Saturday, March 19, 2011

~Kerehatan hakiki di SYURGA ABADI~



Bismillahirrahmanirrahim
Dalam perjalanan menuju Ilahi,
Kadang diuji dengan ujian yang begitu hebat
Sehingga kita terduduk memikirkan jalan keluar..
“Tidak semua dapat menerima kebaikan yang cuba kita buat..”kata salah seorang sahabat
“Namun Allah tahu niat hatimu,,”sambungnya lagi
Sambil merenung semula ke dalam diri,,
Mungkin ada juga secebis kesalahan bermula dariku,,
terkadang rasa perit pabila disapa ujian
Namun kehidupan harus diteruskan
Perjuangan tidak harus diberhentikan
Islam tetap terus diperjuangkan
Alhamdulillah, ujian mematangkan diri
Melalui selok belok liku perjalan yang panjang
Perjalan meggapai redhaNYA
Biarkan terguris jiwa dan hati
Biarpun dilukai jasad dan diri
Namun janjiNYA tetap pasti
Ganjaran cintaNYA dan syurga sedang menanti
Duhai sahabt2,,
Tetaplah bertahan
Kerana kerehatan yang hakiki
DI SYURGA ABADI..:)

0 comments:

Post a Comment