Sunday, December 30, 2012

M U N A F I K. Pendek tapi..

Bismillahirrahmanirrahim


Allah. Aku takut satu perkataan ini. Meski perkataan ni pendek, ringkas, tapi cukup untuk tinggalkan kesan  yang boleh menggetarkan jiwa aku. Allahu Allah.

Nifak. MUNAFIK.

Singkat bukan perkataan tu, tapi hanya kerana itu,kamu bisa hancur! T_T dan betapa bahayanya sifat nifak ni sehinggakan Allah abadikan satu surah AlMunafiquun dalam alQuran. =’(
(oh oh, Allah lindungi kami dari sifat ini)

Masih terngiang ngiang kata kata Murobiku

“ munafik ni, walaupun still buat kebaikan, nampak tenang tapi hati masih ragu ragu hingga Allah hancurkan hati mereka”

Allah! Bergetar jantung.

dua sisi beebeza

Kerana sifat nifak juga, Allah telah mengarahkan sebuah masjid dirobohkan dan dihancurkan.

Masjid Dhirar adalah sebuah masjid yang didirikan oleh Abu Amir Ar-Rahib seorang nasrani ketika zaman Islam di Madinah. Beliau sangat benci kepada Islam dan telah mengatur satu langkah untuk memecahbelahkan Islam. Langkah yang beliau ambil ialah dengan membina sebuah masjid berhampiran dengan Masjid Quba. Tujuannya hanya satu iaitu supaya masyakat Islam berpecah belah dan porak peranda.

Ketika sedang bersiap sedia untuk ke medan peperangan Tabuk, Rasulullah didatangi oleh munafik sambil berkata “Wahai Rasulallah! Sesungguhnya kami telah membina sebuah masjid yang merupakan keperluan kepada kami. Demi Allah, tidaklah kami kehendak untuk membinanya melainkan kebajikan dan kebaikan, sesungguhnya kami suka, jika kamu datang dan menunaikan solat didalamnya dan berdoa keberkatan padanya”.

Namun Rasulullah menolak jemputan tersebut kerana sibuk dengan urusan peperangan. Setelah tamat perang Tabuk Rasulullah menerima wahyu yang menyebut:
Maksudnya;

Dan (diantara orang munafiq itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudharatan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah: “kami tidak menghendaki selain kebaikan”. Dan Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpah mereka)”. (at-taubah : 107)

Lalu Rasulullah telah mengarahkan beberapa orang sahabat iaitu Malik bin Ad-Dakhsyim, Maan bin Adi atau saudaranya ‘Asim bin Adi dengan kata Baginda s.a.w;

Berangkatlah kamu kepada masjid ini yang zalim ahlinya dan hancurkannya dan bakar olehmu akannya”
  
Aku kemudian menaip perkataan MUNAFIK

Keluar firman Allah “Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka. (QS. An-Nisaa': 145)

Dan ini

Golongan Munafik
# 1 #
Munafik I’tiqadi iaitu kepercayaan dalam hati. Mereka hanya beriman kepada Allah secara luaran. Mereka hanya berlakon di khalayak ramai, tetapi mendustakan agama Allah yang dibawa Rasul-Nya.

# 2 #
Munafik ‘Amali iaitu yang berkaitan dengan perbuatan. Rasulullah s.a.w menjelaskan hal ini dalam hadisnya yang bermaksud: “Tanda orang munafik itu ada tiga; apabila berkata ia berdusta, dan apabila berjanji ia mungkir, dan apabila diberi amanah ia khianat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Aku tahu aku seorang manusia. Yang saban hari mungkin ada kata dusta, janji tak tertunai, amanah tak terpenuhi. Namun apakah kerana fitrah manusia itu tidak terlepas buat kesilapan membuatkan aku beralasan dan terus menerus melakukan kesalahan itu?

Allah. Semestinya TIDAK. Seharusnya aku perkuatkan IMAN yang lemah kerana IMAN adalah benteng dan perisai diri. Agar tiada dusta dalam kata, tiada khianat dalam amanah, agar janji terpenuhi.Dan pangkalnya adalah HATI. HATI



mode :: “Keadaan yang sebenarnya bukanlah mata di kepala yang buta, tetapi hati di dalam dada.” [QS 22:46] ::

Saturday, December 29, 2012

Ah, bisanya cinta !

Bismillahirrahmanirrahim


Hati berdebar-debar bila teringatkan mereka. Adakah benar, bila hati berdebar-debar teringatkan seseorang, itu tandanya jatuh cinta? Ah,kalau begitu, sungguh aku sedang jatuh cinta!! Ya! Aku sedang jatuh cinta pada mereka yang dalam hatinya tersisip cinta tulus terhadap Rabb nya. Entah mengapa, hati ingin merasa dekat dengan mereka. Walau baru sekali pertemuan, cukup untuk membuatkan hati rasa rindu. Rindu untuk dibasahkan hati ni dengan kata kata hikmah yang keluar dari bibir setiap mereka. Sukar untuk dilafazkan,bila adanya perasaan ini. Dan jika terbayang wajah mereka yang aku cinta, boleh tersenyum sendiri.Hati boleh cair kot.Oh,manisnya cinta!  Alhamdulillah,dalam TARBIYAH, aku temukan cinta ini. Cinta pada AKHAWAT yang sentiasa mengingatkan aku kepada Allah. Walau hanya dengan senyum mereka. Meski senyum itu tanpa bicara. Tapi penangannya sungguh ber 'bisa' . tapi tak mengapa. Biarlah, jika bisa itu mampu mendekatkan aku dengan Dia.

 credit to Muharikah


“jika kita menghijrahkan cinta, dari jatuh cinta menuju bangun cinta maka cinta menjadi sebuah istana, tinggi menggapai syurga” – Salim A. Fillah-

Maka hijrahkanlah rasa cinta itu pada tempatnya yang benar. Jangan disalahkan rasa cinta itu kerana ia fitrah setiap hamba, Cuma yang bercinta itu perlu salurkan rasa itu pada tempat yang benar. Agar makin mekar rasa itu. Agar dapat dibangunkan sebuah ‘istana’ tinggi menggapai syurga..


“sahabat yang beriman..
Ibarat mentari yang menyinar..
Sahabat yang setia..
Bagai pewangi yang mengharumkan..
Sahabat sejati..
Menjadi pendorong impian..
Sahabat yang berhati mulia..
Membawa kita ke jalan Allah..”
(Saidina Ali bin Abi Talib)

mode::"Sesungguhnya seorang muslim itu, apabila berjalan berada di jalan Dakwah, dia tidak berjalan dengan hatinya sahaja, bahkan dibawa bersamanya hati saudaranya..." mustafa mahsyur-::



Tuesday, December 25, 2012

Pelangi aku ~

Bismillahirrahmanirrahim



Aku tahu jalan ini panjang
Dan aku sedar
Kaki ini pasti akan tertusuk ‘duri duri tajam’
Tapi aku juga tahu
‘Mereka’ akan ada
Sentiasa akan ada
Membersihkan ‘luka’ itu
Dan ‘duri duri’ tersisa
Moga syurga balasannya..
‘Mereka’ lah pelangiku (^^,)

#’Mereka’-keluarga aku#

Kadang kadang dalam kehidupan ni pernah diri rasa sempit kan?  Perit. Susah nak digambarkan. Tapi itulah lumrah kehidupan. Takkan boleh lari.

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Al-Ankabut: 2-3)

Tiada manisnya pun hidup tanpa ujian. Dan takpelah, sebab ujian itu hadiah, tanda cintanya Allah pada manusia. Tanda rindu.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Thabrani daripada Abu Umamah, Allah berfirman kepada malaikatNya bermaksud : "Pergilah kepada hambaKu. Lalu timpalah bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku mahu mendengar suaranya."

Saat tu, diri merasakan tiada siapa yang faham. Tiada siapa yang dapat membantu (melainkan Allah). Sehinggakan terlupa,bahawa ada yang sentiasa ingin bersama kita walau susah dan senang. Tika yang lain memandang dengan kebencian, mereka memandang dengan kecintaan. Mereka adalah keluarga kita. *sobs sobs *

Yup, keluarga ni subjektif. Boleh dimaknakan dengan keluarga kandung, kawan kawan, sahabat sahabat, ikhwah, akhawat dan sebagainya. Tapi bagi aku, dalam kisah aku,aku memaknakannya –keluarga kandung aku.Mereka sentiasa ada untuk bersihkan ‘luka’ itu. (selepas mencari dan mengadu pada Allah). Alhamdulillah, terima kasih Allah. =’)

So,hargailah keluarga sementara mereka masih ada. Merekalah tulang belakang kita.(sekali lagi, keluarga itu boleh jadi subjektif. Terpulang pada cara pandang kamu yang memandang.)  Yang , paling penting

“kamu tidak berseorangan. Kamu ada Allah dan kamu ada keluarga kamu, pelangi kamu” ^__^




Dan

inilah keluarga-pelangi- aku ^^,

*aish,nampak sangatlah dah rindu betul ni..moga Allah pelihara*

mode ::"Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai, berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk golongan orang-orang yang berserah diri"
(Surah Al-Ahqaf, ayat 15)






Monday, December 24, 2012

Benar, Sabar, Cinta

Bismillahirrahmanirrahim


"Katakan sesuatu dengan CINTA" Dr. Mira Kartiwi

Katanya lagi

"dalam kamu berkata (menyampaikan), katakan yang BENAR, berbicara dengan penuh SABAR, sampaikan dengan CINTA"

(sangat suka dengan pendekatan yang Dr. Mira sampaikan)

Bila mana mendakwahi itu bukan dengan cinta, akan lahirlah kebencian yang teramat pada pelaku kesalahan itu. Yup,kita perlu membenci, tapi pada kesalahan yang dia lakukan bukan pada pelaku kesalahan. Takut nanti, bila ingin membimbing dia, akan membimbing dengan rasa benci bukan atas rasa cinta. Sedangkan Dakwah Itu Cinta. 


Kita bukan penghukum. Betul. Bukan.

Sangat terkilan apabila ada segelintir di sana yang suka marah, memaki hamun, mengeluarkan kata kesat pada mereka yang ada lakukan kesilapan. Yup, mereka ada lakukan kesilapan tika itu, tapi jangan lupa, mungkin mereka akan jauh lebih baik daripada kita apabila saatnya hidayah mengetuk pintu hati mereka.

“mereka juga manusia seperti kita kan…so, bimbing mereka okey, bukan hukum. Allah je yang layak nak hukum seseorang tu. Selagi kamu bergelar manusia, tiada hak pun untuk menghukum”

Cuba lihat pendekatan yang  Rasulullah saw buat.. Sungguh halus.serius tak tipu. Dan inilah yang boleh mencairkan hati ‘mereka’. Dari situ, ‘mereka’ akan lebih tertawan hati untuk mendekati Islam bukan..

Kisah Rasulullah saw dengan seorang Badwi

Pernah suatu saat datang seorang arab badwi, lalu dia buang air di dalam masjid (lantai pasir), maka para sahabat pun membentak dan melarangnya dengan keras tetapi Nabi SAW mencegah para sahabat untuk melakukannya. Setelah orang arab badwi tadi selesai buang air maka Nabi memerintahkan para sahabat untuk menyiramkan sebekas air pada bekas yang terkena kencing. Rasulullah SAW pun memanggil arab badwi tadi dan bersabda padanya,

“Sesungguhnya masjid ini tidak layak untuk membuang kotoran di dalamnya, namun ia dipersiapkan untuk shalat dan membaca al Qur’an ”

Subhanallah, lihatlah betapa indahnya akhlak yang ditunjukkan Rasulullah SAW, Beliau tidak mengherdik dan juga tidak menyuruh para sahabat untuk memukulnya. Tetapi membiarkannya sampai selesai hajatnya setelah itu baru mengajarinya bahwa tidak selayaknya buang air di masjid kerana masjid itu tempat untuk ibadah, solat, dzikir dan membaca qur’an.
Akhirnya arab badwi tersebut berdoa:

“Ya Allah rahmati aku dan Muhammad, dan jangan rahmati yang lainnya”.

Subhanallah, kerana baiknya cara beliau dalam menasihati, sehingga arab badui ini bukan hanya menerima nasihat Rasulullah SAW tetapi juga kagum dan mendoakan beliau. Dan semoga kita diberi kekuatan untuk belajar mencontoh akhlak Nabi Muhammad SAW.

Wahai aku, kamu dan kita kita, tegurlah dan sampaikan dengan rasa cinta. Dan sesungguhnya daie itu pembimbing bukan penghukum. 

# dalam menulis dan menyampaikan, aku tulis untuk diriku terutamanya, sebagai peringatan buat diri yang sering alpa. Siapa lagi yang perlu sentiasa ingatkan diri selain diri aku sendiri. T__T. #


mode :: Benar, Sabar, Cinta ::

Sunday, December 23, 2012

Berpaut


Bismillahirrahmanirrahim

Satu tika dulu, mencari pembimbing penunjuk jalan,
Tuk harungi dunia fana, menuju syurga dambaan
Aku sangkakan aku berpaut pada ‘dahan’ yang kukuh
Namun rupanya, ‘ranting’ yang mudah patah
Akhirnya,aku jatuh. Terjelopok. Kesakitan
Namun,dalam kesakitan, mencari ‘dahan’ yang baru
Untuk kembali berpaut.
Lantas Dia, menunutunku

Kini utuh bertahan
Aku sedar
Penuh yakin tanpa ragu
Dia lah tempat untuk aku sentiasa ber’paut’
Bukan pada rerantingan mudah patah
Kerana Dia selalu ada
Dan
SENTIASA AKAN ADA

Harapan. Hope. 

Kerana aku memohon untuk berpaut pada Dia Yang Maha Kuat, Alhamdulillah, Dia memberikan peluang berkenalan dan berukhuwah bersama mereka yang dalam hati sarat dengan cinta. Cinta pada Sang Khlaliq sehingga aku betul jatuh cinta pada mereka. Bagiku, merekalah bidadari syurgaku. Berbulatan cinta (usrah) bersama mereka. Tiada aku jemu. Alhamdulillah, nikmat ukhuwah yang membawaku kepada TARBIYAH. Dan TARBIYAH membawa aku lebih kenal Penciptaku. Matlamat hidupku kian jelas. Tarbiyah bagaikan api yang meleburkan logam yang keras. Mereka sebagai wasilah kepadaNya. Wahai aku dan kamu, masa kian suntuk sedang dunia makin uzur. Dunia makin uzur…

mode::bergantung harap hanya , hanya pada Dia::

~terima kasih dan jazakillah khaiyr kak syida atas post yang sangat istimewa ^^. Kembali menyuntik semangat. Sedang belajar untuk isitiqamah dalam menulis. woot woot.Please guide me kak..~

Tuesday, October 2, 2012

Warkah buatmu-KENAPA DOAKU BELUM MAKBUL??-


Salam mahabbah buatmu duhai, hamba yang Allah sayang..
saat kamu dihadiahkan ujian yang begitu berat,itulah tandanya makin tinggi tahapan cinta Allah buatmu..bukankah,Rasulullah,kekasih Allah sangat hebat ujiannya..

Maaf andai ada kata-kata ini kurang menyenangkan hatimu

Dalam kita berdoa,kita rasakan kenapa masih belum tiba pertolongan Allah,sedangkan sudah sungguh2  kita mengadu pada Dia sepenuh pengaduan dan pengharapan..Kadang2 bukan Dia tidak mahu menjawab doa doa kita,Cuma mungkin Dia ingin kabulkan pada waktu yang betul.lambat atau cepat,itu urusan Dia sebab Dialah juga yang hanya tahu,apa yang terbaik buat kita,hambanya..

Aminah(bukan nama sebenar),seorang yang lahir dalam keluarga yang biasa2,dan sekolah di sekolah yang biasa juga..dan pada pandangan orang luar-di sekitar tempat tu- sekolah ni adalah sekolah yang bermasalah,sekolah sosial,n banyak lagi label yang kurang elok diberikan pada mereka yang sekolah di sekolah ni..yup,memang sekolah ni agak teruk..! Aminah hanya tahu islam teori shj,untuk praktikkan ajaran2 islam,jauh skali.solat dianggap ringan.bila ada mood,solat,dan BILA HANYA ADA MASALAH,SOLAT.(teruknya!bila ada masalah,baru ingat Allah,bila senang,solat entah kemana).aurat pun kurang dijaga..tutup aurat hanya bertempat dan pada masa tertentu sahaja..lama2,aminah rasakan bosan dengan hidupnya yang macam tu (sebab hidupnya getting worst!!).doa pun macam takde apa..(TAPI MASIH TERUS BERDOA)

First of all,dia betulkan niat,INGAT ALLAH SETIAP MASA.BUKAN BILA ADA MASALAH BARU NAK INGAT ALLAH.(bila kita ingat Allah saat kita senang,Allah pasti akan ingat kita waktu kita susah,insyaAllah) dari situ,dia jadikan solat bukan hanya kewajipan seorang muslim,tapi jadikan sebagai ‘medium untuk berbicara’.lama2,dia rasakan,kalu tak solat,rasa susah hati..

Second step,dia cuba perbaiki auratnya.dia perhatikan betul2,auratnya..apakah mengikut apa yang Allah suruh(SEBAB KITA NAK MINTA SESUATU DARIPADA ALLAH,JADI TAKKAN KITA TAK IKUT PERINTAH ALLAH.BAGAIMANA ALLAH NAK BERI APA YANG KITA MINTA? YE,MEMANG ALLAH MAHA PEMURAH,TP KITA SEBAGAI HAMBA KENA IKUT DULU PERINTAH DIA..) itulah bezanya,seorang muslim mukmin dan mereka yang bukan muslim..Allah akan berikan apa sahaja yang bukan muslim minta, meskipun mereka langgar perintah Allah,sebab Allah ingin sesatkan lagi mereka..naudzubillah..dan Allah ‘hold’ dahulu apa yang muslim minta untuk tingkatkan iman dan taqwa mereka..untuk lihat sejauh mana keikhlasan kita dalam berdoa..apakah kita berdoa bila nakkan sesuatu je,atau kita berdoa sebab ingin ‘berbicara’-dekat- dengan Dia?dan Allah ‘hold’ dulu apa yang muslim minta,sebab ingin berikan pada waktu yang sesuai..kan Dia lebih tahu ttg kita..pa yang terbaik buat kita..Bukan Allah yang tidak adil pada hamba2Nya,namun kita sebagai hamba yang tidak adil pada Dia..dan Allah ‘hold’ kan jugak dulu apa yang seseorang minta sebab Dia rindukan pengaduan kita padaNya,rindukan rintihan kita kepadaNya(mungkin sblm2 ni kita jarang ‘dekat’kan diri padaNya..

Third step,aminah cuba mencari sahabat2 yang baik..yang boleh bantunya untuk dekat pada Allah. dari situ,sahabat2nya,banyak bersamanya dalam mendekatkan diri kepada Allah..

Dan setiap kali Aminah dan sahabat2nya berpuasa,waktu nak berbuka,mereka akan
doa,sungguh2,khusyuk mengharapkan jika ada peluang bagi mereka untuk menjadi yang lebih baik,keluarkan mereka dari tempat yang buruk…benar2 mengharapkan datang hidayah Allah.sambil tu,mereka yakin,insyaAllah Allah pasti akan kabulkan,sebab mereka dah cuba ubah diri mereka ke arah kebaikan,dan cuba sungguh2 patuh perintah Allah..

Alhamdulillah,Allah Maha Mendengar,dan Allah kabulkan doa mereka.mereka,(aminah dan sahabat2 baiknya),ditempatkan di sekolah,yang lebih baik,yang lebih mendidik mereka untuk mejadi muslim yang lebih baik..

Kat sini,apa yang penting ialah,sebelum kita berdoa dan meminta pada Allah,kita juga perlu muhasabah diri kita,kita cuba perbetulkan apa yang silap dalam diri kita,tingkatkan apa yang kurang.InsyaAllah pasti Allah akan kabulkan..dan sama2 perbanyakkan istighfar,moga2 tiada hijab untuk dimakbulkan doa itu..dan yang paling penting jgk,bukan permulaan seseorang itu yang Allah lihat,tapi pengakhiran.tak semua yang dilahirkan dalam keadaan yang baik akan berakhir dengan baik dan begitulah sebaliknya,namun yang penting,bagaimana seseorang hamba tu bersungguh2 untuk jadikan pengakhirannya adalah pengakhiran yang baik..wallahua’lam

Friday, July 27, 2012

Tegakkan Islam dalam dirimu

Bismillahirrahmanirrahim

wahai 'kamu kamu' yang dipilih Allah..
ingatlah,
Islam akan tertegak
ANDAINYA
Islam dalam dirimu tertegak!

selarikan keduanya..

apakah

Islam bangkit
atau
jiwa Islam yang perlu bangkit dalam diri?

kerana sememangnya Islam telah berdiri sendiri..
diperjuang cantik oleh Kekasih Allah dan taat setia 4 sahabat..
Islam hanya tinggal diwarisi..
menguasai 7 lapisan langit dan 7 lapisan bumi..
masih kau tak kagumi??
menguasai timur dan barat..
masih kau membanggakan 'barat'??

sahabat,jihad ibarat tempur di medan perjuangan..
harus kawal aura diri dan semangat!!

jatuh bangun itu adat..
sedih kecewa menangis itu ubat..
korban masa dan infak..
mudahan akhirnya mendapat syafaat di akhirat kelak!!
amin~

~inspired by MA~

Saturday, July 7, 2012

Perkuatkan kemahuan yang 'ITU'

Bismillahirrahmanirrahim


Setiap kita adalah pejuang..

Meski apa pun, kita tetap akan perjuangkan apa yang kita yakini..

Dan tatkala berjuang dalam agamaNya, para pejuang pasti akan diuji

Tanda kasihnya Allah pada mereka..

Namun ada tikanya mungkin pernah terkadang

Dek kerana akibat ujian itu

Rasa berputus asa

Tapi,,AWAS!! Jangan sehingga berjumpa dengan

…FUTUR

kemauan yang semakin melemah dan melemah.

(wahai saya,kamu, dan kita..ini penyakit hati yang sangat serius!! Please

detect it by using ‘iman-anti futur’)


Tapi kiranya alami penyakit ini,,,ada jawapan dan ‘tausyiah’ (nasihat) dari Muhammad Abduh (penulis)

Jom semak!


-bagaimana cara memperkuat kemauan-

“menjaga hubungan hati dengan Allah. Hubungan ini akan mengubah berbagai pertimbangan dan persepsi pada diri seseorang. Sebab, ia akan melihat dengan penglihatan Allah yang tajam. Dia menilai segala sesuatu dengan hukum Allah sesuai dengan kekuasaan,kekuatan,dan kendaliNya. Kekuasaan Allah melampaui berbagai batas dan imajinasi. Bagaimana mungkin orang yang memiliki pertimbangan dan pandangan seperti itu akan berpatah arang(berputus asa), sementara dia bersandar dengan kekuatan Allah yang Maha Agung??”

Subhanallah!

Ok,pejam mata erat erat

Tarik nafas dalam dalam

Senyum ketat ketat

~saya akan cuba untuk terus melangkah tanpa putus asa untuk kemahuan yang 'itu' kerana Yang Maha Kekal akan sentiasa bersama saya~

Mode::’ya Allah, thabbit qulubana ‘ala diniKa,wa ‘ala to’atiKa,wa ‘ala jihadiKa, fii sabiiliKa..ameen’::


Monday, May 28, 2012

Bangga

Bismillahirrahmanirrahim

InsyaAllah,,ingin dikongsikan sebuah cerita,kisah benar daripada Syeikh Yusuf Estes dan seorang sahabatnya yang telah lama berkenalan selama lebih kurang 10 tahun..

Suatu hari Syeikh Yusuf Estes berjumpa dengan seorang sahabatnya,(seorang Muslim,hidup dalam keluarga Muslim).dan selepas beberapa ketika sahabatnya berkata

Sahabatnya : “hari ni aku sangat gembira!!”

Syeikh yusuf : “owh,ok.apa yang dah berlaku??kenapa kau begitu gembira??(dalam hatinya berkata,-‘owh mungkin dia ingin bernikah,,atau mungkin dia akan menunaikan haji..hanya itu yang berkatta dalam hati Syeikh Yusuf)

Sahabatnya : “hari ni aku dah masukkan anakku dalam sebuah sekolah –AMERICAN PUBLIC SCHOOL”

Syeikh Yusuf : “owh, adalah lebih baik jika kamu meletakkan anakmu di dalam ‘tandas’”-ingin digambarkan di sini pusat pengajian itu tersangatlah teruk…

Sahabatnya : owh,mungkin kamu tersilap dengar apa yang aku katakan,sahabatku..biar aku ulang semula.. hari ni aku dah masukkan anakku dalam sebuah sekolah –AMERICAN PUBLIC SCHOOL”

Syeikh yusuf : “owh,aku tidak silap mendengar apa yang dikau katakan(sambil tersenyum)..

Sahabtnya : ….???sambil terus berlalu pergi

Dipendekkan cerita, mereka bertemu semula selepas lama tidak berjumpa..sahabatnya mengajak syeikh yusuf estes untuk datang ke rumah..sambil itu,sahabatnya sempat berkata kepada Syeikh yusuf..

Sahabatnya : “kamu ingat tak, apa yang kamu katakan padaku suatu masa dulu??tentang lebih baik jika anakku diletakkan di dalam tandas??”

Syeikh Yusuf : “owh,sudah pasti!aku masih ingat tentang itu”

Sahabatnya : “kamu salah!!!kerana hakikatnya AMERICAN PUBLIC SCHOOL itu 10 kali lebih teruk "

Sahabatnya amatlah menyesal dengan tindakannya yang terlalu bangga ingin mengikut jejak orang BARAT(non-muslim). Dipendekkan cerita lagi, syeikh yusuf bertemu dengan anak kepada sahabatnya itu..dan syeikh yusuf mengajaknya untuk berdakwah di PENJARA..

Selepas syeikh yusuf memberikan ceramah di penjara Alhamdulillah,ada di kalangan banduan ingin memeluk Islam,,subhanallah!! Syeikh Yusuf terlihat akan anak kepada sahabatnya tadi turut menangis..

“saya tidak boleh bayangkan bagaimana seorang itu memeluk Islam(dengan penuh bangga)..ISLAM IS AMAZING..IT’S THE ONLY RIGHT WAY..”(itulah ayat yang keluar dari mulutnya tatkala melihat ‘mereka’ dengan bangganya memeluk Islam)

Dia sedar, meskipun dia dibesarkan dalam Islam,tapi keluarganya masih tidak mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar..dia lupa bahawa Islam itu sangat Indah..orang lain bersusah payah untuk hanya mengucapkan dua kalimah syahadah..tetapi dia??terlalu bangga ingin mengikut selain ajaran Islam..Islam punya segalanya..kerana berpaksikan pada Allah Yang Maha Besar..Yang memiliki segalanya..

“Sesungguhnya kenikmatan beragama hanya Aku berikan kepada hamba yang Aku pilih dari hamba-hamba-KU yang shalih.” (al Hadith).

Cuba kita lihat,para sahabat dahulu,hanya untuk mengucap dua kalimah syahadah,mereka mengharungi pelbagai ujian dan cabaran..ingatkah kita tentang kisah Sumayyah(syahidah yang pertama dalam Islam)??terkorban nyawa kerana mengucapkan 2 kalimah syahadah??

Suatu ketika Salman Al-Farisi R.A. ditanya, ”Keturunan siapa Kamu ?” Salman yang membanggakan keislamannya, tidak mengatakan dirinya keturunan Persia, tapi ia mengatakan dengan lantang, ”Saya putera Islam.” inilah sebabnya Rasulullah saw mendeklarasikan bahwa, ”Salman adalah bagian dari keluarga kami, bagian dari keluarga Muhammad saw.”

Sahabat sahabat,jika seseorang itu sanggup bermati-matian untuk mendapatkan sesuatu benda atau perkara,sudah tentu perkara itu amatlah bermakna baginya!!lihatlah contoh dari kisah para Nabi, para sahabat dahulu..mereka amat bangga dengan Islam..bagaimana dengan kita??semoga kita turut tergolong dalam kalangan mereka yang bangga dengan islam..bukan sahaja bangga menjadi muslim,tapi juga bangga untuk memperjuangkannya,,bangga untuk melaksanakan syariatnya..Allahumma Ameen

Mode ::peganglah Islam seprti kamu memegang bola ragbi,bukan seperti bola sepak.::

p/s : maaf jika gaya penulisan dialog di atas kurang ‘umph’..

Sunday, May 27, 2012

Due date assignment dah lepas, due date KEMATIAN??

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah,,minggu yang agak ‘hectic’ dah pun berlalu..minggu yang dihujani dengan assignment yang due datenya sama,,fuh (hu,salah diri sendiri..buat last minit..kan dah menyeksakan diri sendiri…masih belum selesai lagi satu muwasofat-haris ‘ala waqtihi-menjaga masa..dan belum pas lagi prinsip ‘La Tuajjil’ –jangan bertangguh..)..tak pe,insyaAllah azam ni akan jadi azam tahun baru ku muharam nanti ^__^

Erm,,tapi yang nak dikongsikan untuk post kali ini bukanlah tentang perkongsian masalah assignment2 tu,,tapi sedar tak kita,,semakin bertambahnya hari,semakin dekatnya kita dengan kematian!! sedang kematian itu tidak kita ketahui DUE DATE nya..Allahu Allah..

Mungkin kita boleh bertangguh untuk persiapan assignment atau task-task yang kita tahu due date nya,,tapi apakah kita boleh bertangguh untuk persediaan menghadapi KEMATIAN yang langsung kita tak tahu due datenya??? Duhai hati,,mari kita renungkan bersama..setiap detik waktu yang berlalu adalah kiraan waktu untuk kita kearah kematian.

Suatu hari Imam AlGhazalli berkumpul bersama anak anak muridnya lalu beliau bertanya(teka-teki).salah satunya ialah :

Imam AlGhazalli : apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?

Murid 1 : orang tua

Murid 2 : Guru

Murid 3 : Teman

Murid 4 : Kerabat

Imam Alghazalli : semua jawapan itu adalah benar tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah SWT bahawa “ setiap yang bernyawa pasti akan mati” (surah Ali- Imran;185)

Yup,memang benar,,yang paling dekat dengan kita adalah kematian.mungkin sahaja sesaat dua selepas ini,ajal kita menjemput..Allahu Allah.


Ramai orang yang mungkin mengatakan…"ala,buat apa nak siap (bertaubat) muda-muda ni..dah tua nanti barula taubat..lama lagi la.."

Apakah kita tahu yang kita mungkin tak sempat untuk hadapi tua kerana AJAL AKAN DATANG BILA BILA..sama sama kita renungkan..

Mode ::" Orang yang Paling pintar di kalangan umatku, yang paling banyak ingat Mati, dan yang paling bersedia menghadapinya" [ Hadith Riwayat Abdullah Ibn.Umar ] ::

Monday, May 21, 2012

The POWERFUL of 'SUJUD'

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah,masih dapat lagi menggerakkan tangan untuk menulis..mata untuk melihat dan membaca..nikmat yang patut disyukuri,,HAMDALAH


Dan setiap daripada kita pasti pernah merasakan UJIAN yang dia rasakan begitu hebat. Saat itu, tiada seorang pun yang boleh faham apa yang kita luahkan..tiada siapa yang dapat tenangkan hati yang kian gelisah..dan jika IMAN tidak ‘bersuara’ lantas NAFSU dan EMOSI akan ‘menindas’. Tatkala itu, akal mungkin tidak dapat berfikir dengan waras..maka hati makin tidak tenang..ALLAHU ALLAH..apakah kita lupa masih ada lagi tempat yang boleh kita mengadu??


Duhai diri,,saat di’hadiahkan’ ujian..berhenti sejenak…ambil nafas…tenangkan fikiran..insyaAllah akal akan mula dapat berfikir dengan baik..


tapi ada satu lagi terapi yang SANGAT MUJARAB

PENGADUAN DALAM SUJUD TIKA SOLAT.!!

seriously serious,,ia amat mujarab..^_^

kerana sesungguhnya, seseorang itu sangat dekat dengan Allah waktu sujudnya..KENAPA?


Saat kita sujud,kepala kita,anggota yang paling tinggi, akan diletakkan ke tanah iaitu tempat yang paling bawah(tempat yang dipijak oleh kita)..saat, itu seseorang hamba akan merasakan dirinya sangat kerdil di sisi Allah Yang Maha Tinggi.SUBHANALLAH..lantas kita akan rasakan bahawa hanya Allah yang layak disembah dan diminta pertolongan..


“waktu sujud itu,,mengadulah kepada Allah (dalam hati) semahu-mahunya pada Allah,nescaya Dia akan tenangkan hatimu, berikan kekuatan padamu, dan mengangkat kesedihan dalam dirimu..”


Mungkin setiap daripada kita ada cara yang tersendiri untuk menghilangkan kesedihan,menenangkn diri saat diuji, tapi percayalah ianya masih tetap belum mampu memberikanmu ketenangan yang sebenar..


Hanya pengaduan seorang hamba kepada Sang Khaliq dapat mengangkat kesedihan itu, dan berikan kebahgiaan yang hakiki..Maka, mengadulah dalam sujud tika solat itu..biarpun ia lama,asalkan ia dapat tenangkan hati yang gusar..


Mode :: ‘enjoy’kan diri tika sujud.::

Tuesday, May 15, 2012

Kembalikan Stamina Iman

Bismillahhirrahmanirrahim


“mak,kenapa lepas kita tidur,kita rasa semakin letih,lesu? Bukan ke makin kita rasa bertenaga sebab dah dapat rehat??”adik bingung

“owh,biasalah tu,,tu la mak dah cakap..jangan tidur lama-lama..kan dah letih.”balas mak


“tapi kenapa macam tu mak??”bingungnya bertambah bingung..


Kata seorang ukhti,,

“Sesungguhnya,bila seseorang itu melakukan dosa,dia akan cepat letih selepas itu.sebagai contoh TIDUR yang BERLEBIHAN juga dosa. Sebab tidak meberikan hak yang benar pada badan dan selepas itu kita akan rasakan semua yang kita buat tak kena dengan kita.sedangkan puncanya bermula daripada kita..”


Tapi, satu cara yang dapat kembalikan stamina kita,iaitu kembalikan stamina iman. Dan stamina iman dapat dikembalikan dengan bertaubat dan ‘topup’ dengan amalan-amalan kebaikan. Contohnya,ambil wudhu’ dan solat sunat,tilawah AlQuran dan sebagainya.InsyaAllah,selepas itu,badan akan kembali segar semula..

dan ada dua konsekuensi pula jika melambatkan taubat :


  • Hatinya penuh dengan kegelapan akibat perbuatan maksiat atau keingkaran dilakukan tanpa henti kepada Allah sehingga menjadi sangat susah untuk mengikis dan menghapuskannya.
  • Maut atau sakit yang datang sebelum sempat ia membersihkan kekotoran di hatinya.


ALLAH ATTAWWAB


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Setiap Bani Adam itu bersalah dan berdosa, dan sebaik-baik orang yang bersalah ialah mereka yang bertaubat.”

Mode::sihatkan tubuh dengan sihatkan iman::