta maka cinta menjadi sebuah istana, tinggi menggapai syurga” – Salim
A. Fillah-
Maka hijrahkanlah rasa cinta itu pada tempatnya yang benar. Jangan
disalahkan rasa cinta itu kerana ia fitrah setiap hamba, Cuma yang bercinta itu
perlu salurkan rasa itu pada tempat yang benar. Agar makin mekar rasa itu. Agar
dapat dibangunkan sebuah ‘istana’ tinggi menggapai syurga..
“sahabat yang beriman..
Ibarat mentari yang menyinar..
Sahabat yang setia..
Bagai pewangi yang mengharumkan..
Sahabat sejati..
Menjadi pendorong impian..
Sahabat yang berhati mulia..
Membawa kita ke jalan Allah..”
(Saidina Ali bin Abi Talib)
mode::"Sesungguhnya seorang muslim itu, apabila berjalan berada di jalan Dakwah, dia tidak berjalan dengan hatinya sahaja, bahkan dibawa bersamanya hati saudaranya..." mustafa mahsyur-::
2 comments:
i like thisss.
:)
masa hari jadi saya yang ke-20
Post a Comment