Monday, May 7, 2012

~PEMUDA itu~

Bismillahirrahmanirrahim

“Berikan aku 300 pasukan yang mana di dada mereka SARAT DENGAN ILMU PENGETAHUAN, hati mereka berkilau-kilauan dengan SIMBAHAN CAHAYA ROHANI, jasad mereka TERLATIH, maka ketika itu kamu ajaklah aku untuk menembusi langit tujuh lapisan, menebusi tujuh petala atau menghancurkan kepala penjajah, aku sanggup” (IMAM HASSAN AL BANNA)

SUBHANALLAH!!

Bila melihat pada ayat di atas terus semangat menggelojak. Namun, apabila di ‘reflect’ pada diri, apakah ‘aku’ salah seorang pemuda itu??

Pemuda yang cintakan ilmu, di dadanya sarat ilmu pengetahuan. Kalau pepatah melayu ada mengatakan, ‘di mana ada gula, di situ ada semut’, begitulah yang ingin di gambarkan bagi si pencinta ilmu. Di mana ada majlis ilmu, di situ ada ‘aku’.

Adakah dalam diriku..

Sifat pemuda yang hatinya berkilauan dek kerana simbahan cahaya rohani. Saat ada ‘bintik hitam’ yang baru melekat pada hati, ‘aku’ terus membersihkannya. Tidak dibiarkan noda hitam itu terus melekat pada hati sehingga satu saat ia hati itu akan ‘bernanah’ dan ‘membusuk’. ‘aku’ yang menjaga hubunganku dengan SANG PEMILIK HATI,,sentiasa taaqarrub(mendekatkan diri) dengan Ilahi.

Dan apakah ada dalam diriku..

Sifat pemuda yang kuat jasadnya. Tidak bermalas-malas dalam melakukan amal kebaikan. ‘aku’ yang sentiasa cergas. Mungkin juga kerana kekuatan rohani itu yang menghasilkan jasad yang kuat. Tidak mudah gentar.

Dan kata seorang ukhti

“keimanan itu pula perlu dahulu daripada semangat.”

Ya! Andai pemuda itu hanya punyai modal semangat sahaja tanpa iman,mungkin sahaja dia akan cepat merebah jika ujian datang menerpa.

Setiap manusia adalah daie. Sekurang-kurangnya daie pada diri sendiri. Dan daie itu perlu MENCINTAI ILMU, MEMPERBAHARUI ROHANI, MENGUATKAN JASADI


Mode:: muhasabah diri, apakah sudah lengkap dengan sifat itu, saat waktu terus sahaja berlalu mendekati KEMATIAN..::

0 comments:

Post a Comment