Monday, May 28, 2012

Bangga

Bismillahirrahmanirrahim

InsyaAllah,,ingin dikongsikan sebuah cerita,kisah benar daripada Syeikh Yusuf Estes dan seorang sahabatnya yang telah lama berkenalan selama lebih kurang 10 tahun..

Suatu hari Syeikh Yusuf Estes berjumpa dengan seorang sahabatnya,(seorang Muslim,hidup dalam keluarga Muslim).dan selepas beberapa ketika sahabatnya berkata

Sahabatnya : “hari ni aku sangat gembira!!”

Syeikh yusuf : “owh,ok.apa yang dah berlaku??kenapa kau begitu gembira??(dalam hatinya berkata,-‘owh mungkin dia ingin bernikah,,atau mungkin dia akan menunaikan haji..hanya itu yang berkatta dalam hati Syeikh Yusuf)

Sahabatnya : “hari ni aku dah masukkan anakku dalam sebuah sekolah –AMERICAN PUBLIC SCHOOL”

Syeikh Yusuf : “owh, adalah lebih baik jika kamu meletakkan anakmu di dalam ‘tandas’”-ingin digambarkan di sini pusat pengajian itu tersangatlah teruk…

Sahabatnya : owh,mungkin kamu tersilap dengar apa yang aku katakan,sahabatku..biar aku ulang semula.. hari ni aku dah masukkan anakku dalam sebuah sekolah –AMERICAN PUBLIC SCHOOL”

Syeikh yusuf : “owh,aku tidak silap mendengar apa yang dikau katakan(sambil tersenyum)..

Sahabtnya : ….???sambil terus berlalu pergi

Dipendekkan cerita, mereka bertemu semula selepas lama tidak berjumpa..sahabatnya mengajak syeikh yusuf estes untuk datang ke rumah..sambil itu,sahabatnya sempat berkata kepada Syeikh yusuf..

Sahabatnya : “kamu ingat tak, apa yang kamu katakan padaku suatu masa dulu??tentang lebih baik jika anakku diletakkan di dalam tandas??”

Syeikh Yusuf : “owh,sudah pasti!aku masih ingat tentang itu”

Sahabatnya : “kamu salah!!!kerana hakikatnya AMERICAN PUBLIC SCHOOL itu 10 kali lebih teruk "

Sahabatnya amatlah menyesal dengan tindakannya yang terlalu bangga ingin mengikut jejak orang BARAT(non-muslim). Dipendekkan cerita lagi, syeikh yusuf bertemu dengan anak kepada sahabatnya itu..dan syeikh yusuf mengajaknya untuk berdakwah di PENJARA..

Selepas syeikh yusuf memberikan ceramah di penjara Alhamdulillah,ada di kalangan banduan ingin memeluk Islam,,subhanallah!! Syeikh Yusuf terlihat akan anak kepada sahabatnya tadi turut menangis..

“saya tidak boleh bayangkan bagaimana seorang itu memeluk Islam(dengan penuh bangga)..ISLAM IS AMAZING..IT’S THE ONLY RIGHT WAY..”(itulah ayat yang keluar dari mulutnya tatkala melihat ‘mereka’ dengan bangganya memeluk Islam)

Dia sedar, meskipun dia dibesarkan dalam Islam,tapi keluarganya masih tidak mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar..dia lupa bahawa Islam itu sangat Indah..orang lain bersusah payah untuk hanya mengucapkan dua kalimah syahadah..tetapi dia??terlalu bangga ingin mengikut selain ajaran Islam..Islam punya segalanya..kerana berpaksikan pada Allah Yang Maha Besar..Yang memiliki segalanya..

“Sesungguhnya kenikmatan beragama hanya Aku berikan kepada hamba yang Aku pilih dari hamba-hamba-KU yang shalih.” (al Hadith).

Cuba kita lihat,para sahabat dahulu,hanya untuk mengucap dua kalimah syahadah,mereka mengharungi pelbagai ujian dan cabaran..ingatkah kita tentang kisah Sumayyah(syahidah yang pertama dalam Islam)??terkorban nyawa kerana mengucapkan 2 kalimah syahadah??

Suatu ketika Salman Al-Farisi R.A. ditanya, ”Keturunan siapa Kamu ?” Salman yang membanggakan keislamannya, tidak mengatakan dirinya keturunan Persia, tapi ia mengatakan dengan lantang, ”Saya putera Islam.” inilah sebabnya Rasulullah saw mendeklarasikan bahwa, ”Salman adalah bagian dari keluarga kami, bagian dari keluarga Muhammad saw.”

Sahabat sahabat,jika seseorang itu sanggup bermati-matian untuk mendapatkan sesuatu benda atau perkara,sudah tentu perkara itu amatlah bermakna baginya!!lihatlah contoh dari kisah para Nabi, para sahabat dahulu..mereka amat bangga dengan Islam..bagaimana dengan kita??semoga kita turut tergolong dalam kalangan mereka yang bangga dengan islam..bukan sahaja bangga menjadi muslim,tapi juga bangga untuk memperjuangkannya,,bangga untuk melaksanakan syariatnya..Allahumma Ameen

Mode ::peganglah Islam seprti kamu memegang bola ragbi,bukan seperti bola sepak.::

p/s : maaf jika gaya penulisan dialog di atas kurang ‘umph’..

0 comments:

Post a Comment